berita

5 Perkara Mengenai Kedah Yang Tak Ramai Orang Tahu!

December 23rd, 2020 | by Azyan
Kini Trending

Sebenarnya dalam Malaysia ada banyak tempat menarik untuk korang terokai dan antara negeri yang tak ramai orang tau banyak benda best ialah Kedah. Selalu kalau sebut Kedah je mesti orang terus ingat Langkawi dan makanan yang sedap-sedap kan?

Oleh kerana sekarang ni ramai yang nak explore destinasi lokal,kami akan kongsikan 5 perkara mengenai Kedah yang korang tak tahu!

1. Ada pantai yang cantik! Pantai Tanjung Rhu & Pulau Songsong

Walaupun terkenal dengan kecantikan Pulau Langkawi, tapi sebenarnya Kedah ada pulau lain yang lebih cantik iaitu Pulau SongSong dan Pulau Tanjung Rhu!

Kredit Gambar: Ayyashfaruq.com

Selain merupakan lokasi pahlawan nusantara berkumpul untuk merampas semula Kedah daripada penaklukan Siam, Pulau Songsong yang sering digelar ‘Permata Tersembunyi’ ni tidak mempunyai sebarang resort mahupun penduduk. Jadi, korang kena camping bila ke sana dan pastikan cuaca elok untuk korang sewa bot!

Kredit Gambar: TripAdvisor

Pantai Tanjung Rhu pula, merupakan tempat yang lebih menenangkan berbanding Pantai Cenang. Sesuai untuk membawa keluarga dan anak kecil. Perjalanan ke pulau tersebut pula sangat menarik sebab korang akan nampak pokok Rhu di kiri kanan sepanjang jalan!

2. Titian gantung terpanjang di dunia, Tree Top Walk Sungai Sedim!

Mengambil masa 14 bulan untuk dibina, Titian kanopi yang dinamakan Tree Top Walk ni terletak di Kulim, Kedah atau nak lebih tepat, Taman Rekreasi Sungai Sedim. Titian ini merupakan titian terpanjang di dunia sepanjang 925m!

Rugi kalau korang tak pernah jejak titian kanopi ni tau. Korang akan disajikan dengan pemandangan flora dan fauna melalui perspektif yang berbeza bila korang berada setinggi itu.

3. Kuala Kedah Fort dan perkampungan nelayan!

Kuala Kedah Fort ialah saksi perjuangan orang Melayu menentang dan mengusir penjajah Siam. Ia juga tempat yang paling strategik untuk melihat matahari terbenam. Perfect bagi yang inginkan suasana romantis! Berdekatan dengan kubu ni pula ialah perkampungan nelayan yang korang boleh dapatkan seafood yang fresh!

4. Gunung Jerai Paragliding Park!

Ramai yang tak tahu sebenarnya korang boleh paragliding dekat Kedah. Bestnya boleh tengok pemandangan dari atas Gunung Jerai! Korang boleh pilih nak buat secara individu atau bersama pilot!

5. Rumah Hobbit, Alice In Wonderland & Petting Zoo di MnM Whimsical Houses

Bukan dekat luar negara je, dekat Malaysia pun ada Rumah Hobbit dan rumah terbalik Alice in Wonderland. Memang eye-opening dan sesuai sangat kalau nak bawak anak-anak. Ada juga petting zoo dekat sini tau!

Kedah juga merupakan lokasi kopi semaian tempatan pertama NESCAFÉ!

Korang tahu tak yang Kedah mempunyai persekitaran yang optimum untuk penanaman kopi?

Di bawah program Disemai Dengan Kasih (Grown Respectfully) di Malaysia, NESCAFÉ dengan bangganya mengeluarkan kopi semainan tempatan pertama iaitu NESCAFÉ Classic Kopi Kedah!

Program ‘Disemai Dengan Kasih’ ini telah diusahakan selama setahun dan yang paling menarik, biji kopi NESCAFÉ Classic Kopi Kedah diperbuat daripada 100% biji kopi yang disemai dan dituai sepenuhnya oleh peladang tempatan di Kedah.

Biji kopi yang dipilih dengan teliti dan dipanggang sempurna kemudiannya dikisar hingga menjadi serbuk kopi halus. NESCAFÉ Classic Kopi Kedah semestinya memberikan pengalaman kopi asli dan tempatan sepenuhnya.

100 peladang dilatih & 70,000 benih kopi berjaya dihasilkan!

Inisiatif ini merupakan inisiatif global yang mana NESCAFÉ dapat menunjukkan keprihatinan jenama ini yang mengambil berat mengenai sumber perolehan biji kopi serta kehidupan para peladang kopi.

Selain itu, para peladang juga dapat mempelajari teknik terbaru untuk menghasilkan baka kopi yang lebih baik dan cara penjagaan yang terbaik.

Dengan usaha sama, Federal Land Development Authority (FELDA), Kedah State Department of Agriculture (KSDA), Kedah Economic Development Authority (KEDA), Pertubuhan Kami Anak FELDA (KAF) dan Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) ni, ekosistem pertanian kopi di peringkat global mampu dimampankan.

Korang boleh tengok video dekat bawah ni untuk ketahui lebih lagi mengenai NESCAFÉ Classic Kopi Kedah ni!

Dapatkan di kedai berhampiran atau beli online je di Shopee & Lazada!

Kalau korang nak tahu,NESCAFÉ Classic Kopi Kedah ni sekarang dah viral! Rata-rata habis stock! Korang search je #Nescafeclassickopikedah, semua tengah hangat cakap pasal kopi ni tau.

Bangga betul bila ada NESCAFÉ nama negeri sendiri ni! Semoga inisiatif ni dapat diteruskan dan semua negeri di Malaysia ada nama kopi mereka sendiri kan?

So korang jangan lupa untuk dapakan NESCAFÉ Kopi Kedah dekat kedai Aeon, 99 SpeedMart,Billion dan Mydin yang berhampiran atau boleh beli secara online di  Shopee atau Lazada! Tin pun cantik boleh simpan buat koleksi!

Wajib cari Nescafe Kedah ni sebab “Keluaran Malaysia,Kebanggaan Semua!”

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik dekat sini! 

 

#nescafekopikedah #nescafeclassickopikedah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×