berita

5 Perkara Yang Kaki Lari Patut Tahu Tentang Karnival LIT Run, Boleh Lari Sambil Beramal

June 27th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Ada tak antara korang yang suka berlari? Berlari ni memang penat. Tapi bila dah buat, memang puas! Lagi satu, berlari ni juga boleh menghilangkan stres. Ia juga suatu senaman mengeluarkan peluh dan tubuh badan jadi sihat. Setuju tak?

Biasa dengar pasal Fun Run? Fun Run ni larian yang berjarak 5km. Kalau korang saja nak lari untuk suka-suka, memang dialu-alukan! Tak lama lagi ada karnival larian akan berlangsung tau. Nak tahu apa dia? Meh kami bagitahu..’

LIT Run, gabungan karnival bertemakan neon dan larian amal 5km

Kalau korang nak tahu, LIT Run merupakan karnival pertama di Malaysia bertemakan neon yang bergabung dengan larian amal 5km. Bukan senang tau nak dapat peluang untuk join event macam ni. Korang boleh lari sambil beramal. Bagusnya!

LIT Run ni dianjurkan oleh WITF dan akan diadakan pada 13 Julai 2018 dan 14 Julai 2018 di Taman Botani Negara, Shah Alam. Kalau nak tahu tentatif acara, boleh tengok kat gambar bawah ni ya.

Korang pasti tak sabar nak tahu benda menarik yang ada sewaktu LIT Run ni kan? Inilah dia..

Fun Run bertemakan neon, jom lari sama-sama!

Kaki lari take note! LIT Run ada Fun Run yang bertemakan neon. Dengan lampu neon berkelipan, confirm korang seronok nak lari pada waktu malam. Boleh ajak keluarga atau kawan-kawan. Fun Run ni dibuat pada 14 Julai 2018, pukul 7.30 malam. Wee..

Paling syok tentang LIT Run, korang akan berlari bersama Peter Davis. Untuk pengetahuan korang, Peter Davis ni seorang model, pelakon dan juga MMA Fighter! Mesti korang tak sabar nak join LIT Run tu nanti kan? Boleh jumpa Peter Davis. Yay!

Nak tahu daftar LIT Run ni macam mana? Skrol lagi okay..

Gerai makanan dan bazaar turut ada, yummy!

Apa yang paling semua orang suka pasal karnival? Of course la makanan! Hehe. Antara gerai makanan yang ada sewaktu LIT Run ialah Our Eatery, Hale, The Bowls dan Aiden Picnic. Boleh la korang enjoy makanan yang sedap-sedap sekali. Yummy!

Live dj dan band performance, memang gempak

LIT Run turut ada persembahan live band yang sangat best! Lagu English, Melayu, Cina, semua akan dinyanyikan untuk korang. Selain itu, ada persembahan LED Drum dan Tron Dance yang berwarna-warni. Korang juga akan dihiburkan dengan performance daripada DJ Nikki dan DJ Alexisgrace. Confirm meriah!

Pelbagai aktiviti karnival yang menarik, yeah!

Haa, event menarik macam LIT Run ni, kalau tak ada aktiviti menarik, memang tak sah! Banyak benda yang korang boleh buat sewaktu LIT Run berlangsung. Antaranya mini games, photoshoot, hamster roll, face painting artist dan sebagainya. Memang enjoy habis!

Cabutan bertuah yang lumayan, fuh!

Kalau korang nak tahu, LIT Run juga ada cabutan bertuah untuk korang sertai. Hadiahnya sangat lumayan tau. So, kalau korang tak join LIT Run, takut terlepas peluang pulak. Manalah tahu korang antara yang bertuah pada hari tu. Hehe.

Jom pergi event LIT Run ramai-ramai, mesti seronok!

Tak sabarnya nak nantikan LIT Run yang akan diadakan pada 13 Julai 2018 dan 14 Julai 2018 ni. Mereka juga ada buat live World Cup 2018 pada hari kedua, iaitu 14 Julai 2018. Ajak sekali kawan korang yang kaki bola tu. Yay!

So, jangan lepaskan peluang untuk join LIT Run! Cuba korang tengok video kat bawah ni. Fuh..

Confirm korang dah tertarik kan? Jangan lupa ajak keluarga dan kawan korang yang kaki lari tu untuk join Fun Run semasa LIT Run diadakan nanti. Lari untuk suka-suka pun tak apa. Boleh eratkan hubungan dan spend time bersama! Tak gitu?

Kalau korang nak join Fun Run tu, boleh DAFTAR KAT SINI ya. Cepat grab tiket korang sebelum ia habis dijual! Jangan lupa like dan follow Facebook LIT Run kat bawah ni untuk tahu perkembangan terkini mereka.

Dah sedia nak lari? Ke garisan.. Sedia.. Mula! Selamat berlari guys!

SKIP THIS AD ×