Bila tibanya bulan Ramadan, korang mesti teringat pelbagai jenis juadah sedap seperti ketupat, kuih lapis dan murtabak kan? Namun, kita kena berhati-hati dengan pengambilan makanan yang manis dan berlemak tinggi ini kerana ia boleh membawa ketidakselesaan kepada sistem penghadaman dan boleh menjejaskan imunisasi badan.
Lebih-lebih lagi apabila berpuasa, badan kita akan kekurangan antioxidant yang membuatkan sistem imunisasi kita lemah dan kurang berfungsi. Paling penting, usaha untuk menjaga kesihatan haruslah bermula dari rumah, agar badan kekal sihat supaya dapat mencegah penyakit dan melawan jangkitan.
Apa kata korang follow tip-tip ini untuk pasti badan lebih sihat dan kuat bagi menikmati anugerah Ramadan. Senang je!
1. Dapatkan tidur yang cukup
Utamakan tidur korang! Walaupun kadang-kadang korang rasa tidur 2 atau 3 jam pun mencukupi, tapi sebenarnya ia boleh melemahkan dan membuatkan badan korang stress. Seterusnya, menjadikan badan korang lemah untuk melawan bakteria. Sebab tu, penting untuk korang titikberatkan kualiti dan kuantiti tidur korang.
2. Cuba bermeditasi! Tenang je rasa
Walaupun nampak macam tak berikan impak yang besar, tapi sebenarnya meditasi dapat bantu seimbangkan sistem tubuh badan. Bukan itu je, ia juga mampu menurunkan tekanan darah dan memperbaiki metabolisme tubuh.
Minda, jiwa dan badan kita akan jadi lebih stabil dan tenang apabila kita melakukan meditasi. Solat juga salah satu bentuk meditasi tau!
3. Kurangkan pengambilan gula
Nampak macam remeh. Tapi, dengan mengurangkan pengambilan gula dapat menjadikan badan korang lebih bertenaga tau. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan badan korang lemah dan cepat penat.
Ia juga akan memberikan kesan jangka masa panjang di mana berat badan korang boleh meningkat secara mendadak dan menyebabkan obeisiti.
4. Perlu kekal aktif walaupun berpuasa!
Dengan bersenam dan kekal aktif, korang bukan saja boleh mengurangkan berat badan, tetapi keupayaan dan kemampuan badan juga akan meningkat. Aktiviti penafasan semasa bersenam juga boleh membantu untuk ‘flush out’ bakteria dalam badan.
5. Makan vitamin tambahan. Mudah & cepat!
Vitamin atau suplemen boleh membantu untuk boost sistem imunisasi badan. Lagi-lagi kalau yang mengandungi vitamin C dan Zink!
Tapi, ada banyak jenis vitamin. Mana satu yang berkesan bagi mengelakkan pembaziran wang?
Korang kena cuba Redoxon®. Ada vitamin C dan Zink dalam 1 tablet!
Cara paling mudah semestinya dengan mengambil suplemen. Dan pilihan yang paling tepat ialah dengan mengambil suplemen Redoxon®!
Redoxon® ialah produk suplemen, lengkap dengan vitamin C dan juga mineral Zink yang boleh bertindak secara sinergi bagi meningkatkan daya tahan tubuh badan.
Apatah lagi,Redoxon® tidak mempunyai gula dan telah pun mendapat pengesahan halal dari JAKIM. Jadi, korang tak perlulah risau tau!
Bulan-bulan puasa macam ni, mestilah susah nak work from home sambil menjaga komitmen kepada diri sendiri dan keluarga kan?
Haa.. sebab tulah korang kena ambil Redoxon® ni untuk kekalkan badan yang sihat dan kuat bagi mencegah penyakit. Jika sakit, sudah pasti aktiviti seharian akan terganggu. Dengan Redoxon®, korang boleh meluangkan lebih masa untuk diri sendiri, keluarga serta meningkatkan produktiviti! Kan bagus tu?
Pelbagai khasiat dalam satu tablet! Tapi, sesuai dimakan waktu sahur atau berbuka?
Redoxon® sesuai diambil ketika bersahur. Rasa Redoxon yang menyegarkan pasti dapat membantu korang mulakan hari yang sihat!
Jadi, jangan lupa untuk dapatkan Redoxon® sekarang di farmasi berdekatan! Maklumat lanjut korang boleh klik di SINI!