berita

5 Tahun Menjalinkan Hubungan, Mimi Lana & Syafiq Kyle Putus Cinta

June 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas lima tahun bercinta dan mengenali antara satu sama lain, pelakon Mimi Lana memberitahu bahawa hubungannya bersama Syafiq Kyle sudah berakhir sejak sebulan yang lalu. Menurut Mimi, perpisahan tersebut berlaku selepas kedua-dua mereka sudah tiada lagi persefahaman.

Bukan gangguan orang ketiga

Menerusi laporan Berita Harian, Mimi memberitahu bahawa mereka memilih untuk berpisah selepas tiada lagi persefahaman sejak sebulan yang lalu. Tambahnya, perpisahan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan soal populariti atau gangguan orang ketiga.

Apa yang boleh saya katakan antara kami sudah tiada persefahaman. Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau gangguan orang ketiga. Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bermasam muka. Anggap sahaja kami tiada jodoh.

Banyak kenangan kami bersama

Bohonglah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama. Hendak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan. Fokus saya sekarang ini adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan. Soal cinta, saya ketepikan dulu. Bila hidup solo, senanglah untuk saya merancang kerjaya seni saya

Mimi turut mengaku bahawa keputusan yang dibuat itu sangat menyedihkan kerana sepanjang lima tahun bersama, mereka telah mencipta pelbagai kenangan. Sebagai manusia, dia reda dengan apa yang berlaku dan akan berusaha memajukan diri dalam bidang lakonan. Ujarnya lagi, dia tidak akan menolak tawaran sekiranya ada projek yang memerlukan dirinya bergandingan dengan Syafiq.

Allah bless me

https://www.instagram.com/p/CA-mERNpiWj/

Di Instagram, Mimi memuat naik satu quotes di mana dia memohon kepada Allah agar memberkati dirinya dengan kawan yang hatinya sentiasa terikat dengan Allah. Tetapi jika ditakdirkan sebaliknya, dia hanya berserah kepada Allah.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×