berita

“Buang Masa Fikirkan Pada Si DIA” – 10 Cara Nak Move On Dari Kisah Silam

February 18th, 2019 | by Farah Adibah
Kini Trendy

Thank u next, ariana grande, cara nak move on

Move on senang? Sebenarnya pada pendapat sis Katy nak move on ni susah. Walaupun mulut kita cakap dah, tapi dalam hati tu kan hanya Tuhan je yang tahu.

Nak move on ambil masa yang sangat lama! Walaupun lama tapi mesti berbaloi untuk korang nanti. Jom tahu 10 cara nak move on dengan sis Katy.

1. Reformat dan refresh diri korang

hari wanita sedunia, independent woman, wanita berdikari, cara nak move on

Apa maksud reformat tu? Yelah selama ni nak buat apa-apa je mesti berdua. Korang jangan lah rasa down, lepastu cakap kat diri sendiri “kalau ada dia kan best“.

Sebenarnya, kalau takda si dia korang boleh je buat apa yang korang buat sebelum ada si dia. Betul tak? Jadi korang kena reformat and refresh balik diri korang untuk jadi lebih berdikari. Kata dekat diri korang “SAYA BOLEH! ALL IS WELL“.

2. Jangan stalk si ‘dia

stalk, cara nak move on

Ni lah salah satu sebab kenapa korang susah nak move on. Di sebabkan diri korang tu selalu nak tahu apa si dia buat, tiap 10 minit je korang mesti buka media sosial dia.

“Susah lah sis Katy, saya rindu dia”. Okay, bunyi macam kasar tapi si dia tu ada rindu dekat korang tak? Kalau takda jangan buang masa ye awak! Nanti diri sendiri yang penat sebab kita je yang rindu dekat dia. Tapi si dia tak rindu pun.

3. Dekatkan diri dengan Pencipta kita

Cara nak move on

Ni apa yang sis Katy buat bila sis Katy dah putus dengan kekasih lama sis Katy. Sis pergi ke kelas mengaji. Sebabnya selama ni kita leka. Kita terlampau sibuk kejar cinta manusia. Sampai lupa pada Pencipta kita.

Masa ni lah korang boleh guna untuk dekatkan diri dengan Pencipta. Supaya kita takdalah rasa kesunyian dan terlampau sedih sangat. Tuhan tu kan kekasih abadi kita.

4. Mencari hobi baru

rock climbing, hobi baru, cara nak move on

Bila kita dah single ni mesti ada banyak waktu lapang kan bila time cuti. Korang carilah hobi baru masa korang takda nak buat apa tu. Pergi Gym ke, pergi belajar menjahit ke kan? Korang kena berani mencuba benda baru.

Sebab hobi baru ni akan buat korang leka. Contohnya bila korang pergi rock climbing first time, pengetahuan kita zero kan? Jadi dari situ korang akan fokus nak belajar hobi baru korang tu. Best kan bila dapat achieve sesuatu?

5.’Know your worth

self love, cara nak move on

Sedarlah bahawa diri korang tu begitu berharga. Bila dah putus cinta ni, belajar cinta pada diri sendiri. Jangan dikejar cinta yang lama tu. Biar pun susah, tapi korang kena tahu yang diri korang tu lagi penting dari kejar orang yang belum tentu jadi jodoh kita.

6.  Delete gambar korang berdua

delete gambar ex, cara nak move on

Slowly but surely!‘. Okay part ni sejujurnya memang tak boleh dipaksa. Ambillah masa korang untuk nak delete gambar atau video korang berdua. Cuma korang kena kuatkan semangat korang untuk move foward okay?

Sebab apa kena kuatkan semangat? Sebab ada banyak lagi good things yang tengah menanti korang kat luar sana. Kalau korang terlalu melayan sangat kesedihan korang tu nanti benda yang baik tu pun takut nak mai dekat. So cheer up guys!

7. Practice tidur awal

beauty sleep, cara nak move on, tidur awal

Korang pernah tak bila start je 1 pagi ke atas korang mula rasa moody atau emosi tanpa sebab? Mesti pernah kann! Sebabnya waktu macam tu kita takda buat apa selain dari memikirkan apa yang kita buat harini dan apa akan jadi masa akan datang.

Waktu macam ni lah yang korang akan jadi emosi dan reka senario yang tak patut direka pun. Dalam erti kata mudah orang panggil ‘overthinking‘. Overthinking ni kekadang memenatkan tau. Jadi taknak overthinking kena tidur sebelum 11pm. Okay?

8. Luangkan lebih masa dengan kawan dan keluarga

kawan dan keluarga, cara nak move on

Stop kurungkan diri dalam bilik. Bangun dan keluar dengan kawan or keluarga korang. Pergi cuti ataupun just duduk minum kopi je. Yang penting jangan biarkan diri korang seorang! Bila sorang ni takut nanti kita asyik terpikirkan si dia yang tak mendatangkan faedah pun.

9. Ambil masa untuk move on

jam, cara nak move on

Takda siapa yang boleh paksa korang untuk move on. Diri korang je yang boleh buat inisiatif tu tau. Ambil banyak masa untuk move on sebelum korang nak ke relationship seterusnya.

Kadang-kadang bila kita terus bercinta dengan orang lain lepas putus cinta, kita jadi tak serius. Sebab kita paksa diri kita untuk move on which is dalam masa yang sama juga korang memaksa diri kita untuk suka apa yang kita tak suka. So don’t rush things okay!

10. Penuhkan jadual harian korang

busy, cara nak move on

Tips ni macam biasalah. Korang kena penuhkan jadual seharian korang. Contohnya macam pagi sampai petang korang kerja. Lepas habis kerja tu korang pergilah gym.

Lepas je habis gym tu balik rumah boleh tidur awal. Ha, termasuk sekali dengan tips yang lain kan? Hehe. Takdalah masa lapang untuk korang nak fikir tentang si dia yang tak fikirkan kita tu!

wanita kuat, wanita hebat, cara nak move on

Sis Katy done share 10 tips macam mana korang nak move on. Sis harap dapat membantu korang yang baru atau dah lama putus cinta. Jangan give up dengan cinta, cuma bagi masa pada hati sendiri untuk pulih. Macam sis Katy kata ‘don’t rush things‘.

Apepun macam biasa jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.

 

SKIP THIS AD ×