Amboi. Ramai betul yang inbox kami bertanyakan tentang 6 lagi lokasi honeymoon menarik di negeri masing-masing. Sabar-sabar. Kam memang akan tunaikan janji punya.
Nah, kami bukan sahaja bagi 6 lokasi, tapi siap tambah lagi dua extra untuk korang. Kalau campur dengan artikel sebelum ini, dah ada total 14 lokasi untuk korang bercinta dengan suami korang.
Artikel Berkaitan: Nak Feeling Honeymoon? 6 Lokasi Ini Bakal Buat Korang Rasa Macam Baru Kahwin!
Kalau setahun satu lokasi, kiranya dah complete rancangan honeymoon 14 tahun! Huhu.
1. Rasa Sayang Resort & Spa, Penang
Kalau dah berjalan ke Penang janganlah bawak isteri makan pasemboq je! Apakata imbau semula kenangan bersama isteri tersayang masa mula-mula kahwin dulu. Mesti isteri senyum sampai telinga.
Lokasi: Batu Feringgi Beach, Penang, 11100, Malaysia
Hubungi :04 888 8888
2. Damai Beach Resort, Sarawak
Sejajar dengan nama yang diberikan, Damai Beach Resort di Sarawak ini juga pasti menjanjikan seribu kenangan manis buat anda dan pasangan.
Lokasi: Damai Beach Resort,Teluk Bandung Santubong, P.O. Box 2870, 93756 Kuching, Sarawak, Malaysia
Hubungi: +6082-846999
3. The Dusun, Negeri Sembilan
Malas nak bergelap di tepi pantai? Nah, ajak pasanganmu menikmati keindahan flora dan fauna di The Dusun, Negeri Sembilan.
Lokasi: Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, 3437, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Hubungi : thedusun.com.my
4. Homestay Al-Hambra Beseri, Perlis
Bagi pasangan yang sukakan suasana relaxing dan udara kampung, kami rasa korang patut terjah Homestay Al-Hambra ni. Teringat pula rumah arwah Opah. Macamnilah lebih kurang. Eh. Emo pulak!
Lokasi: Kangar, Perlis
Hubungi : 04-9386684/013-2148344/013-4829090
5. Tok Aman Bali, Kelantan
Rasanya ramai yang dah tahu mengenai resort Tok Aman Bali di Kelantan ni kan? Review yang kam dapat setakat ni pun awesome!
6. Holiday Villa Beach & Spa Resort, Cherating
Alang-alang dah ke Kelantan, singgah sebentar di Pahang. Sambung honeymoon gitu!
Location : Lot 1303, Mukim Sungai Karang, 26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Hubungi : (609)-581 9178
Ekstra 1 : Villa Samadhi, Kuala Lumpur
Nampak macam di Bali kan? Nay. Hanya di Kuala Lumpur.
Location: Persiaran Madge, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Hubungi : +60 3-2143 2300
Ekstra 2: Avani Sepang Gold Coast Resort, Selangor
Location: Jalan Pantai Bagan Lalang, Kampung Bagan Lalang
Hubungi : 03 31823600