Primeworks Studios Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama dengan stesen penyiaran, SBS Korea menerbitkan program realiti popular, Master In The House Malaysia. Program ini menampilkan lima selebriti popular tempatan iaitu Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam (kumpulan CASSIA).
Master In The House (MITHM)
Kelima-lima peserta Program Master In The House Malaysia (MITHM) berguru dengan dua ‘Master’ Korea dan enam ‘Master’ Malaysia yang mempunyai kepakaran dan kredibiliti dari kepelbagaian bidang. Tanpa mengetahui siapakah ‘Master’ terlebih dahulu, mereka diberikan cabaran untuk menyiapkan tugasan yang diamanatkan oleh Master dalam tempoh dua hari satu malam.
Dua master Korea yang akan tampil dalam program 10 episod ini adalah Son Sung Deuk, pengarah HYBE Performance dan koreografer yang mencipta koreografi ‘Butter’ K-Pop Idol BTS . Master kedua pula ialah BamBam iaitu K-pop Idol yang mencipta nama menerusi kumpulan Got7 sejak tahun 2014.
Barisan Master dari Malaysia ialah Datuk Yusof Haslam, seorang penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelakon yang berwibawa, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Datuk Rashid Sidek, lagenda badminton negara, Sherson Lian, cef selebriti dan hos televisyen Malaysia, dan Usamah Zaid, pengasas dan Pengarah Urusan syarikat animasi miliknya, WAU Animation dan pencipta serta pengarah siri animasi Ejen Ali.
Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.
Kerjasama membuahkan hasil positif
Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios berkata, krew penerbitan kami telah menjalani sesi penggambaran bersama-sama dengan pihak SBS selama dua minggu di Korea Selatan bermula hujung bulan Oktober yang lepas.
Jutaan terima kasih kepada SBS atas kerjasama baik untuk melancarkan penerbitan MITH dari awal pembabitan. Tidak ketinggalan juga penaja utama MITH iaitu, CheongKwanJang (CKJ), penaja bersama Lifebuoy dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.
Sementara itu, Kim Ji-Hwan, Pengurus Jabatan Jualan Malaysia dan Singapura, Korea Ginseng Corporation (KGC) memaklumkan sangat teruja untuk menjadi penaja utama program terbaharu TV3 iaitu Master In The House Malaysia
Ini merupakan kolaborasi pertama antara Korea Ginseng Corporation bersama Media Prima Berhad. Penggambaran untuk salah satu episodnya telah dijalankan di kilang CheongKwanJang dan muzium ginseng di Buyeo, Korea Selatan.
Menurut Elaine Soh, Ketua Pegawai Pemasaran Korporat, Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd, kolaborasi pertama antara Samsung dengan SBS dan Media Prima Berhad untuk program ini telah membuahkan hasil positif.
Ditayangkan bermula 15 Januari
Ikuti pengambaraan istimewa Hael, Scha, Rose, Andi dan Meyrasam dalam Master In The House Malaysia mulai 15 Januari 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.
Anda juga boleh menyaksikan program ini secara strim langsung dalam definisi tinggi (HD) menerusi tonton dan Youtube TV3MalaysiaOfficial. Gunakan #MasterInTheHouseMY untuk menghangatkan perbualan di media sosial.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia