berita

6 Barang Yang Wajib Ada Untuk Makeup Beginners Macam Korang

October 17th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trendy

Bila tengok orang lain makeup, korang pun mesti teringin jugak kan? Oh no! Satu masalah bila korang tak tahu apa barang yang kena ada dan dari mana nak mula. Masuk je drugstore atau makeup store, dah jadi rambang mata sebab tak tahu apa nak beli dulu. Ada macam-macam jenis dan jenama pulak tu.

Jangan risau, admin akan kongsikan apa barangan basic makeup yang wajib ada untuk beginners macam korang. Barang-barang yang korang kena beli tak banyak pun sebab baru permulaan kan. Cuma makeup yang light light je. Nak tahu apa barang-barang tu? Baca selanjutnya okay!

1. Foundation yang ngam dengan tona kulit

Foundation ni benda paling basic yang korang kena apply kat muka. Tapi sebelum tu, penting untuk korang cuci muka, pakai toner dan moisturizer untuk pastikan kulit korang sentiasa lembap dan makeup tahan lebih lama. Sebelum nak pilih shade foundation, korang kena tahu tona kulit korang sama ada cerah atau gelap.

Ada tiga jenis foundations iaitu dalam bentuk liquid, cream dan powder. Korang yang mempunyai kulit berminyak tak digalakkan memakai liquid foundation kerana ia akan membuatkan kulit lebih berminyak manakala yang berkulit kering sebaiknya tak guna powder foundation.

Cara korang nak tahu adalah korang calit atau swatch sikit pada bahagian nadi ataupun jawline. Lepas tu kalau korang nak pakai kat muka, boleh gunakan jari, berus foundation, span ataupun beauty blender. Berus akan memberikan hasil coverage yang lebih baik tapi korang kena lah blend betul-betul untuk elakkan garis kedutan.

2. Concealer nak tutup cela di wajah

Fungsi concealer adalah untuk nak cover segala cela pada muka korang seperti lingkaran gelap bawah mata, jerawat dan parut-parut yang ada. Bila nak pilih shades tu pastikan pilih yang lebih cerah daripada kulit atau foundation korang.

Kalau kulit korang dah sememangnya flawless, tak perlu pun pakai concealer. Moisturizer dengan foundation pun dah memadai. Lepas tu kalau foundation yang korang pakai tu dah tutup parut-parut kat muka, tak perlu dah pakai concealer. Nanti bertepek-tepek pulak krim kat muka tu.

3. Loose/Compact powder

 

Fungsi bedak loose dan compact adalah untuk touch up foundation yang korang dah pakai kat muka tu. Tekstur bedak loose adalah lebih ringan dan lembut. Bedak ini sesuai dipakai oleh orang yang kulit berminyak. Formula di dalam bedak ini membantu untuk menyerap minyak berlebihan kat kulit korang tau. Korang boleh pakai bedak ni menggunakan span puff ataupun berus makeup untuk mendapatkan hasil yang natural.

Bedak compact pula biasanya dibawa ke mana-mana kerana bekasnya yang kecil. Nama pun compact kan. Teksturnya berbeza dengan bedak loose kerana ia lebih padat dan formulanya sesuai untuk orang yang berkulit kering. Cara nak pakai bedak compact cuma DAB DAB je.

4. Pemerah pipi

 

Penggunaan blusher ni sebenarnya boleh bantu untuk menaikkan seri muka. Nampak fresh je sepanjang hari kalau korang pakai. Blusher terdapat dalam bentuk compact, stick dan juga liquid. So korang pilihlah jenis mana yang sesuai dan senang korang nak pakai ye. Tapi jangan pulak korang pakai banyak sangat. Tak pasal-pasal muka serupa badut pulak!

5. Maskara barulah nampak bulu mata!

 

Semua orang tahu fungsi mascara adalah untuk melentikkan dan menebalkan lagi bulu mata. Maskara ni ada banyak jenis wands tau, korang kena pandai pilih mana yang bersesuaian. Setiap wand maskara ada fungsinya tersendiri.

Artikel berkaitan : Jom Kenali Berus Maskara Korang Untuk Bulu Mata Yang Lebih Lentik & Syantik!

Cara nak pakai maskara adalah dengan cara zig zag supaya maskara yang korang dah apply tu tak bergumpal dengan bulu mata.

6. Gincu paling penting okay!

 

Benda paling best pasal makeup of course lah lipstick beb! Confirm korang akan ambil masa lama nak pilih warna mana yang berkenan sebab memang banyak sangat jenis dan warna tau seperti warna terang dan juga warna nude. Kalau korang suka warna terang dan berani, cubalah warna merah.

Kalau yang suka warna soft dan nak nampak natural, boleh pilih warna nude. Bergantung pada citarasa masing-masing okay. Sebelum korang nak pakai lipstick, jangan lupa pakai pelembap bibir atau petroleum jelly tau supaya bibir korang sentiasa lembap dan nampak fresh.

Itu je lah barang-barang makeup untuk beginners macam korang. Tak banyak dan senang je kan? Haa.. lepas dah belajar guna barang-barang basic ni, boleh lah korang cuba makeup lain pula macam bronzer, highlighter, eyeshadow, eyeliner dan sebagainya.

Sekarang banyak je video tutorial makeupkorang search je lah kat Youtube okay! Dan jangan beli barang makeup yang fake sebab nanti korang jugak kena tanggung akibatnya. Selamat mencuba guys!

 

Sumber: Citizens of BeautyDewi MalaysiaPopbela

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×