berita

6 Fakta Penting Kejadian Kren Jatuh Timpa Jemaah Haji Di Masjidil Haram

September 12th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

MasjidilHaram-630x354

Awal pagi tadi, newsfeed Facebook dibanjiri dengan beberapa keping foto dan rakaman video sekitar kejadia kren yang jatuh menimpa jemaah haji di Masjidil Haram.

Berikut adalah fakta mengenaik kejadian tersebut.

Screen Shot 2015-09-12 at 4.10.04 AM

1. 87 jemaah Haji menjadi korban

Sehingga 2.30 pagi tadi, 87 jemaah menjadi korban dan sekurang-kurangnya 183 orang cedera.

Sumber: My Metro

2. 6 jemaah Haji Malaysia cedera

Tabung Haji (TH) mengesahkan enam jemaah haji Malaysia cedera dalam kejadian kren runtuh berhampiran kawasan saie di Masjidil Haram, kira-kira 5 petang waktu Arab Saudi (10 malam waktu Malaysia).

Sumber: My Metro

3. Seorang mangsa daripada Jemaah Haji Malaysia patah kaki

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata setakat 8.45 malam waktu Arab Saudi, seorang daripada mangsa berkenaan patah kaki sementara lima lagi cedera ringan. Menurutnya, mangsa yang cedera terdiri empat lelaki dan dua wanita.

Pasukan kebajikan perubatan dan peronda TH sudah dikerahkan untuk memberi rawatan dan pemeriksaan di kawasan terbabit.

Sumber: My Metro

4.  Faktor hujan lebat & ribut

Difahamkan, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut yang melanda Tanah Suci selepas waktu Asar. Menurut beberapa penduduk di sini, hujan lebat berkenaan adalah fenomena yang agak luar biasa kerana ia kali keempat dalam tempoh sebulan.

Sumber : My Metro

5. Kren jatuh di kawasan Saie

Apa yang kita tahu kren di luar kawasan saie jatuh di kawasan saie mengakibatkan serpihan bumbung dan sebahagian kren jatuh di kawasan tawaf menimpa jemaah haji.

Sumber : My Metro

6. Jangan percaya spekulasi

Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman menasihatkan orang ramai jangan percaya kepada spekulasi tidak rasmi mereka perlu merujuk maklumat disiarkan media rasmi TH dari semasa ke semasa.
Ahli keluarga mangsa yang terbabit dengan kejadian sudah dimaklumkan dan sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Pusat Maklumat TH di 03-62071919.

Sumber : My Metro

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×