Korang ada plan nak pergi bercuti ke Jepun? Terujanya kalau dapat nikmati percutian ke negara yang ada 4 musim ni. Rata-rata ramai yang suka bercuti di Jepun ketika musim bunga dan sejuk. Syok kalau pergi ramai-ramai!
Pernah dengar tentang JNTO, organisasi pelancongan Jepun untuk orang Malaysia? Nak pergi negara orang, kena la ada panduan dan info yang cukup. Buat pengetahuan korang, JNTO ada semua yang korang perlukan untuk travel ke Jepun!
Lebih-lebih lagi buat traveller muslim. Dah sampai Jepun nanti mesti nak cari restoran halal dan sedap kan? Kat sini kami share beberapa restoran halal di Jepun. Sedap dan berbaloi!
*Pensijilan Halal restoran-restoran ni dikeluarkan oleh syarikat swasta di Jepun.
Ayam-Ya Okachimachi, Tokyo
Tak hairan la kalau jumpa ramai orang Malaysia makan kat sini. Ayam-Ya Okachimachi adalah antara kedai ramen halal yang popular di Jepun. Kalau korang pergi Tokyo, wajib cuba ramen halal dan sedap di sini.
Selain terkenal di kalangan traveller muslim dengan ramennya yang halal dan sedap, ruang kedai Ayam-Ya Okachimachi juga luas kalau nak dibandingkan dengan beberapa kedai ramen halal di sekitar Tokyo. Selesa buat seisi keluarga!
Ayam-Ya Okachimachi
Alamat: Yamada Bldg. 1F, 4-10-1 Taito, Taito-ku, Tokyo
Waktu operasi: Setiap hari, 11.30 pagi hingga 2.30 petang, 5 petang hingga 9 malam
No telefon: +81 3-4360-3672
Nak cari restoran mesra muslim berdekatan apabila berada di Jepun? Klik SINI.
Yamamotoya Okute, Nagoya
Haa.. Tengah cari restoran halal di Nagoya ke tu? Korang boleh singgah makan di Yamamotoya Okute. Terkenal sebagai restoran yang muslim-friendly di Nagoya dengan makanan tempatan Jepun yang halal, iaitu Miso Udon!
Hidangan istimewa di Yamamotoya Okute ialah Miso Nikomi Udon. Popular di kalangan penduduk tempatan di Nagoya. Makanan ni dihidangkan dalam Hot Pot dengan sup Miso dan mee Udon buatan tangan dengan tekstur yang kenyal dan lembut. Serius sedap!
Yamamotoya Okute
Alamat: 5 Chome-9-2 Okutecho, Chikusa Ward, Nagoya, Aichi 464-0854, Japan
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 pagi hingga 8 malam
No telefon: +81 52-733-7413
Nak cari restoran mesra muslim berdekatan apabila berada di Jepun? Klik SINI.
Asakusa Sushi Ken, Tokyo
Tahu tak? Asakusa Sushi Ken, Tokyo adalah salah satu restoran muslim-friendly di Jepun. Peminat sushi boleh datang jamu selera di sini yang menampilkan rasa asli sushi. Tak lengkap travel korang ke Jepun kalau tak cuba sushi di sini. Puas hati wei!
Paling menarik, Asakusa Shushi-Ken ialah restoran pertama di Tokyo yang mendapat sijil Halal. Restoran ni hanya menggunakan bahan-bahan yang halal termasuk sos pencicahnya. Nikmatilah pelbagai pilihan sushi seperti Ebi Nigiri, Tamago, Ebiko dan sebagainya di sini!
Asakusa Sushi Ken
Alamat: 2 Chome-11-4, Asakusa, Taito-ku, Tokyo 111-0032, Japan
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 12 tengah hari hingga 3 petang, 5 petang hingga 10.30 malam
No telefon: +81 3-5246-6547
Nak cari restoran mesra muslim berdekatan apabila berada di Jepun? Klik SINI.
Sumiyakiya, Nagoya
Kalau nak rasa makanan hidangan daging bakar panas-panas, kena la datang menjamu selera di Sumiyakiya. Jangan risau tentang status halalnya. Semuanya disahkan halal, baik dari segi proses penyembelihan sehinggalah penyediaan.
Paling popular di Sumiyakiya ialah daging lembu wagyu. Buat peminat nasi briyani, korang boleh juga try hidangan Nasi Briyani Bamboo yang memang sedap rasanya. Rugi tak cuba kalau korang datang ke Tokyo!
Sumiyakiya
Alamat: 26-18 Naeshirocho, Mizuho Ward, Nagoya, Aichi 467-0841, Japan
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 5 hingga 11.30 malam
No telefon: +81 52-824-7777
Nak cari restoran mesra muslim berdekatan apabila berada di Jepun? Klik SINI.
Tsuki no Odori, Osaka
Para peminat hidangan ayam boleh cuba hidangan di sini. Tsuki no Odori menyajikan pelbagai hidangan ayam halal setiap hari. Penyediaan hidangan halal sangat dititikberatkan oleh restoran ni bagi memenuhi standard yang ditetapkan.
Korang kena try hidangan yakitori di Tsuki no Odori yang sememangnya lazat. Menu hot pot misonya juga sangat menepati selera. Jangan lepaskan peluang korang untuk cuba aiskrim karamel masin sebagai pencuci mulut. Oishi!
Tsuki no Odori
Alamat: 2 Chome-26-13 Kujominami, Nishi Ward, Osaka, 550-0025, Japan
Waktu operasi: Setiap hari, 11.30 pagi hingga 2.30 petang, 5.30 petang hingga 10.30 malam
No telefon: +81 6-4393-0088
Nak cari restoran mesra muslim berdekatan apabila berada di Jepun? Klik SINI.
Dapatkan lebih banyak tips & promosi travel ke Jepun bersama JNTO!
Bukan setakat makanan halal dan sedap, malah banyak tempat menarik di Jepun untuk korang terjah. Kalau korang nak travel ke Jepun tapi tak tahu nak mula, korang boleh hubungi pihak Japan National Tourism Organisation (JNTO).
JNTO merupakan organisasi pelancongan yang mempromosikan travel ke Jepun serta mendorong orang ramai untuk melawat negara Jepun. Banyak maklumat, tips dan promosi pelancongan ke Jepun yang korang boleh dapat. Serius berguna untuk korang yang nak bercuti ke sana!
Untuk info lebih lanjut tentang pelancongan ke Jepun, korang boleh klik SINI guys. Selamat menikmati percutian yang menarik ke Jepun!