berita

5 Ragam Anak-Anak Ketika Berpuasa. Belum Maghrib Lagi Dia Dah Tolong Azan Pun Ada!

May 9th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Bila masuk bulan Ramadan, macam-macam manfaat kita boleh dapat. Paling utama ialah bila semua kebaikan yang kita lakukan ada ganjaran extra which is korang akan dapat pahala berlipat kali ganda. Dan admin yakin salah satu keseronokan lain di bulan Ramadan ialah segala macam makanan yang korang tak pernah jumpa di bulan-bulan lain akan munculkan diri di bulan puasa!

Haa… tapi, disebalik keseronokan tu, banyak juga cabaran yang ada tau. Terutamanya buat ibu bapa yang tengah pening kepala memikirkan macam mana nak latih anak-anak kecil untuk berpuasa. Macam-macam ragam comel mereka bikin kami geli hati weh. Jom kita tengok top 5 ragam anak berpuasa paling popular setakat ni!

1. Susah nak bangun sahur

Siapa pernah jadi macam ni? Semalam si anak sibuk suruh ibu kejut sahur. Tapi bila dah tiba waktu sahur, ibu kejut dia tak nak bangun pulak. Siap tarik lagi selimut tutup sampai kepala. Paling comel bila dah bangun sahur, anak korang sambung tidur dekat meja makan. Nasib la tak masuk kepala dalam pinggan. Kadang-kadang tu kesian nak kejut, tapi kalau tak kejut esoknya dia marah kita pulak kan? Hehe

2. Baru puasa separuh hari dah kalut nak berbuka

Yang ni pulak jenis awal-awal je semangat cakap nak puasa penuh. Waktu sahur tu dia makan punya berselera katanya takut lapar. Tapi bila dah tengah hari belum apa-apa lagi dia dah cakap nak berbuka. Paling geram time berbuka pun dia nak makan, kalah orang puasa tau. Pendek kata anak-anak ni sempat berpuasa separuh hari je, lepas tu mula la menjelajah dapur cari makanan dan siap order MILO ais lagi tu!

3. Pura-pura sakit perut atau demam

Kecik-kecik dah pandai drama weh. Biasanya waktu awal pagi anak-anak okay lagi sebab bertenaga. So, waktu tu eloklah nampak dia sihat siap boleh main kejar-kejar lagi. Masuk je time tengah hari, kalau tak nampak anak main dekat luar tu better korang cari dekat dalam bilik atau ruang tamu, takpun dekat dapur. Sebab anak buah admin pernah berselimut sakan dalam bilik katanya demam dan minta nak berbuka. Paling tak tahan dia tampal sticker hello kitty dekat kepala kononnya puasa sampai pening!

4. Asyik tanya pukul berapa dan bila nak azan Maghrib

Ini paling comel weh! Belum azan Asar lagi tapi dia dah siap tanya bila nak azan Maghrib. Tak kurang ada pulak yang setiap kali dengar azan je dia cakap tu azan Maghrib. Bila kita cakap bukan, mula la keluar soalan baru contohnya

“Sekarang dah pukul berapa? Lambat lagi ke nak berbuka?”

5. Waktu berbuka, air minuman je kena ada dua tiga jenis baru puas hati

Si kecil yang ini paling legend. Biasanya bila mereka dah berjaya puasa penuh, parents akan tunaikan permintaan diorang time dekat bazar sebagai reward. Waktu tu, mula la dia nak beli semua jenis air yang dijual dekat bazar. Tak cukup dengan tu, balik je rumah suruh ibu buat air MILO pulak lagi. Tapi disebabkan dah berjaya sempurnakan puasa, parents ikutkan je.

“Nak minum air apa lagi anak ibuuu…?”

 

Nak anak korang kekal bertenaga sepanjang hari time Ramadan ni?

Haaa… kalau korang nak latih anak berpuasa penuh mesti la kena ada macam-macam persediaan dan strategi. Ini termasuklah memastikan anak-anak korang semua bersedia secukupnya untuk menghadapi cabaran berpuasa dengan penuh bertenaga sepanjang hari.

So, admin sarankan waktu sahur tu sediakan makanan dan minuman yang mengandungi nutrien yang lengkap. Paling penting adalah MILO sebab ia perfect dilengkapi kebaikan susu, malt dan koko supaya anak korang kekal aktif dan fokus sepanjang hari.

Takdalah nanti korang tengok anak korang lemah dan tak bermaya je. Balik sekolah pun tak larat nak bercakap terus baring. Trust me, kalau korang beri mereka minum MILO waktu sahur, silap-silap takda lagi drama anak malas bangun sahur sebab MILO memang sangat digemari. Admin yang dah besar panjang ni pun sahur memang wajib ada air MILO.

Kalau korang nak dapatkan lebih banyak maklumat tentang kebaikan MILO untuk anak-anak dan seisi keluarga korang, sila layari laman sesawang MILO atau Facebook MILO!

MILO tenaga untuk melangkah jauh!

SKIP THIS AD ×