berita

5 Resepi Sambal Yang Buat Kecur Air Liur, Makan Dengan Apa Pun Confirm Sedap!

September 26th, 2018 | by Arini Saleh
MyResipi

Bila sebut je sambal mesti ramai teringat air tangan ibu dekat kampung kan? Lebih-lebih lagi jika sambal ibu dijadikan kuah pelengkap hidangan nasi lemak pada waktu pagi.

Selain itu, terdapat banyak lagi variasi sambal yang pasti menambahkan selera makan anda. Hari ini admin nak kongsi antara 5 menu hidangan sambal popular anda boleh cuba.

Sambal tumis udang petai

Gabungan udang dan petai dalam masakan sambal sememangnya satu kombinasi yang enak. Rasa udang yang manis dan sambal yang pedas pasti menambahkan lagi rasa ‘kick’ menu ini. Kalau tak ada udang, anda boleh gantikannya dengan seafood yang lain.

Untuk kepekatan kuah pula, anda boleh mengubahnya mengikut citarasa tersendiri. Nyaman tok!

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/sambal-tumis-udang-petai-bc8cc73a-d9e1-4982-9e05-389e74c31169

Sambal ikan tongkol

Selain daripada goreng dan singgang, ikan tongkol juga sesuai dimasak sambal. Tambah menyelerakan apabila dimakan bersama nasi panas, sayur campur dan sambal belacan.

Kebiasaannya, resipi ringkas sebegini lebih digemari anak-anak. Jadi apa lagi, jom cuba!

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/sambal-ikan-tongkol

Sambal tempe kentang

Asyik makan berkuah pun bosan juga kan? Hari ini apa kata anda cuba masak sambal tempe kentang pula. Selain dijadikan lauk tambahan, tempe sambal ini boleh diratah begitu sahaja. Diperbuat daripada kacang soya yang diperam, terdapat pelbagai khasiat yang boleh kita dapat daripada tempe ini.

Antaranya zat protein yang tinggi membantu mengatasi masalah keracunan. Selain itu, tempe mengandungi zat besi, flafoid dan antioksidan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/sambal-tempe-dan-kentang

Talapia sambal hijau

Siapa sini suka talapia? Selain dimasak tempoyak dan tiga rasa, anda boleh cuba resipi sambal hijau ini pula. Rasanya lebih pedas dan mengancam sangat sesuai buat mereka yang gilakan pedas.

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/talapia-sambal-hijau

Sambal tumis ikan bilis

Sedapnya sambal ikan bilis ni! Memang enak jika dimakan bersama lempeng atau ubi kayu, dilengkapkan lagi dengan kopi panas. Perghh meleleh air liur, memang menjadi kegemaran turun temurun!

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/sambal-tumis-ikan-bilis

Sumber : myresipi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×