Masakan tradisional tetap mendapat tempat di hati semua walaupun berbagai restoran masakan barat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Keenakan masakan tradisional Melayu menjadi buruan sehingga sanggup kita mencari restoran tradisional walaupun lokasinya jauh.
Antara menu kegemaran ramai mestilah ikan keli, betul tak? Ikan keli antara masakan popular di Negeri Sembilan iaitu salai, masak lemak cili api, goreng berlado dan banyak lagi. Ini 6 resepi mudah yang korang boleh cuba sendiri di rumah, senang je. Anak-anak pun suka!
Ikan Keli Goreng Berlado
Jika korang pergi ke mana-mana restoren nasi campur, menu ikan keli goreng berlado merupakan salah satu menu kegemaran ramai. Tambah menyelerakan jika ikan keli digoreng rangup dan sambal yang cukup rasa. Sebenarnya cara masakan ikan keli berlado ini senang je, hanya menggunakan beberapa bahan ringkas!
Bagi mengelakkan ikan keli meletup semasa menggoreng, korang boleh buat banyak hirisan pada badan ikan. Dengan cara ini proses pengeringan air akan cepat dan ikan tidak ‘meletup’.
Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/ikan-keli-goreng-berlada
Ikan Keli Masak Lemak Cili Api
Selain daripada ayam, ikan keli juga sangat sesuai untuk dimasak menu masak lemak cili api. Untuk menambahkan lagi kelazatan, ikan keli bolehlah disalai terlebih dahulu. Pada sesiapa yang suka kuah masak lemak yang sedikit pekat, korang bolehlah lebihkan santan. Selain itu, belimbing buluh juga boleh dimasukkan untuk menaikkan lagi rasa. Pasti sedap!
Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/ikan-keli-masak-lemak-cili-api
Ikan Keli Bakar Bersama Air Asam Bunga Kantan
Fuh, admin memang suka sangat dengan resipi ikan bakar bersama air asam ini. Rasa air asam yang pedas, manis, masam dan masin itu menaikkan lagi rasa ikan bakar. Pendek kata, tak lengkaplah menu ikan bakar jika tiada air asam.
Menu sebegini memang sesuai untuk dimakan bersama nasi panas dan ulam-ulaman. Memang terbaik!
Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/ikan-keli-bakar-bersama-air-asam-bunga-kantan
Ikan Keli Gulai Berempah Daun Kesum
Bagi yang gemar masakan kampung tradisional, pasti pernah rasa masakan ikan keli gulai berempah daun kesum ini kan? Jika korang ke restoren, masakan sebegini sudah jarang disajikan. Jadi apa kata korang masak je sendiri di rumah, jika tahu caranya masakan ini pasti membuatkan korang tambah nasi berkali-kali!
Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/ikan-keli-gulai-berempah-daun-kesum
Asam Pedas Ikan Keli
Dengar je asam pedas, mesti korang teringat asam pedas ikan tenggiri sahaja kan? Buat pengetahuan korang, ikan keli juga sesuai dimasak asam pedas. Rasanya yang masam pedas disertakan dengan rasa bunga kantan dan daun kesum pasti membangkitkan selera seisi keluarga. Jadi tak adalah korang bosan asyik menu ikan keli goreng sahaja kan? Selamat mencuba!
Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/asam-pedas-ikan-keli
sumber : myresipi