berita

5 Soalan Panas Makcik Bawang Kerap Tanya Waktu Hari Raya. Korang Dapat Soalan Yang Mana?

June 14th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Gais! Macam mana sambutan raya tempoh hari? Admin yakin hari raya korang tahun ni semestinya meriah dengan macam-macam karenah sanak saudara kan. Ada yang terlebih mesra, ada yang segan-segan tak kena masa, dan yang paling kelakar ada yang korang sendiri pun dah tak kenal mereka. Maklumlah setahun sekali baru berjumpa.

Tapi, inilah sebenarnya keistimewaan Syawal, yang jauh semakin dekat, yang dekat pula lebih erat. Cuma admin nak tahu juga raya korang tahun ni meriah tak dengan soalan-soalan panas sepanjang Aidilfitri? Dengar kata ada yang sampai tahap cannot brain! Apa pun jom kita tengok dulu Top 5 soalan panas makcik bawang tahun ni.

1. Kenapa jarang balik kampung? Orang lain senang je dapat cuti

Bagi yang bekerja di bandar atau jauh dari kampung, soalan ini biasanya agak menyengat dan pastinya boleh buat korang tak senang duduk. Yelah, susah sebenarnya nak explain sebab tak semua orang faham keadaan kita.

Lagipun lain orang, lain pekerjaannya. Macam tu jugaklah bab cuti. Tak semua orang senang nak dapat cuti. Paling malang, siap ada yang hari weekend pun terpaksa kerja. So, nak dipendekkan cerita korang layankan je la soalan-soalan macam ni dengan senyuman.

2. Bila nak kahwin? Anak jiran tu dah ke sekolah pun!

Soalan bila nak kahwin ni boleh dikatakan memang dah jadi soalan wajib waktu hari raya setiap tahun. Tak kira la lelaki atau perempuan, asalkan korang masih bujang. Dua-dua pun admin yakin akan kena tembak soalan bab kahwin. Bukan sekali, tapi berkali-kali soalan sama korang akan dengar di rumah berbeza-beza. Eh, dah stress ke haritu? Biasalah, ini baru raya.

3. Dah setahun kahwin, bila nak ada anak?

Haaa… makin panas pulak ye. Korang jangan ingat kalau dah kahwin tu korang akan selamat daripada soalan panas tau. Tak sama sekali! Selagi mana korang takda apa yang orang lain ada, korang tetap akan terima soalan bonus.

Paling popular ialah soalan bila nak ada anak? Tambah sakit hati bila dah ada anak seorang pun ditanya pula bila nak tambah lagi seorang. Pendek kata kalau korang layan, tak akan pernah habis.

4. Eh asyik makan je, dah tu bila nak kurus?

Mungkin ini agak sensitif untuk dibicarakan bagi kita kerana ia melibatkan hal rupa paras dan bentuk tubuh. Yelah, siapa kita nak judge fizikal orang kan? Tapi korang kena ingat, takda istilah sensitif bagi mereka yang bergelar makcik bawang tau.

Soalan yang keempat ni dengar jata popular juga raya tahun ni sebab makcik-makcik bawang biasanya suka memerhati segala gerak-geri korang termasuklah berapa kerap korang makan. So, kalau mereka nampak korang makan over sikit, confirm kena shoot soalan ini.

5. Bila nak beli kereta? Orang lain dah ada dua tiga kereta

Tak cukup dengan persoalan pasal anak, pasal jodoh, pasal kerja, pasal saiz badan dan lain-lain, soalan makcik bawang jugak biasanya boleh melarat kepada hal-hal yang tak dijangka. Dan yang paling kerap ditanya adalah bab kereta.

Yelah, waktu raya kan semua orang pergi beraya naik kereta. Jadi, agak ketara kalau awak sorang je yang belum ada kereta. So, kalau dah terjerat tu bawa-bawalah bertenang ya.

Nak beli kereta? Honda ada tawaran hebat sepanjang Aidilfitri ini!

Admin bukan saja-saja tau suruh korang beli kereta Honda waktu raya ni. Sebabnya sempena Aidilfitri tahun ini, korang sebenarnya berpeluang enjoy macam-macam ganjaran dan tawaran menarik daripada Honda. Apa yang pasti, sebagai pengeluar kereta non-nasional No 1 di Malaysia, tawaran yang disediakan pihak Honda pastinya bukan biasa-biasa weh.

Antara ganjaran yang korang wajib grab apabila berjaya miliki kereta Honda ialah berpeluang nikmati macam-macam hadiah istimewa khas sempena Aidilfitri. Selain itu, korang juga boleh dapat Bonus Honda beserta baucar servis percuma (atau pilihan tunai) bernilai sehingga RM5,000 dan paling syok siap ada hadiah eksklusif daripada Honda

Jadi apa korang tunggu lagi tu? Jom kita ke bilik pameran Honda berhampiran dan bawa pulang kereta Honda baharu! Jimat berganda-ganda. Sebarang maklumat lanjut tentang promosi sepanjang musim perayaan ini dan juga perkembangan terkini Honda, korang boleh layari laman sesawang Honda.

SKIP THIS AD ×