Walaupun kuih muih tradisional mudah didapati di gerai jualan tapi menu daripada ubi kayu ini agak sukar untuk ditemui pada masa kini. Bagi penggemar kuih tradisonal, menu ini wajib korang cuba di rumah terutama apabila menjelang musim hujan.
Pada hari ini kami akan kongsikan beberapa resepi kuih berasaskan ubi kayu yang pasti membuat korang semua terkenang zaman kanak-kanak!
Ubi Kayu Kukus
Biasanya ubi kayu yang direbus ini dimakan bersama-sama kelapa parut yang memberi rasa seimbang antara lemak manis dan masin. Gandingan menu ini bersama kopi o’ panas pasti menghasilkan rasa umph yang tak terkata!
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kuih-ubi-kayu-kukus
Getuk Ubi Kayu
Getuk ubi biasanya terkenal dalam kalangan orang melayu jawa dan mudah di dapati di bahagian selatan tanah air. Tapi kalau korang bukan orang jawa jangan risau sebab tak susah pun nak masak menu ini. Korang boleh cuba sendiri dan jadikannya snek semasa menonton tv atau sewaktu senggang.
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/getuk-ubi-kayu
Lempeng Ubi Kayu
Lempeng ubi adalah salah satu menu paling segera dan mudah untuk disediakan. Sesuai dicuba semasa korang betul-betul lapar dan mengejar masa.
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/lempeng-ubi-kayu
Lopes / Puli Ubi Kayu
Kuih puli ubi kayu ini berasal daripada kawasan pantai timur dan sebenarnya sudah semakin dilupakan oleh generasi muda. Kemahiran untuk menyediakan kuih ini juga semakin terhad. Sebelum kuih ini menjadi sejarah, apa kata korang cuba buat dirumah dan tengok hasilnya.
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/puli-lopes-ubi-kayu
Lepat Ubi
Lepat ubi kayu ini biasanya dimasak menggunakan kaedah kukus dan dibungkus menggunakan daun pisang. Baunya yang harum dan texture yang lembut pasti boleh menambat hati anak-anak.
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/lepat-ubi
Sumber: my resepi