Jagung memang makanan yang ramai orang suka lebih-lebih lagi di Asia ni. Bukan sahaja boleh buat makanan utama tapi boleh juga dibuat dessert dan snek! Sama ada direbus, dibakar atau digoreng semuanya ada peminat sendiri. Malahan, jagung juga mempunyai pelbagai nutrisi tau!
Ha kalau korang nak tahu, ada banyak jenis snek berasaskan jagung yang memang sangat menyelerakan yang korang boleh try! Lagi lagi bila kena duduk rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni kan? Boleh la korang tunjuk skill memasak tu.
Tersenarai dekat bawah ni merupakan antara snek yang korang boleh cuba! Last tu yang paling mudah dan sedap!
Crispy Spicy Sweet Corn
Kalau korang sukakan snek yang pedas pedas ranggup korang boleh cuba resipi ni!
- 2 sudu makan sweet corn
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu makan tepung beras
- 2 sudu teh Lada Sulah
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu teh serbuk cili
- Daun bawang
Tuang jagung dalam mangkuk dan masukkan bahan seperti tepung jagung, tepung beras, lada sulah, garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan kemudian angkat. Biarkan ia sejuk kemudian letakkan serbuk cili dan daun bawang! Siap!
Jagung Rebus Susu Cheese
Menu ni paling ramai rakyat Malaysia suka! Rasa manis berkrim campur pulak dengan cheese memang ummph!
- 6 – 8 biji Jagung
- Susu cair 1 tin
- Susu pekat 4-5 sudu besar
- Butter – 4 sudu besar
- Cheese – 3 keping
- Secubit garam
Rebus jagung, kemudian masukkan susu cair dan susu pekat, masukkan butter dan akhir sekali masukkan cheese! Senang je kan?
Korean Corn Cheese
Yang sukakan makanan korea pula boleh cuba ni!
- 1 1/2 sweet corn
- Capsicum
- Mozzarella
- Parsley
- Mayonis
- Gula
- Garam
- Blackpepper
Dalam mangkuk campurkan semua bahan kecuali cheese. Gaul rata. Kemudian dalam kuali atau pan leper masukkan butter kemudian tuang campuran tadi. Kemudian taburkan mozzarella cheese dan tutup pan tersebut. Siap!
Jagung Bakar dengan Chili Lime Butter
Kalau korang suka jagung bakar tapi nak cuba cara lain boleh buat ni!
- Jagung segar
- Butter
- Serbuk cili 2 sudu
- 1 biji limau nipis, zest kan kulit
- 1 biji limau nipis, belah 4
Panaskan oven dan bakar jagung sehingga lembut atau sekurang-kurangkan 30 minit. Sambil tu korang boleh campurkan butter dengan chili powder tersebut dan kulit limau yang telah dizestkan. Setelah cukup 30 minit keluarkan dan salutkan campuran butter tersebut ke jagung dan perahkan limau nipis. Siap!
Cucur Jagung Berudang
Ha..ni macam biasalah makanan favourite korang juga kan? Makan petang petang best jugak ni. Korang kena try!
- Tepung gandum
- Tepung beras
- 1 cawan jagung manis
- 1biji telur
- Daun kucai
- Udang saiz sederhana
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili hidup
- Garam
Udang dan jagung di tumbuk sedikit bersama bawang merah, putih dan cili hidup. Satukan dengan tepung gandum, tepung beras, telur, garam. Tambahkan sedikit air agak-agak supaya adunan tidak terlalu cair atau pekat.
Kemudian, goreng adunan tadi mengikut saiz pilihan. Goreng dengan api sederhana dan sehingga garing. Toskan dan siap untuk di hidangkan bersama sos cili. Mudah je!
Hurm, suka makan jagung tapi malas la nak buat, ada tak yang dah siap?
Suka makan jagung tapi malas nak buat semua resipi ni? Korang boleh dapatkan snek jagung yang rasanya sama hebat dengan jagung betul! Snek jagung Corntoz la guys apa lagi!
Memang kalau sebut snek jagung je mesti orang ingat Corntoz kan? Kalau korang tak tahu, Corntoz ni adalah salah satu produk keluaran Mamee tau! Jadi, rasa nya mesti lah sedap kan!
Kini dalam pek besar dengan hanya RM2.10! Tak payah berebut dah!
Kalau dulu korang selalu berebut-rebut dengan adik beradik atau kawan-kawan korang bila makan Corntoz, sekarang dah tak perlu!
Sebab Corntoz dah ada pek besar! Syok ni makan sambil tengok TV atau makan sambil buat kerja alang-alang ramai tengah work from home ni kan? Rasa dia memang kaw!
Ada 3 perisa konfirm kaw yang korang wajib cuba!
Benda best mestilah ada macam-macam pilihan perisa kan? Korang boleh pilih mana yang sesuai dengan mood atau kegemaran korang.
Paling padu perisa Chilli Cheez tau! Tapi Hot & Spicy dan Smokey BBQ pun best jugak!
Ianya dibakar tau bukan digoreng!
Berbeza dengan snek jagung yang lain, Corntoz ni dimasak melalui teknik bakar tanpa kolestrol dan juga lemak trans.
Corntoz juga halal tau ha jadi jangan ragu-ragu dah!
Korang boleh dapatkan Corntoz pek besar 100g ni di kedai berhampiran korang atau nak mudah beli dekat Shoppe je guys. Klik SINI untuk tengok apa lagi yang korang boleh insert to cart. Jangan lupa dapatkan Corntoz pek besar 100g korang harini!
Eh sebelum tu, jom layan dulu lagi satu video Corntoz ni!
#JanganMainMainDenganBoom #Corntoz100 dan stay safe gais!