Lautan, kapal dan lanun memang tak dapat dipisahkan. Sebut je pasal lanun, kepala admin ni asyik teringat watak Jack Sparrow dalam filem Pirates of The Carribean tu je. Sebenarnya, admin bukan nak cerita pasal Jack Sparrow sangat pun!
Tapi admin nak share dengan korang sejarah menarik pasal lanun ni. Semua bermula lepas dunia Barat mula meneroka dunia dengan ilmu pelayaran. Pada masa sama lanun juga muncul dan mula merompak serta merampas kapal-kapal kerajaan dan pedagang.
Jadi, apa kata kali ni kita tambah pengetahuan sikit baca peristiwa-peristiwa serangan lanun yang terhebat di dunia.
1. Kapal milik Mughal India, 1695M
Lanun Henry Every dengan kapalnya Fancy (comel je nama kan hehe) telah menyasarkan untuk menyerang salah satu daripada kapal Maharaja Aurangzeb sama ada Kapal Ganj-i-Sawai (Gunsway) atau Kapal Fateh Muhammad. Kalau korang nak tahu, kedua kapal yang nak diserang tu antara empayar yang terkaya di dunia ketika itu tau.
Bersama-sama dengan Every waktu tu ialah kapal-kapal lanun lain yang dipimpin oleh lanun yang berbeza. Waktu serangan pertama, diorang menyasarkan Kapal Fateh Muhammad dan berjaya memperolehi harta rampasan sekitar £50, 000 sehingga £60, 000.
Tapi, lepas dah dapat harta, lanun-lanun ni jadi lagi tamak dan merancang untuk rompak Kapal Gunsway pulak yang dikatakan menyimpan harta paling kaya antara semua. So, kapal-kapal lanun ni terus kejar Gunsway, dan berlaku pertempuran sengit di luar wilayah Surat, India. Lanun Every dan konco-konconya berjaya memenangi pertempuran tu, dan merampas harta lebih kurang £600, 000!
Paling hebat, kejayaan diorang ni sebenarnya telah melakar peristiwa rampasan harta lanun paling besar dalam sejarah. Tapi, Kapten Every yang tak habis-habis tamak tu tipu pulak geng kapal-kapal konco-konco dia, dan dia melarikan bersama dengan harta sebanyak itu. Uishhh. Memang betul-betul lanun dia ni!
2. Tenggelamnya Armada Harta Karun Sepanyol, 1715M
Julai 1715, Kapal Galleon Sepanyol dikatakan membawa harta yang sangat banyak telah tenggelam dibadai taufan dasyat di perairan Florida, Amerika Syarikat. Bertambah malang lagi, berita mengenai tenggelamnya armada kapal Sepanyol ni menarik perhatian kapal-kapal lain di sekitarnya yang mahu menjarah apa-apa sahaja harta yang sempat dirampas oleh mereka.
Salah satu kapal yang tahu pasal berita ni dan kebetulan memang di laluan sama ialah Kapal Bersheba yang dipimpin oleh Henry Jennings. Jennings ni sebenarnya pemilik kapal perang peribadi yang pernah berkhidmat ketika Perang Warisan Sepanyol dulu. Pendek kata asalnya dia ni bukan lanun pun!
Nak dipendekkan cerita, sampai je si Jennings dekat kawasan kapal Sepanyol tu tenggelam, dia tengok kebanyakan harta dah pun diambil oleh kapal-kapal lain yang sampai lebih awal. Jennings yang geram sangat masa tu dapat tahu ada sebahagian daripada harta yang sempat dibawa oleh kapal penyelamat lain masih dalam perjalanan ke kem yang berdekatan di pantai.
Jadi Jennings pun apa lagi, dia dengan 300 orang kru kapal lain telah menyerang kapal penyelamat ini dan merampas harta sebanyak £87, 000! Tindakan Jennings ini telah membuka lembaran hidup yang baru sebagai seorang lanun. Kira, dah boleh bangga untuk digelar lanun berjaya lah!
3. Tewasnya Kapal Perang British, 1707M
Lanun yang ni pulak boleh kata lanun versi suka cari pasal.
John Hasley, pemilik kapal perang peribadi bernama Charles dikatakan berani mencari gaduh dengan armada perang British di Laut Merah. Padahal Hasley tahu, pergaduhan itu akan memaksa dia berhadapan dengan 60 buah meriam yang disasarkan tepat ke arah kapalnya.
Tapi disebabkan dia memang confident dari awal akan menang, armada kapal perang British berakhir dengan kekalahan. Menariknya, Charles dan kru kapalnya berjaya menawan dua buah kapal perang British dengan merampas harta bernilai £50, 000 tau.
4. Armada Kapal Perang Portugis, 1719M
Lanun bernama Bartholomew Roberts dikatakan menghabiskan masa lebih kurang 2 bulan di sekitar perairan Brazil untuk mencari mana-mana kelibat kapal untuk dirompak dan dijarah oleh mereka. Lama betul sampai dua bulan tunggu!
Sebenarnya, mereka ni dah hampir give up dan buat keputusan untuk belayar ke Carribean. Tapi tiba-tiba diorang terserempak dengan armada 42 kapal Portugis yang nak masuk ke Brazil.
Roberts kemudian berjaya menawan salah seorang pegawal kapal tersebut, dan memaksa pegawal tu menunjukkan kapal paling kaya di antara armada kapal 42 iaitu Kapal Sagarada Familia. Kapal itu akhirnya berjaya dirampas oleh Roberts sekaligus membolehkan Roberts merampas harta kekayaan bernilai £90, 000.
5. Kapal Pedagang India, 1693M
Thomas Tew antara lanun yang femes sebab dia antara lanun yang bekerjasama dengan Henry Every masa merompak kapal Gunsway! Kali ni admin nak cerita yang dia juga pernah terlibat dalam sebuah serangan lanun di Laut Merah. Serangan ni melibatkan kapal perdagangan dari India.
Tew bersama dengan kapal Amity berjaya merampas kapal dari India yang dianggotai oleh 300 orang tentera didalamnya. Malangnya, walaupun ada 300 tentera dekat dalam, kapal ni tak menunjukkan sebarang tentangan sebaliknya terus menyerah kepada Tew.
Harta rampasan kapal ini mencecah sehingga £100, 000. Paling menarik, harta rampasan itu dibahagikan sama rata mengikut pangkat dan menurut kod lanun yang dianuti oleh Tew sendiri. Bukan biasa-biasa tau!
Lanun Serang Malaysia!
Fakta seterusnya ni admin rasa paling menarik dan paling seronok! Korang pernah tak simpan angan-angan nak jumpa lanun atau ikan Duyung kat Malaysia ni?
Haaa.. kalau ada, admin yakin ni berita yang sangat gembira untuk korang.
Sebenarnya, bermula 23 hingga 31 Mac 2019 ni, Sunway Lost World of Tambun bakal diserang lanun. Alamak! Biar betul??? Tapi korang jangan takut. Lanun yang muncul dekat situ admin confirm versi peramah dan baik hati punya.
Katanya kapal lanun berlabuh dekat situ waktu musim cuti sekolah ni sebab nak jumpa ikan Duyung jugak tau! Seriuslaaa ada duyung. Admin pun nak pegi la macam ni. Dan apa yang pasti, setiap hari ada banyak aktiviti menarik macam admin senaraikan kat bawah ni. Seronok weh!
- Pirates Station Games : 1.00pm – 6.00pm
- Join The Lost Pirates : 2.00pm-2.30pm & 5.30 – 6.00pm
- DIY A Scallywag’s Hat : 3.00pm – 3.30pm
- Amazing Pirates Challenge : 3.30pm – 4.00pm
- Selfie With The Lost Pirates : 12.30pm – 1.00pm & 4.00pm – 4.30pm
- Pirates Ahoy! : 1.30pm
- Awesome Pool Party ft. The Lost Pirates : 3.00pm
- Pirates Splash Party : 5.15pm
Selain tu korang boleh jugak bawa family atau kawan-kawan korang untuk join aktiviti yang lebih mencabar macam di Gua Datok Trail! Dekat situ nanti korang boleh hiking dan rasai sendiri pengalaman mengembara dekat gua ala-ala lanun dengan harga bermula RM50.00* sahaja.
Tak cukup dengan hiking, Sunway Lost World of Tambun jugak ada menyediakan aktiviti menjelajah di dalam hutan. Kalau korang jenis minat aktiviti macam jungle tracking, admin sarankan sangat korang cuba pakej Pirate’s Revenge Trail. Uishh… dengar nama je pun admin dah excited sangat ni.
Apa pun, untuk kesekian kalinya admin seru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama kita serbu Sunway Lost World of Tambun. Jom bawa kawan dan family korang jumpa Lanun dan ikan Duyung cantik kat sana.
23 hingga 31 Mac ni je tau! Memang sesuai la kapal lanun berlabuh kat situ waktu Cuti Sekolah ni. Boleh la ajak lanun selfie dan cari harta karun banyak-banyak nanti! Admin jumpa korang dekat sana nanti lah.
Sebarang maklumat lanjut korang boleh ke Adventure Holidays Ahoy Captain!
Eh jap jap… tak habis lagi, admin sebenarnya nak share satu rahsia jugak ni dengan korang.
Kalau korang nak tahu, sebenarnya Sunway Lost World of Tambun kini dalam proses pembinaan dan menaik taraf Gelongsor Air Bertingkat Pertama di Asia (Asia’s First Water Based Dark Ride 2 Tier) dan ia dijangka siap untuk lawatan masuk sekitar Ogos 2019! Tak sabarnyaaa.
Uish… Boleh dah plan cuti siap-siap untuk Ogos ni.