Benda wajib setiap pagi sebelum memulakan kerja mestilah breakfast. Rasa macam tak lengkap je hari tanpa breakfast kan? Bagi yang tak sempat nak masak sendiri di rumah, ramai yang memilih untuk breakfast di mamak atau kafe berdekatan kawasan pejabat. Lagi syok kalau dapat join breakfast dengan kawan-kawan, mesti banyak topik yang nak dibualkan.
Jadi, disini kami nak list down antara 5 topik best yang selalu orang bincang di meja makan. Kadang-kadang tu sampai tak perasaan makanan dah habis sebab asyik sangat bersembang. Korang yang mana?
Isu semasa & politik
Walaupun berbeza fahaman politik, itu tak meruntuhkan semangat setia kawan antara satu sama lain. Sama juga dengan semangat kesukanan. Waktu breakfast inilah masing-masing dapat berkongsi pendapat dan buka minda masing-masing. Yang penting, kita dapat tegur dan perbetulkan salah faham rakan mengenai sesetengah isu yang hangat diviralkan. Macam pengulas profesional!
Gosip artis terkini
Tipulah kalau cakap korang tak ikuti perkembangan semasa artis kan? Sambil layan Instagram tu sempat lagi korang bercerita dengan kawan-kawan pasal gosip artis terkini. Sampaikan cerita gaduh artis pun korang tahu.. dah macam Melodi bergerak.
Iyalah, asyik sembang topik serius pun bosan juga kan? Jadi layanlah dulu gambar kahwin dan anak artis yang comel lotey.
Jualan murah & contest
Orang Malaysia ni memang terbukti kaki shopping, pantang ada sale mesti ON! Tak percaya? Korang tengok aje lah shopping mall di hujung minggu, padat woi! Kedai online pun tak kurang hebatnya, hari gaji je ada macam-macam offer. Macam mana nak tahu? Mestilah daripada kawan-kawan korang yang kaki jualan murah tu. Sambil pekena nasi lemak, ini masa yang sesuai untuk bertukar-tukar info tentang jualan murah yang ada.
Nak menang barang free pun boleh, ‘Komen, Like & Share’ je! Benda normal bagi seorang ‘kaki contest’ setia.
Holiday! On tak on?
Rasanya dekat sini semua orang suka holiday kan? Bayangkan bangun pagi je dapat lihat laut yang biru, jauh daripada kesesakan jalan raya ke tempat kerja. Fikir pun boleh serabut kepala ni. Jadi, kedai mamaklah saksi rakyat Malaysia bersama kawan-kawan merancang untuk bercuti. Plan memang dah cun habis, tapi bila sampai masa untuk bercuti, semua beri seribu satu alasan.
Hangat-hangat tahi ayam je. Biasa kena tak?
Luahan perasan
Hidup ini bagaikan roda, setiap ujian yang dilalui adalah untuk mematangkan diri sendiri. Jadi seseorang haruslah berfikiran terbuka dan segera mencari penyelesaian kepada masalah. Waktu ini juga korang dapat lihat betapa caringnya BFF kepada masalah peribadi korang.
Memang layan habis bila duduk dan kongsi masalah dekat kawan di kedai mamak. Orang kata heart to heart session sambil minum teh tarik dan roti canai. Perut kenyang, hati pun lega!
#BigMalaysianBreakfast
Pendek kata makanan sememangnya menyatukan rakyat Malaysia tidak mengira kaum. Makanan tradisi khususnya nasi lemak, teh tarik, dan roti canai menjadi kebanggaan dan kegemaran ramai. Haih rindu pulak kenangan dengan keluarga dan kawan-kawan.
Jadi, apa lagi jom ramai-ramai kongsi dan rasai bersama #BigMalaysianBreakfast di Youtube Hot TV sekarang! Untuk maklumat lanjut sila layari laman web HOT FM.