Biasanya bila sebut sahaja tentang kerabu pasti ramai yang mengenali makanan tradisional ini, namun tak ramai yang tahu bahawa kerabu boleh dihidangkan dengan pelbagai versi.
Hari ini admin nak kongsikan beberapa jenis kerabu yang boleh korang try dan pasti buat korang makan bertambah!
Kerabu udang & tomato hijau
Udang merupakan makanan laut yang menjadi pilihan ramai orang tapi tidak ramai yang memilih untuk menjadikannya sebagai kerabu. Namun, kalau korang nak kelainan sedikit berbanding hari-hari yang lain, korang boleh cuba resepi ini. sekali-sekala bertukar selera tidak salah bukan?
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kerabu-udang-bersama-tomato-hijau
Kerabu peria
Peria tidak akan pahit jika korang tahu bagaimana cara memasaknya, malah korang juga mungkin akan jatuh cinta dengan rasa keenakan kerabu peria ini. Tak perlu bimbang sebab korang hanya perlu mengikut langkah yang disediakan dalam link dibawah untuk mencuba menu ini. Mudah saja!
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kerabu-peria
Kerabu telur ikan
Telur ikan bukan sahaja boleh dijadikan masak lemak atau dimasak bersama kari, tapi ia juga boleh dijadikan sebagai kerabu yang pasti memberikan keunikan rasa untuk hidangan seisi keluarga. Mudah sangat nak sediakan menu ini, apa kata korang cuba buat untuk makan bersama dihujung minggu nanti?
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kerabu-telur-ikan
Kerabu kerang
Ha! Kerabu kerang ini antara kerabu yang paling terkenal dan pastinya pernah menjadi viral kerana texture kerang yang juicy dengan gabungan rasa masam manis hasil daripada bahan-bahan yang digunakan. Cubalah, pasti tak menyesal!
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kerabu-kerang
Kerabu sotong bersama manga
Mangga bukan sahaja sedap dimakan begitu saja, ia juga boleh dijadikan kerabu dan dimakan bersama nasi. Campuran sotong bersama mangga dalam satu hidangan adalah gabungan yang paling ideal. Korang pasti suka rasa lemak manis dari manga dan rasa kenyal yang dapat dirasai daripada sotong tersebut.
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kerabu-sotong-mangga
Sumber: MyResipi