Tol dan rakyat Malaysia memang tak dapat dipisahkan. Terutamanya bagi pengguna jalan raya di sekitar Lembah Klang. Hari-hari korang akan jumpa dengan tol. Pendek kata, pagi-pagi pergi kerja tol, petang balik kerja pun tol, weekend nak jalan-jalan dengan family pun kena lalu tol jugak tau.
Kalau takde tol ni, takkan ada kemudahan seperti R&R, Pusat Pemantauan Trafik dan lain-lain lagi kemudahan yang disediakan untuk pengguna lebuh raya di Malaysia. Tapi dalam banyak-banyak story pasal tol, cerita bab ragam dan karenah pemandu Malaysia waktu nak bayar tol paling best. Jom kita tengok top 4 situasi paling tak best yang selalu terjadi dekat tol. Korang pernah macam ni ke?
1. Tak tahu nak masuk lorong mana satu
Situasi ini boleh dikatakan paling kerap berlaku dan sampai sekarang pun masih ramai pemandu jenis ni wujud dekat Malaysia. Signboard plaza tol tu punyalah terang, besar lagi nyata terpampang, tapi masih ramai pemandu yang susah nak buat keputusan untuk berada di lorong yang betul.
Dah nak dekat sampai tol baru menggelabah nak tukar lorong. Paling geram ada yang tak beri signal tau. Dia main redah je masuk lane kita. Nasib baik tak berlanggar. Tapi kadang-kadang tu menghiburkan jugak dengan orang macam ni. Apa pun please guys, make good choices ya!
2. Jenis tak sabar, meriah dengar hon dia je…
Admin ni pun bukan jenis penyabar. Kadang-kadang tu bila sangkut dalam jammed memang stress. Tapi ada waktu kita kena sesuaikan dengan keadaan jugak. Takkan asyik nak stress je memanjang. Tengah bersesak-sesak tu, admin pelik jugak bila ada sorang dua driver yang suka bunyikan hon.
Orang lain punya la elok-elok santai layan je jammed dan tunggu turn, tiba-tiba habis semua driver jadi stress sebab serabut dengan bunyi hon dia. Admin harap pembaca kat sini semua bertimbang rasa dan bertolak ansur lah ye waktu bersesak dekat tol. Asyik picit hon bukan boleh buat trafik laju pun kan. Chill okay!
3. Jarak kenderaan terlalu rapat
Situasi ni mungkin nampak biasa, tapi sebenarnya luar biasa. Kalau dekat tol, kita faham memang time sesak semua kereta pun berhimpun dalam jarak yang dekat. Tapi tak syok bila ada satu dua pemandu, kereta dia tu nak serapat yang boleh dengan kenderaan kita. Kadang-kadang admin rasa macam nak buka pintu ajak dia naik kereta dengan admin terus senang.
Walaupun pergerakan trafik waktu jammed dekat tol memang sangat perlahan. Tapi, tak bermakna korang boleh berhimpit dan rapatkan kenderaan serapat mungkin. Bayangkanlah kalau kenderaan lain secara tiba-tiba berlanggar dekat belakang. Tak mustahil semua sekali kenderaan yang terlalu rapat tu berlanggar serentak sesama sendiri sebab tak berada pada jarak yang selamat.
4. Lupa top up kad Touch ‘n Go
Alright, serious talk yang ni pernah jadi dekat admin sendiri. Kononnya plan nak top up Touch ‘n Go time petang sebelum balik kerja tapi end up terlupa. Dah tu balik kerja punya la confident masuk jugak lorong tol macam biasa. Terus menggelupur bila tengok baki tak mencukupi. Dah la orang belakang berderet beratur tunggu turn. Nak undur pun dah tak boleh sebab masing-masing ikut rapat.
Nasib la ada abang handsome staff plaza tol tolong. So, nasihat admin korang jangan la jadi macam admin ye. Bukan apa, kes sangkut dekat tol dan melambatkan perjalanan orang walaupun cuma seminit dua dan memang boleh mendatangkan kemarahan tau. Jadi, pastikan kad Touch ‘n Go sentiasa ada baki!
Kini lebih mudah dengan Touch ‘n Go eWallet!
Bila bercakap pasal kad Touch n’ Go, admin yakin semua orang akan berkongsi pendapat yang sama, which is betapa lecehnya nak top up kad sebab kebanyakan tol dah tak sediakan lorong tambah nilai. Kalau ada pun selorong je. Jadi, apa alternatif lain selain daripada kita kena singgah di stesen minyak atau 7-eleven untuk tambah nilai?
Haa.. Bila admin dapat tahu pihak TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan aplikasi Touch n’ Go eWallet, rasa lega sangat. Yelah, rasanya dah tiba masa rakyat Malaysia upgrade dan topvup Touch ‘n Go eWallet je untuk bayar tol di lebuhraya-lebuhraya terlibat.
Kalau korang belum download eWallet, cara memuat turun aplikasi dan mendaftar aplikasi ni sangat mudah. Download dekat Google Play atau App Store, lepas tu isi maklumat peribadi korang dan boom selesai.
Guna PayDirect untuk TerusGo!
So, kali ni admin nak share dengan korang kelebihan terbaru yang ditawarkan oleh aplikasi Touch n’ Go eWallet iaitu PayDirect! Kalau korang nak tahu, fungsi “Pay Direct” melalui aplikasi dompet digital TnG eWallet telah mula diaktifkan untuk digunakan di beberapa buah plaza tol lebuhraya sekitar Lembah Klang. Tengok ni!
- Ampang–Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
- Guthrie Corridor Expressway (GCE)
- Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
- Kuala Lumpur–Karak Expressway (KLK)
- Sungai Besi Expressway (BESRAYA)
- Duta Ulu-Kelang Expressway (DUKE)
- Cheras-Kajang Expressway (Grand Saga Expressway)
- North Klang Straits Bypass (Grand Sepadu)
- LATAR Expressway (LATAR)
- Damansara-Puchong Expressway (LDP)
- Shah Alam Expressway (KESAS)
- Kajang SILK Highway (SILK)
- Maju Expressway (MEX)
- New Pantai Expressway (NPE)
- Stormwater Management And Road Tunnel (SMART Tunnel)
- Western KL Traffic Dispersal System (SPRINT)
(Pengaktifan PayDirect: dikemaskini pada 22 April 2019)
Best weh! Mesti masing-masing excited nak cuba guna PayDirect kan? Korang juga boleh ikuti perkembangan dan update terkini tentang kemudahan fungsi ‘PayDirect’ di laman rasmi Touch ‘n Go eWallet.
Okay, sebenarnya apa yang korang kena tahu pasal PayDirect ialah kad Touch ‘n Go fizikal korang perlu dipautkan ke aplikasi dompet digital TnG eWallet dan seterusnya pembayaran dilakukan dengan menolak terlebih dahulu baki pada dompet digital sebelum baki pada kad fizikal ditolak. Dengan cara ini, pengguna yang telah menghubungkan kad fizikal Touch ‘n Go mereka ke akaun eWallet Touch ‘n Go, boleh membayar tol tanpa menggunakan baki dalam kad. Dalam erti kata lain, tol akan dibayar menggunakan baki dalam eWallet, bukan di kad tau.
Tapi apa yang paling penting adalah pengguna perlu memastikan baki eWallet mencukupi untuk bayar kadar tol. Jika tidak cukup, barulah ia akan menolak dari baki dalam kad fizikal. Pendek kata, korang dah tak payah pening kepala mencari tempat untuk tambah nilai kad fizikal. Sebaliknya hanya tambah nilai eWallet secara dalam talian, sama ada menggunakan kad debit atau kredit atau perbankan online. Senang kan?
Jom kita tonton video terbaru tentang kemudahan PayDirect dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet!
https://www.facebook.com/touchngoewallet/videos/269040220703546/
Ada rebat 20% tau!
Bagi menggalakkan penggunaan fungsi Pay Direct, Touch ‘n Go juga memperkenalkan promosi rebat 20 peratus untuk pembayaran secara “Pay Direct” di plaza-plaza tol yang terpilih. Tapi, promosi ini dihadkan pada 10 kali pembayaran saja bagi setiap pengguna. Tawaran ini juga sah sehingga Jun 2019.
Jadi, apa tunggu lagi tu? Jom download Touch ‘n Go eWallet dan pautkan kad Touch ‘n Go korang sekarang! Sebarang maklumat lanjut sila layari laman website atau facebook Touch ‘n Go eWallet sekarang!