Penyanyi Aiman Tino mendedahkan masih ada segelintir peminat yang berkelakuan gedik ketika bertemu dengannya meskipun dia sudah berstatus suami.
Artikel Berkaitan: Baru Seminggu Aiman Tino Bergelar Suami, Ibu Dedah Ada Wanita Tawar Diri Nak Jadi Isteri Nombor Dua
Artikel Berkaitan: Aiman Tino Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tahun Ini
Peminat masih menggedik
Ketika ditemui OhBulan!, Aiman bagaimanapun berkata dia tidak mengganggap hal tersebut sebagai isu yang serius.
Malah, isterinya Syarah Haifa juga sangat memahami kerjayanya sebagai selebriti.
Selepas saya berkahwin saya tak pasti kalau ada peminat yang dah lari dan tak minat saya, tapi apa yang berlaku saya lihat mereka masih okay, peminat masih menggedik dengan saya.
Tapi isteri sangat profesional, dia tahu yang peminat hanya minat sahaja. Yang pegang-pegang bila jumpa pun ada. Yang tahap mesej-mesej dah tiada lagi, kali terakhir dulu je. Saya malas layan, anggap tiada apa pun yang serius.
Aiman berkata demikian ketika ditemui pada majlis sumbangan kepada artis veteran yang berlangsung di Restoran Ngam Ngam, IOI City Mall, pada Rabu.
Berkongsi mengenai pengalaman melayari bahtera rumah tangga sepanjang enam bulan, Aiman berkata dia dan isteri masih dalam fasa saling mengenali antara satu sama lain.
Perkahwinan saya dan isteri sudah memasuki enam bulan dan tipu kalau tiada asam garam dalam rumah tangga kan. Apa yang saya boleh katakan kami masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain.
Banyak yang saya belajar. Perkara-perkara yang sebelum ini saya hanya dengar sahaja, tapi kali ini benar-benar berlaku bila sudah berkawhwin. Macam merajuk dan sebagainya. Tapi saya akan pujuk dia, kemudian dia akan okay.
Enam bulan ini masih baru, banyak lagi yang perlu kami lalui. Macam masakan dan sebagainya.
Sementara, pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu berkata, isterinya juga sudah bersedia berdepan kritikan netizen selepas berkahwin dengannya.
Saya rasa isteri saya sudah bersedia dengan kritikan netizen apabila dia mengahwini saya seorang selebriti. Kritikan netizen pasti ada, sama ada kami yang menempah atau netizen tang cipta.
Saya tidak kawal pun setiap perkongsian yang dia mahu naik dalam media sosial. Dia tahu apa yang saya okay dan tidak.