berita

5 Tips Paling Efektif Untuk Korang Move On Dari Crush

August 14th, 2019 | by Farisha Hazira
Kini Trendy

Korang mesti rasa lonely bila kawan-kawan semua dah berpunya? Bila rasa lonely ni mulalah cari crush sana sini. Tapi lagi sedih bila korang tak sempat nak luahkan perasaan, crush korang tiba-tiba dah berpunya. Nak tak nak kenalah move on. 

Takpe.. Jangan sedih-sedih ye! Meh Sis Katy nak bagi tips untuk move on dari crush korang tu. Gerenti lepas ni korang tak pandang belakang dah!

1. Tidur awal

Kalau korang jenis tidur lewat, stop dan belajar untuk tidur awal. Kalau tak, korang akan teringat dekat si dia. Bila dah teringat tu mulalah tangan ni gatal nak stalk kan? So, better korang tidur awal kalau tak lagi frust menonggeng!

2. Block media sosial si dia

Ni cara paling efektif untuk lupakan dia. Block semua media sosial dia sebab bila dah block, korang takkan stalk dia dah. Tapi, tangan tu janganlah gatal pergi unblock dia semula semata-mata nak stalk.

3. Keluar have fun dengan member korang

Korang janganlah berkurung mengenang nasib dalam bilik. Ajaklah kawan-kawan keluar dan have fun sikit! Pergi shopping, jalan-jalan kat taman takpun pergi karok. Bila dah spend time dengan member gerenti korang akan lupakan dia biar pun sekejap.

4. Dengar lagu rancak

Bila dah sedih-sedih ni mulalah sibuk nak dengar lagu sedih kan? Sampai tahap buat playlist lagi dekat Spotify. Jangan buat macam tu! Dengar lagu rancak-rancak, supaya korang takkan terus-terusan bersedih.

5. Redha dan move on!

Redhalah dik! Bukan semua benda yang kita nak kita akan dapat. Mungkin dia bukan jodoh korang. Sooner or later akan tetap ada orang yang suka dan terima korang seadanya. Senyum sikit!

Ala, jangan sedih sangatlah sebab baru crush kan. Ada ramai lagi orang dekat luar sana. Entah-entah jauh lagi bagus dari crush korang tu. Rugi sedih-sedih sebab dia bukan tau pun kita suka dia.

Apa pun korang jangan lupa untuk like dan follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!