berita

Ini 10 Cara Efektif Untuk Korang Move On Dari Bekas Kekasih. Sure Jadi!

June 24th, 2019 | by Farisha Hazira
Kini Trendy

Semua orang akan lalui phase putus cinta kan? Tapi, tak semua tahu macam mana cara nak move on dengan cepat lebih-lebih lagi untuk orang yang dah bercinta bertahun-tahun tu. Ada yang ambik masa seminggu, ada juga yang ambik masa bertahun-tahun nak heal. Eventually kita akan move on jugak, cuma cepat atau lambat je.

Ini ada beberapa cara yang korang boleh cuba untuk perlahan-lahan move on dari ex. Sis Katy yakin ini boleh membantu korang, cuma cepat atau lambat je!

1. Cakap Dengan Someone

Korang call girlfriends korang. Cakap dan luahkan semuanya dengan diorang sampailah korang puas! Kalau nak menangis, menangis je sepuah hati dan percayalah lepas tu korang akan rasa okay. Time macam ni memang korang perlukan orang yang boleh dengar luahan hati korang dan yang boleh support korang.

2. Pergi Weekend Trip

Pergilah solo trip ke mana-mana di hujung minggu. Bila jalan sorang-sorang, korang takkan teringat dekat ex sebab otak korang banyak fikir pasal nak jalan mana, nak makan mana semua. Kan senang macam tu! Takdelah korang nak sedih sorang-sorang kat bilik kan?

3. Jangan Cepat Sangat Ada Relationship Baru

Ni memang a total NO! Bila korang ada bf baru lepas break dengan ex, korang hanya gunakan dia untuk lupakan ex korang je. Senang cakap, hubungan korang tu rebound semata-mata. Nanti end up, korang akan sakitkan hati dia. Kesian wei kat dia!

4. Jangan Shittalk Ex Korang

Memang best bila dapat kutuk ex korang dekat bff kan? Tapi, benda ni tak elok untuk mental health korang. Belum tentu penyebab korang breakup salah dia 100%. Terima je hakikat dan doakan yang terbaik untuk hidup dia. Lagi bagus macam tu.

5. Block Instagram, Facebook & Whatsapp Ex

Jangan ambik tahu langsung pasal dia. Ni lah cara paling senang untuk korang move on. Korang perlukan masa dan space untuk lupakan dia. Tapi, kalau korang still stalk dia sebab nak tahu life dia tanpa korang atau dia dah ada orang baru ke belum, bila korang boleh move on?

6. Adakan Ex-Free Environment

Letakkan barang-barang yang dia pernah bagi korang dalam satu kotak dan buang. Buat apa nak simpan lagi kan? Sebab nanti korang akan teringat semula dekat dia. Contoh, kalau ada barang-barang berharga yang dia pernah bagi dan korang tak nak buang, boleh simpan dalam satu kotak, tulis breakup box dan simpan dalam almari. Kalau boleh jangan buka dah.

7. Sayang Diri Sendiri Dulu!

Sebelum ni asyik sayangkan orang lain lebih daripada diri sendiri? So, sekarang sudah tiba masa untuk korang sayangkan diri sendiri pulak. Macam mana? Dengan cara tidur awal, cukup 8 jam sehari, makan dengan tertib, bergaul dengan orang yang supportive, pergi gym selalu ke? Janji korang buat apa yang boleh buat korang happy!

8. Jangan Salahkan Diri Sendiri

Daripada korang blame diri sendiri sebab korang breakup, baik korang fikir benda yang lagi berguna. Sebab korang breakup pun bukannya sebab korang punca masalahnya, tapi korang berdua yang bermasalah. Jadi, janganlah blame diri sendiri dengan benda yang dah jadi.

9. Jangan Pergi Dekat Dia Semula

Tolonglah jangan pergi dekat ex semula. Let by gone be by gone! Lupakan dia dan carilah orang lain yang boleh appreciate korang. Kalau korang pergi dekat dia semula, mungkin nanti korang yang sakit lagi sekali. Korang mesti taknak kan?

10. Lepaskan Dia

Dah tiba masa untuk korang lepaskan dia pergi. Memang sakit untuk lepaskan dia, tapi hidup kita lama lagi. Ramai lagi orang yang boleh fill gap sunyi korang. Kalau betul korang sayangkan dia, lepaskan dia. Bagi dia hidup sendiri. Itu je yang korang boleh buat lepas breakup.

Jangan sedih-sedih dah! Ada banyak lagi kumbang dekat luar sana. Korang pilih je nak yang mana okay. Yang penting jangan buat benda bodoh!

Korang jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.