Bila pergi ke agensi kerajaan tak kira lah Balai Polis ke, JPJ ke, hospital ke mana-mana lah mesti ada beberapa perkara yang selalu orang buat dan tanya. Kadang-kadang sebelum pergi dah plan nak buat benda tu.
Kadang-kadang sambil menunggu tu, bila orang masuk je korang dah boleh agak orang tu first time pergi atau dah selalu pergi. Kalau masuk dan nampak lost tu ha dah boleh agak dah apa yang akan mereka tanya.
Untuk yang dah selalu pergi agensi kerajaan tu, confirm selalu buat 5 perkara di bawah ni!
Nak buat urusan lain, tekan butang lain.
Sebelum pergi dah fikir siap-siap. Masuk, ambil tiket, tekan butang A kemudian terus duduk dan tunggu giliran. Tapi bila sampai, tengok pula mesin nombor tu dah ada pelbagai jenis pilihan tambahan pula, ada orang beratur di belakang ha teruslah nervous! Last-last tekan salah butang dan tunggu untuk kaunter yang lain.
Cari mesin air gedegang sambil tunggu giliran
Korang mungkin tak perasan tapi bila pergi agensi kerajaan, kita selalu beli air dekat mesin gedegang tu. Sekarang lagi best weh dah banyak jenis pulak tu. Ada mesin air kopi, ada mesin jus. Excited habis! Siap boleh tap debit atau credit card tau sekarang! Mudah!
Masuk terus pergi kaunter & tak ambil nombor. Amboiii!
Bila dah nak cepat lagi-lagi kalau lesen mati tu, ha terus je melulu ke kaunter tak ambil nombor. Tiba-tiba je guard atau polis bantuan tegur,baru nak mengelabah takut.
Amik nombor lebih kot-kot nombor tu lagi laju
Mengaku cepat siapa pernah buat macam ni? Korang mungkin pelik tapi ada yang buat tau. Bila satu nombor dah dipanggil diorang akan pass nombor lagi satu tu dekat orang lain. Admin pernah dapat beberapa kali dan rasa excited gila!
Terlupa nak bawak cash! Aduhh, cashless boleh?
Kalau korang penjaga kaunter, korang akan selalu dengar ayat ni atau mungkin, korang yang selalu tanya. Dengan teknologi yang ada sekarang, kita tak perasan yang kita dah jarang bawa wang tunai pergi mana-mana. Semuanya cashless!
Tak payah risau dah, dekat agensi kerajaan pun boleh cashless dan korang berpeluang untuk menang RM10,000!
Dah tak payah risau dan tinggalkan no giliran korang kalau tak bawak wang tunai sebab di agensi kerajaan sekarang ni pun dah boleh bayar menggunakan kad ATM atau scan je kod DuitNow QR!
Tak payah susah- susah dah nak kira-kira duit dekat kaunter tu. Lagi stress kalau tak ada duit kecil, terpaksa lah akak kaunter pergi cari duit tukar.
Kalau guna kad ATM atau kod DuitNow QR, transaksi pun jadi lagi cepat. Kan dah mudahkan orang lain juga kan kalau urusan korang cepat?
Untuk transaksi online pula, korang boleh gunakan FPX, JomPAY dan DirectDebit. Sistem pembayaran yang sama macam korang online shopping tu.
Dah lah mudah, siap boleh menang wang tunai lagi dengan peraduan Cashless Boleh 2* ni! Bukan RM100 atau RM200 , tapi RM10,000!
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Transaksi mudah, mestilah nak masuk peraduan Cashless Boleh 2 ni pun mudah kan?
Untuk melayakkan diri untuk peraduan tersebut, korang hanya perlu buat transaksi cashless di agensi-agensi kerajaan yang terpilih menggunakan kad ATM MyDebit, imbas DuitNow QR di kaunter atau membuat transaksi online melalui JomPAY, FPX ataupun DirectDebit.
Tanpa amaun minimum pulak tu! Transaksi tersebut perlu dibuat dalam tempoh peraduan iaitu dari 1 Disember 2021 – 31 Mei 2022!
Antara agensi kerajaan yang tersenarai untuk rebut peluang untuk menang wang tunai RM10,000 tersebut ialah:
- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PBT
- Kehakiman (Mahkamah)
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA)
- Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
- Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Pejabat Pengarah Tanah & Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP)
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan
- Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI)
- Hospital UiTM Puncak Alam
Segala-galanya mudah dengan kempen ni! Memang rugi kalau korang tak masuk!
So, jom mudahkan urusan korang dan menang RM10,000 sekali gus! Untuk info lanjut, korang boleh layari laman web Paynet.