“Jangan lupa beli bendera!”
Antara dialog yang paling selalu kita dengar dulu kalau masuk je bulan kemerdekaan. Meriah tengok rumah-rumah, kereta dan moto dihiasi dengan bendera. Semua bendera lama akan digantikan dengan bendera baru yang lebih cantik dan yang masih terang warnanya.
Bukan tu sahaja, ada juga perkara wajib lain yang kita buat antaranya ialah:
Pasang bendera dekat rumah, kereta, moto!
Nampak biasa je kan perbuatan ni tapi ni antara yang admin rindu nak tengok. Penuh kereta dan motor dihias dengan bendera manakala dirumah pula ramai yang mula mengibarkan bendera sama yang kecil atau yang besar.
Pertandingan hias kelas!
Paling ditunggu-tunggu dekat sekolah mesti lah pertandingan hias kelas! Gigih datang hari minggu nak hias kelas tau. Nak menang punya pasal. Masa ni terus jadi geng dengan cikgu! Seronok betul bila menang tak kisah la tempat ke 3 atau pertama sebab waktu menghias tu paling berharga.
Join atau pergi tengok perarakkan
Pagi-pagi lagi ayah dah kejut suruh siap cantik-cantik, lepas tu naik moto dengan ayah nak pergi tengok perarakkan. Bila nampak je orang yang kita kenal sedara mara tau kawan-kawan dekat perarakan tu happy macam jumpa artis! Menjerit sampai hilang suara!
Konsert Merdeka dan tengok Bunga Api!
Sebelah pagi tengok perarakan, sebelah malam benda paling ditunggu-tunggu mestilah Konsert Merdeka dan juga bunga api! Setiap tahun tak sabar tunggu line-up siapa yang akan menyanyi kt konsert tu nanti! Dan bila laungan Merdeka tu dilaungkan disambut pula dengan letupan bunga api. Jantung terus rasa semangat dan bangga dengan negara sendiri!
Tonton movie best!
Lepas tu habiskan hari cuti Merdeka tu dengan tengok movie-movie best yang ditayangkan. Ada cerita baru, ada cerita lama! Memang melekat la depan TV tak gerak-gerak! Seharian tu memang rasa happy je kan? Seronoknyaaaaa dulu-dulu!
Sambut Merdeka korang tahun ni dengan movie-movie best dari Disney+ Hotstar ni!
Ada yang masih boleh dibuat, tapi ada separuh disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan kita tak berpeluang untuk buat tahun ni!
Tapi yang pasti korang masih lagi boleh nikmati cuti korang sambil tonton movie-movie best! Disney+ Hotstar ada pelbagai movie baru dan lama yang boleh menceriakan hari korang!
Upin & Ipin, Ada Hantu, Club Mickey Mouse Merdeka Special Episode, Telerai Noktah, Anak Sena menanti korang!
Jangan risau kalau tak tahu nak tengok cerita apa, Disney+ Hotstar dah siap-siap sediakan cerita menarik untuk korang layan nanti.
Ada cerita Melayu, kartun, cerita khas untuk Merdeka pun ada.
Kalau korang nak tengok macam mana seorang cikgu membantu dan membimbing masyarakat orang asli, korang boleh layan Anak Sena!
Lakonan mantap Nabila Huda, Raysha Risrose dan Ainul Aishah dalam Terlerai Noktah ni pula memang wajib ditonton!
Bukan itu sahaja, Club Mickey Mouse Merdeka Special Episode ni pula memang cerita paling ngam untuk kanak-kanak tengok time cuti hari Merdeka ni!
Ada juga movie famous lain yang korang boleh layan!
Antara movie yang popular dekat Disney+ Hotstar ni ialah Guang, Munafik, Ejen Ali The Movie: Mission Neo dan juga The Kid from The Big Apple 2: Before We Forget!
Kalau dah movie ni antara yang popular dekat Disney+ Hotstar, korang dah boleh agak lah mesti best kan?
Antara yang menarik ialah movie Guang yang mengisahkan mengenai seorang lelaki autistic yang mengumpul gelas untuk tujuan unik dia sendiri! Sampai membuatkan hubungan dia dengan adik beradiknya menjadi goyah! Untuk apa dia kumpul gelas-gelas tu korang kena lah tengok sendiri. Tapi memang menarik betul!
Semua movie ni korang boleh layan sambil makan lepak-lepak chill-chill. Kalau taknak tengok cerita ni ada banyak lagi movie menarik yang ada dekat Disney+ Hotstar!
Korang boleh subscribe Disney+ Hotstar ni dengan hanya RM54.90 je untuk 3 bulan*! Bukan itu sahaja, ia juga kini boleh didapati di LG TV (hanya untuk LG webOS 4.0 ke atas, kecuali model webOS di TV M3).
Korang boleh klik dekat SINI untuk mula layan movie-movie best dekat Disney+ Hotstar ni!
*Langganan adalah wajib dan bayaran bank tambahan mungkin dikenakan.