berita

6 Cara Mudah Tanggalkan Makeup Guna Barang Dapur! Mudah Je!

September 13th, 2018 | by Farah Adibah
Kini Trendy

Makeup remover ni salah satu step yang penting dalam rutin penjagaan kulit kita.Lagi-lagi orang yang memakai makeup setiap hari. Bila dah guna hari-hari, kadang-kadang kita tak sedar bila makeup remover kita habis!

Bukan tu je, boleh jimat duit sekali sebab barang-barang alternatif makeup remover ni tak mahal pun! Nak beli alternatif makeup remover ni. Ni adalah 6 barang yang boleh dijadikan alternatif makeup remover. Kami listkan dibawah antara barang-barang dapur yang korang boleh gunakan untuk dijadikan makeup remover!

Petroleum Jelly

Banyak sebenarnya kegunaan dan kebaikan petroleum jelly ni. Biasanya orang guna petroleum jelly ni sebagai lip balm je. Tapi kalau korang nak tahu, petroleum jelly pun boleh digunakan sebagai makeup remover.

Korang hanya perlu ambil petroleum jelly sebesar duit syiling 20sen dan sapu diseluruh muka sehingga makeup hilang dan lap menggunakan cotton pad. Tak perlu beli makeup remover balm yang mahal-mahal bila makeup remover kita habis. Produk semua dalam satu ni boleh dapat dekat mana-mana farmasi je dan murah pulak tu.

Minyak baby bukan untuk baby je

Selama ni korang mesti ingat baby oil ni hanya boleh guna dekat baby je kan? Tapi sebenarnya si penggemar makeup pun boleh gunakan baby oil sebagai makeup remover. Sambil-sambil tu boleh lah kita nak capai wajah selembut kulit bayi. Baby oil ni pun tak susah nak dapat. Di farmasi ataupun kedai runcit berdekatan dengan rumah korang pun ada jual baby oil ni.

Olive Oil bukan untuk masak je ke? Letak kat muka tak rosak?

 

Mungkin nampak pelik bila kita jadikan barang yang kita guna untuk memasak sebagai rutin skincare kita. sebenarnya bila kita guna olive oil ni, kulit kita akan jadi lembut dan gebu! Tapi korang kenelah cuci muka bersih-bersih lepas pakai olive oil tu.

Hanya perlu tuangkn sedikit  di tapak tangan perlu olive oil sebesar 20sen dan gosok secara perlahan di muka korang sehingga makeup korang dah hilang! Bahan ini sangat bagus untuk menanggalkan produk yang waterproof seperti mascara dan eyeliner.

Tak percayalah Honey ada kegunaan lain…

 

Madu ni memang sedap untuk dimakan. Tapi macam orang selalu cakap, madu ni ada 1001 kegunaanya! Ha, salah satunya untuk dijadikan makeup remover lah!

Memang dengar macam pelik sebab madu kan manis, rasa pelik sebab nak letak kat muka. Tapi percayalah, memang berkesan tau kaedah ni! Disebabkan madu ni pekat jadi korang kena gosok dekat muka korang perlahan-lahan ye.

Yogurt bukan guna untuk mask je ke

Jarang kita dengar yang yogurt boleh dijadikan makeup remover? sebenarnya kita boleh guna yogurt untuk bersihkan makeup kita! tapi selepas je makeup tu dah tanggal korang kena terus basuh dan elakkan terkena bahagian mata. Sebabnya yogurt boleh meninggalkan bakteria yang buruk jika kita biarkan lama-lama dekat muka.

Ingat Aloe Vera Gel tu untuk pelembap je…

Pelik tapi benar, aloe vera gel ni pun sangat bagus digunakan sebagai makeup remover. Bila kita guna aloe vera gel ni dengan tak secara langsung kita dapat merawat dan melembutkan kulit kita juga. Elakkan bahagian mata jika anda nak gunakan aloe vera gel sebagai makeup remover.

Bila alternatif makeup remover ni senang nak cari, takdalah korang risau bila balik kampung ataupun travel korang tertinggal makeup remover. Ataupun bila takda farmasi buka tengah malam boleh lah korang guna alternatif ni! Kat kedai runcit pun senang dapat. Nak jadi cantik tu mudah kan tak perlu keluarkan duit untuk beli yang mahal.

SKIP THIS AD ×