berita

Ketahui 7 Kesalahan Makeup Yang Biasa Korang Buat. Jom Fix Makeup Jadi Flawless!

November 9th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trendy

Orang cakap pakai makeup ni untuk naikkan confident level betul tak? Macam-macam produk kosmetik kita nak cuba kat muka. Yelah, bukan senang nak duduk bersiap lama-lama depan cermin demi hasil makeup yang flawless bak supermodel.

Kalau hasilnya cantik dan worth it, tak apa lah. Cuba kalau korang tak puas hati dengan hasil makeup korang? Haa.. dah monyok seharian. Admin nak list kan kesalahan makeup paling biasa yang korang mungkin tak perasan selama ni berserta solution untuk pastikan makeup korang sentiasa syantik.

1. Pakai makeup tapi tak pakai pelembap

Pakai makeup atas kulit muka yang kering boleh dikatakan kesalahan besar tau. Sebabnya muka korang akan kelihatan kusam dan tak bermaya. Kadang-kadang kedutan pun boleh kelihatan tau.

Kredit : Human Nature

Solution untuk masalah ni adalah moisturize, moisturize dan moisturize! Penting untuk korang sentiasa kekalkan kelembapan kat muka korang tu untuk mengelakkan masalah-masalah kulit yang lain. Jangan lupa untuk pakai moiturizer atau gel aloe vera tau sebelum makeup!

2. Nak tutup cela sampai terlebih concealer

Cela kat muka tu akan kelihatan kalau tak guna concealer, ye dok? Sebab tu penting korang cari warna yang sesuai dengan kulit wajah. Kalau salah pilih tona warna concealer dan pakai terlalu banyak, kedutan di muka korang tu akan terserlah.

Kredit: BeBeautiful

Benda ni menyebabkan muka korang nampak lebih berusia. Eee.. mesti tak nak kan? Untuk mengelakkan benda ni, korang kena pakai dalam amount yang sedikit dan cuma pakai dekat parut atau lingkaran hitam je. Bahagian muka yang lain korang boleh pakai foundation je!

3. Foundation sekilo nak pergi mana kak?

Kredit : BeBeautiful

Memakai terlebih  foundation juga sebenarnya tak elok untuk muka. Tambah lagi makeup korang akan nampak cakey dengan foundation yang terlalu tebal. Atau lebih teruk lagi, korang akan end up nampak macam badut. Aduhh.. please no!

Kredit: Beauty Hooked

Sesetengah orang suka pakai makeup yang light, jadi tak perlulah pakai foundation ke seluruh muka. Cukuplah kalau korang calit kat pipi, hidung dan bawah mata. Ada juga yang guna foundation untuk menutup parut, tapi tu kerja concealer. Pastikan korang pilih tona yang sesuai dengan warna kulit.

4. Alamak, terangnya!

Bila bercakap pasal kelopak mata, warna-warna eyeshadow yang terang dan ada glitter seperti kuning memang nampak fun dan trendy.. Tapi kalau zaman 90-an dulu lah ye sis. Jadi untuk beginners, sebaiknya korang elakkan memakai eyeshadow yang terang-terang tau.

Untuk menggantikan warna tadi tu, korang boleh cuba tona yang lebih gelap atau neutral macam brown, yang boleh digayakan dengan smokey look. Tapi tak bermaksud korang tak boleh pakai warna cerah. Caranya korang mulakan dengan memakai warna gelap dulu. Kemudian calit sedikit warna cerah yang sesuai dengan tona gelap tadi. Make sure to blend it well!

5. Merahnya mak ngah!

Ucap bye-bye kepada pemerah pipi atau blusher yang gelap dan intense! Tiba masanya untuk korang cuba warna-warna yang lembut dan berona cerah seperti warna merah jambu dan peach.

Kredit: Fashion Magazine

Cara untuk memakai blusher yang betul adalah ke arah tulang pipi, bukan di tengah-tengah pipi. Warna-warna natural akan membuatkan muka korang nampak lebih muda dan glowing.

6. Ugh.. clumpy-nya maskara

Kredit: bustle.com

Perkara yang utama korang kena tahu adalah pilih maskara yang warnanya lebih gelap dari bulu mata. Salah satu kesalahan yang korang sering buat adalah menyepit bulu mata selepas memakai maskara yang menyebabkan bulu mata korang berselerak.

Kredit: thecut.com

Sebolehnya korang amalkan menyepit bulu mata sebelum memakai maskara okay. Selain tu, elakkan memakai lebih dari dua coat maskara sebabnya bulu mata korang akan jadi bergumpal atau clumpy.

7. Opss.. jangan tebal sangat

 

Bedak muka memang bagus untuk menutup cela pada kulit dan sebagai finalize makeup tapi jika dipakai dalam kuantiti yang sikit. Salah pakai, bedak korang akan jadi tebal dan muka korang kelihatan lebih tua. Oh oh..

Kredit: iDiva

Jadi untuk fix kan masalah ni, korang hanya perlu tepek bedak tu pada Zon-T dan kawasan muka yang berminyak je. Elakkan memakai di kawasan mata kerana ia akan menampakkan garis-garis halus pada mata serta kulit korang tampak kering.

Jadi admin harap lepas korang baca ni, janganlah ulang kesalahan yang sama okay. Yang beginners tu boleh ambil tips ni dan belajar benda baru dalam dunia makeup. Harap berguna ye!

 

Sumber: Style CrazeBrightside.meMinq

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×