Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai ketabahan seorang wanita berkongsi foto dan mengucapkan tahniah atas perkahwinan bekas suaminya telah mengundang simpati ramai.
Telah sah bercerai
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, seorang isteri yang telah berkorban tenaga dan masa menjaga suaminya yang sakit sejak 2019 sehingga kini sudah sihat walafiat memaklumkan bahawa dia dan lelaki itu telah pun bercerai.
Pada 6 Oktober 2024, kami sah berpisah secara baik di mahkamah dan kami tetap sama-sama menjalankan tanggungjawab untuk besarkan anak kami.
Suami saya menjalankan tanggungjawab dengan baik dan saya juga telah buat yang terbaik untuk rumah tangga kami. Keluarga kami berdua juga memberi sokongan penuh kepada saya dan anak. Jodoh, rezeki, ajal maut Allah dah tetapkan dan Allah sudah tetapkan jodoh kami setakat itu.
Ini ujian untuk saya dan dia.
Tambah wanita ini lagi, apa yang berlaku ini merupakan ujian buat mereka berdua. Oleh itu, dia meminta orang ramai agar tidak lagi mengecam bekas suaminya itu.
Sebelum ini menerusi hantaran bertarikh 2 Ogos 2019, Syazwani ada berkongsi perjalanannya menjaga suami selepas terlibat kemalangan pada tahun kedua mereka berumah tangga.
Akibat kemalangan tersebut, suaminya mengalami kecederaan pada bahagian kepala, paru-paru dan patah pada bahagian tulang rusuk.
Sumber: Facebook