berita

5 Pasangan Bakal Berentap Di Pentas Akhir Lagu Cinta Kita 2, Wang Tunai RM50 Ribu Menanti Pemenang!

December 31st, 2020 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Minggu akhir, program realiti televisyen iaitu Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) sudah hampir di penghujungnya. Tinggal lima pasangan yang bakal berentap untuk menjadi juara program tersebut.

Antara lima pasangan yang bakal berentap dalam episod akhir LCK2, pada hari Sabtu ini ialah Khareez dan Nadeera, Syafiq dan Serra, Adly dan Darling, Iss dan Mya serta Kael dan Evie.

Siapa bakal jadi juara?

Minggu separuh akhir yang lalu, pasangan Khareez & Nadeera telah dinobatkan sebagai Pasangan Terbaik dengan menduduki tempat pertama di separuh akhir LCK2 sekaligus melayakkan pasangan ini ke pusingan akhir. Mereka juga memenangi produk Nivea bernilai RM500 pada malam tersebut. Manakala pasangan Hariz dan Mafa serta Fariqwan dan Mina telah disingkirkan.

Pada episod minggu lalu juga, Fattah Amin dan pelakon utama Gerak Khas The Finale, Erra Fazira telah dijemput sebagai panel cinta bagi berbual mengenai topik ‘Karier & Percintaan’. Di samping itu, Erra turut melakukan persembahan penutup bersama Naqiu. Kedua-dua mereka telah mendendangkan  lagu ‘Kita Insan Biasa’ nyanyian Dayangku Intan dan Jay Jay.

Percintaan dan jarak umur

Buat pengetahuan korang, kelima-lima pasangan yang akan bertanding di episod akhir LCK2 bakal mempersembahkan dua buah lagu berbentuk ‘fast’ dan ‘slow’ dalam dua pusingan. Pasangan yang mampu memukau panel juri dan penonton bakal dinobatkan sebagai juara dan berjaya meraih RM50 ribu pada malam tersebut. Bukan itu sahaja, penyanyi, Dayang Nurfaizah merupakan artis jemputan yang bakal berduet dengan Hael pada malam tersebut. Di samping itu, pelakon jelita, Rozita Che Wan bakal menyerikan episod akhir sebagai panel cinta untuk membincangkan topik ‘Percintaan & Jarak Umur’.

Lagu Cinta Kita 2 bersiaran langsung di TV3 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 12.00 malam. Korang boleh strim live HD di www.tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial Gunakan #LaguCintaKita2 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

Sumber: TV3 Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×