berita

6 Aktiviti Paling ‘Best’ Di Sungei Wang Plaza Sempena Mid-Autumn Festival Bertemakan Jepun

September 22nd, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Korang pernah dengar tak tentang Festival Pertengahan Musim Luruh? Nama lain untuk perayaan ini ialah Perayaan Kuih Bulan atau Pesta Tanglung yang diraikan oleh masyarakat Cina. Ia sangat popular di kalangan masyarakat kita di Malaysia.

Pada waktu ini, pusat membeli-belah akan dihiasi dan menjual makanan istimewa sempena perayaan mereka. Kalau korang nak enjoy Festival Pertengahan Musim Luruh yang tengah meriah sekarang, kami rekomen korang pergi Sungei Wang Plaza!

Sungei Wang Plaza rai Festival Pertengahan Musim Luruh dengan tema Jepun

Festival Pertengahan Musim Luruh kan sedang berlangsung. Kami yakin korang mesti tak nak terlepas untuk berseronok di acara “Aspiring Mid-Autumn” bertemakan Jepun yang diadakan di Sungei Wang Plaza. Acara ni akan berlangsung sehingga 4 Oktober 2020. Ajak keluarga best ni.

Terpesona teruk bila datang Sungei Wang Plaza. Mall ni dah berubah menjadi taman Jepun dengan pepohon yang rimbun dan pemandangan bulan purnama di puncak bumbung. Paling menarik, sebanyak 800 tanglung besar boleh dilihat di Sky Lantern Wishing Street. Sangat insta-worthy!

Nampak tak apa yang ada kat bahagian pusat Sungei Wang Plaza? Ada bulan purnama gergasi. Serius besar gila. Bulan ni menandakan aroma awal musim luruh yang melambangkan harapan baru untuk masa depan. Nak posing untuk ambil gambar? Silakan!

Apa aktiviti menarik di Sungei Wang Plaza sempena acara “Aspiring Mid-Autumn“? Let’s roll it!

Bergambar di Sky Lantern Wishing Street

Datang Sungei Wang Plaza, rugi kalau tak singgah Sky Lantern Wishing Street mereka yang terletak di Sungei Wang Walk (Jalan Sultan Ismail). Kami pun dah beritahu awal-awal tadi. Sini dipenuhi dengan 800 tanglung yang besar giler. Tergamam tengok ha.

Kalau tak ada idea, boleh ambil gambar macam ni. Cantik kan?

Dah alang-alang berseronok, jom la beramal sekali. Korang boleh dapatkan kad mesej di Kaunter Informasi (Concourse Area) dengan memberi sumbangan sebanyak RM5. Semua hasil sumbangan akan disalurkan ke rumah golongan kurang berkemampuan.

Berpakaian kostum kimono Jepun

Nak feeling seperti orang Jepun? Dengan sumbangan sebanyak RM5, korang boleh cuba pakai kimono tradisional yang sangat trendy di Jepun. Hasil sumbangan ini jugak akan disalurkan ke rumah golongan kurang berkemampuan.

Lepas pakai kostum kimono Jepun ni, korang boleh ambil gambar di sekitar Sungei Wang Plaza. Boleh dijadikan sebagai memori terindah korang. Konon bercuti di Jepun la katakan.

Tengok gambar mereka yang dah cuba memakai kostum kimono Jepun ni di Sungei Wang Plaza. Bukan kimono untuk perempuan je, kimono untuk lelaki pun ada tau. Best experience ever la!

Miliki Lampu Bulan LED Berinspirasi

Dah seronok shopping di Sungei Wang Plaza? Cuba check jumlah gabungan dua resit korang. Kalau lebih daripada RM188, jangan lupa untuk tebus Lampu Bulan LED Berinspirasi yang eksklusif ni. Letak kat dalam bilik, serius terang. Cantik pulak tu. Takkan tak nak kot? Rugi tau.

*Tertakluk pada terma dan syarat

Menonton persembahan 24 Festive Drums

Bukan perayaan la kalau tiada persembahan 24 Festive Drums yang menarik. Persembahan drum yang hebat ni akan dibuat pada hari Isnin, 27 September 2020, jam 2 petang di Pintu Masuk Utama, Sungei Wang Plaza.

Jangan lupa tonton bersama keluarga. Korang tentu akan merasai dentuman jantung yang kuat bila dengar nanti.

Kanak-kanak boleh sertai bengkel miniatur pen 3D secara percuma

Aktiviti special untuk kanak-kanak pun ada! Kanak-kanak berumur 3 hingga 17 tahun boleh menyertai bengkel miniatur pen 3D yang dikendalikan oleh MinNature Malaysia. Tiada bayaran kemasukan dan korang hanya perlu daftar secara talian. Anak korang confirm seronok nanti. Bukan pen biasa-biasa yang selalu diguna tu tau.

Memakai kostum kartun & menangi baucar tunai sehingga RM200!

Kalau kami bagitahu ada baucar tunai mesti korang suka kan? Korang hanya perlu pergi Kaunter Informasi (Concourse Area) dan sertai QR Code Moon Scavenger Hunts dengan memakai kostum kartun untuk memenangi baucar tunai bernilai sehingga RM200. Cute sangat. Tak join, rugi beb. Jom ah!

*Tertakluk pada terma dan syarat

Macam mana? Dah get ready nak pergi Sungei Wang Plaza la tu. Nak ingatkan lagi yang acara “Aspiring Autumn” di Sungei Wang Plaza ni berlangsung sehingga 4 Oktober 2020 tau. Ada masa lapang, boleh la singgah dan buat aktiviti menarik yang kami senaraikan tadi.

Untuk info lebih lanjut, boleh klik link di bawah ya.

Tempat paling best nak enjoy untuk Festival Pertengahan Musim Luruh? Mesti la Sungei Wang Plaza. Jom pergi! Jangan lupa roger kat member eh.. Sayonara!

SKIP THIS AD ×