berita

6 Cara Betul Untuk Gunakan Pengering Rambut, No. 4 Tu Ramai Yang Suka Skip!

June 7th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Pengering rambut selalu digunakan untuk mengeringkan rambut dengan cepat. Lebih-lebih lagi kalau rushing nak keluar rumah. Selain lebih cepat kering, rambut juga lebih mudah digayakan mengikut kehendak kita.

Tak kira lelaki atau perempuan, semua orang boleh gunakan pengering rambut. Korang boleh gunakan trik langkah demi langkah ni untuk gunakan pengering rambut dengan betul. Biar rambut tak cepat rosak gitu!

1. Keringkan rambut yang basah dengan tuala dahulu.

Rambut mudah patah dan gugur kalau keringkan rambut secara terus dengan pengering rambut. Sebab tu sebelum guna pengering rambut, kena keringkan rambut dengan tuala dulu. Guna tuala microfiber yang lembut dan mudah menyerap air.

2. Guna suhu tak terlalu panas, paling rendah pun tak apa.

Setiap pengering rambut ada tahap suhunya. Semakin tunggu suhu pengering rambut, semakin panas udara yang dikeluarkan. Selain menimbulkan rasa tak selesa, udara panas akan menyerap minyak semula jadi di kulit kepala sehingga rambut menjadi kering. Lebih baik pilih suhu paling rendah je.

3. Belah rambut jadi dua bahagian.

Bahagikan rambut kepada dua bahagian. Mulakan dengan membahagikan rambut dari kanan dan kiri ke atas, kemudian klip dan biarkan bahagian bawah. Keringkan rambut bahagian bawah dahulu. Kalau belah rambut macam ni, rambut mudah kering dengan sekata.

4. Pakai serum rambut sebagai pelindung.

Tak faham kenapa ramai yang skip ni. Padahal ni la cara untuk lindungi rambut. Serum rambut dapat menyuburkan rambut, menjadikannya lebih lembut dan mudah diurus. Ia juga dapat mengekalkan kesihatan dan kekuatan rambut apabila sering dikeringkan menggunakan pengering rambut.

5. Jaga jarak antara rambut dan pengering rambut.

Sesetengah orang suka gunakan pengering rambut dalam jarak dekat dengan alasan rambut lebih cepat kering. Tak boleh ya. Rambut boleh rosak macam tu. Entah-entah rambut korang pun boleh tersedut tau. Cuba biasakan keringkan rambut dengan jarak minimum 15-20cm okay?

6. Gerakkan pengering rambut, jangan tumpu satu bahagian je.

Perasan tak? Pekerja salun akan gerak-gerakkan tangan mereka semasa guna pengering rambut. Itu la cara yang betul. Kena halakan pengering rambut ke kiri dan kanan supaya rambut tak terlalu terdedah kepada suhu panas.

Korang guna la apa pun alatan untuk cantikkan rambut, semestinya kena gunakan cara sesuai supaya dapat menjaga rambut. Tengah cari pengering rambut yang bagus? Kami ada rekomen terbaik untuk korang.

Dah ada Pengering Rambut nanoe™ EH-NA98 Panasonic, warnanya stylo!

Lagi bagus korang guna pengering rambut yang baru diperkenalkan iaitu Pengering Rambut nanoe™ EH-NA98 Panasonic. Kali ni ia tampil dengan warna navy baharu yang bergaya!

Apa yang menarik tentang Pengering Rambut nanoe™ EH-NA98 Panasonic yang cukup luar biasa ni?

Mempunyai teknologi canggih Dwi Mineral & nanoe™

Pengering Rambut nanoe™ EH-NA98 Panasonic dilengkapi teknologi canggih Dwi Mineral & nanoe™ yang memberikan penjagaan menyeluruh untuk rambut, kulit kepala dan juga kulit muka korang. Bukan biasa-biasa!

Buat pengetahuan korang, nanoe™ kaya dengan kelembapan untuk melembapkan rambut dan kulit kepala, manakala nanoe™ dan Ion Mineral Berganda menghalang kerosakan akibat memberus dan melindungi daripada sinaran UV. Hebat sungguh la!

Boleh pilih pelbagai mod ikut keperluan harian

Paling istimewa tentang Pengering Rambut nanoe™ EH-NA98 Panasonic, ada banyak mod yang korang boleh pilih. Antaranya:

  • Mod Penjagaan Kulit Kepala

Dalam mod ini, pengering rambut perlahan-lahan mengeringkan kulit kepala dengan set udara hangat pada kira-kira 50°C.* nanoe™ menambahkan kelembapan dan mengurangkan kekeringan yang menyumbang kepada tekanan kulit, seterusnya hasilkan kulit kepala yang lebih sihat.

*Apabila suhu ambien ialah 23°C 

  • Mod Penjagaan Kulit Muka

Gunakan mod ni pada akhir sesi pengeringan selama kira- kira satu minit. Kulit muka jadi lembap kerana nanoe™ membantu ia mengekalkan kelembapannya.

  • Mod Alternatif Panas/Sejuk

Mod ni menukar aliran udara secara automatik antara udara panas dan sejuk. Jurang suhu ni mengurangkan gelombang, menyelaraskan permukaan rambut dan memantulkan cahaya untuk jadikan rambut lebih berkilau.

  • Mod Kawalan Suhu Pintar

Sensor suhu ambien binaan dalaman mengukur suhu udara sekeliling dengan tepat dan melaraskan aliran udara kepada suhu yang terkawal untuk pengeringan dalam mana-mana musim.

Mesra pengguna & selesa, keringan pun pantas!

Ramai bakal sukakan Pengering Rambut nanoe™ EH-NA98 Panasonic, sebab ia lengkap dengan ciri mesra pengguna. Dilengkapi dengan Muncung Cepat Kering Panasonic yang unik, pengeringan rambut jadi lebih pantas!

Selain penapisnya yang mudah dibersihkan, pemegangnya juga boleh dilipat tau. Bukan setakat mudah disimpan, ruang dalam rumah jadi jimat. Bagusnya!

Panasonic Malaysia ada promosi gempak Beauty & Health 6.6, jangan lepaskannya guys!

Tak sabar nak dapatkan produk Panasonic dengan harga berbaloi? Kami ada berita menarik daripada Panasonic Malaysia. Memang istimewa untuk korang!

Bermula 6 hingga 8 Jun 2023, korang boleh nikmati promosi gempak sempena Beauty & Health 6.6 yang boleh didapati melalui kedai dalam talian dan luar talian rasmi Panasonic Malaysia. Yay!

Korang boleh klik mana-mana link di bawah untuk dapatkan promosi yang ada!

SKIP THIS AD ×