berita

5 Negara Ini Dah Ada Digital TV, Tapi Apa Kena Mengena Dengan Malaysia Eh?

November 23rd, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

DTTVDTTV adalah Digital Terrestrial Television atau erti kata lain siaran TV secara digital. Rasanya kami tak perlu nak jelaskan banyak apa itu DTTV sebab kami pernah jelaskan kepada korang apa itu DTTV sebelum ini.

Artikel Berkaitan : 5 Perbezaan Ketara Siaran TV Zaman Dahulu & Sekarang

Mereka dah berkurun ada DTTV ni, tapi apa kena mengena dengan siaran TV digital negara lain dengan negara kita eh? Apa kata kita tengok dulu negara-negara mana yang dah pakai DTTV ini dan berapa lama mereka dah gunakan. Baru kami jelaskan nanti.

1. United States

US

Kalau korang nak tahu dekat United States (US) telah menggunakan siaran TV berbayar sejak tahun 1998 lagi dan siaran analog diberhentikan sepenuhnya pada tahun 2008. Kita? rasanya baru je nak implement kan siaran tv berbayar masa tu.

2. United Kingdom

2

Di United Kingdom pun sama, cuma mereka lewat sebulan saja tapi siaran analog ditempat mereka diberhentikan sepenuhnya awal setahun daripada US tadi.
Rasanya masa ni kita cuma tonton siaran secara analog saja, itupun siaran-siaran FTA  tak banyak lagi macam sekarang. Nak pakai berbayar? Masa itu siaran TV berbayar belum cukup popular lagi. Mereka pula dah tak ambil kisah dah pun.

3. Taiwan

Screen Shot 2015-11-20 at 11.30.13

Oklah taknak jauh-jauh kita pergi asia pula, di Taiwan mereka mula menggunakan siaran TV digital ini pada tahun 2004 lagi dan mereka berhentikan penggunaan siaran analog pada tahun 2010. 
Kalau di Malaysia masa ini tengah up dengan siaran TV berbayar, kami yakin sekarang ini masih ada lagi yang guna TV mereka secara analog.

4. Korea

Flag_of_South_Korea.svg

Di Korea, siaran tv digital mereka mula digunakan secara rasmi pada tahun 2001 dan 2010 siaran analog dimatikan sepenihnya.
Apa yang kami nak beritahu disini adalah, negara sudah jauh ketinggalan dengan negara-negara di atas ini dari segi sistem penyiran TV. Kita masih lagi mengharapkan siaran TV berbayar untuk mendapatkan siaran TV yang jelas.

5. Malaysia?!!

Eh Malaysia? Ya, Malaysia pun sama! Tapi bukan sekarang, DTTV akan akan mula dikuat kusakan dalam masa berapa bulan je lagi, tak sabarnya!
Bagaimanapun, kalau korang nak menikmati perkhidmatan itu, korang perlu memiliki set dekoder  atau ‘Set Top Box’ atau televisyen yang mampu menerima siaran digital secara langsung, dikenali sebagai iDTV. 
DTTV.2jpg
Set Top Box atau iDTV yang korang akan dapatkan itu mestilah mempunyai satu label khas yang disahkan oleh Surahanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) iaitu…

DTT Tick

68c0

Jika label ini ada pada Set Top Box atau iDTV korang nanti, korang akan dijamin yang set dekorder atau televisyen khas yang korang beli itu adalah produk yang berkualiti bagi menikmati siaran digital dengan baik.

Apa yang korang boleh buat dengan DTTV tu?

8ee9

Manfaat yang korang boleh dapat apabila DTTV ini mula dilancarkan pada tahun depan ialah mungkin korang boleh dapat semua siaran dalam satu dekorder, Ya! tak perlu langgan siaran tv berbayar pun tak pe!
The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×