Sejujurnya, jika anda tanya adakah kami puas menonton persembahan Krisdayanti di Kuala Lumpur Convention semalam sempena Krisdayanti Live in KL, ternyata jawapan kami adalah ‘tidak’.
Mungkin kami terdorong untuk memberi jawapan seumpama itu kerana realitinya bukan mudah untuk berjumpa dengan primadona dari Indonesia itu.
Jadi, khas buat anda yang tidak berpeluang melihat persembahan Krisdayanti secara live semalam, kami sediakan sedikit rumusan untuk anda semua. Check it out!
1. Kris Dayanti Terjatuh Di Pentas
Sememangnya Krisdayanti seorang penghibur yang sebenar. Walaupun dia telah terjatuh di lantai pentas kerana tidak dapat menyeimbangkan badan, Kris bingkas bangun meneruskan persembahannya sehinggakan insiden itu bagaikan langsung tidak disedari oleh sesetengah penonton.
Malah, Kris juga begitu sporting untuk menjadikan insiden itu sebagai satu jenaka dan juga sempat memohon maaf kepada penonton.
2. Kostum Penari Latar Berkonsepkan Lampu Tidur
Sedang asyik melayan suara Kris yang lunak itu, kami agak terpana apabila melihat dua orang penari naik ke pentas dengan berkepalakan objek seakan-akan lampu tidur.
Signifikannya? Hurm.. mungkin Kris mahu menyuntik sedikit keunikan sekaligus menarik perhatian penonton dengan kostum sedemikian. Tapi, agak berjaya jugalah taktik itu.
3. 10 Jenis Baju Kris Dayanti Yang Unik
Ternyata taste primadona ini amat berbeza. Walaupun tampil dengan busana yang boleh dikira agak luar biasa, Kris tetap tampak yakin dan berani membawakan persona dirinya.
Malah, ada juga beberapa kali Kris terus melucutkan pakaiannya di pentas dengan bersahaja. Tapi, bukanlah terus ‘naked’ pula kerana apabila busana tersebut ditanggalkan, rupa-rupanya ada lagi baju di dalamnya. Terkejut kami tau. Huhu.
4. Berduet bersama anaknya, Aurel Hermansyah & Hafiz sebagai artis jemputan
Ini adalah dua perkara yang amat dinantikan oleh penonton. Anak perempuannya yang semakin cantik, Aurel Hermansyah tampil di awal persembahan dan mendendangkan 2 buah lagu bersama Kris. Namun sejujurnya, kami rasa suaranya belum cukup matang untuk bergelar penyanyi.
Manakala, Hafiz pula beraksi bersama Kris semasa di pertengahan konsert. Cuma, kami sedikit terkilan apabila suara Hafiz malam semalam agak kurang ‘ummph‘. Macam kurang sihat je?
5. Konsert tertangguh selama lebih kurang 10 minit kerana masalah teknikal
Secara tiba-tiba seluruh lampu auditorim terpadam. Kami ingatkan ada sebarang kejutan yang ingin dilakukan, namun jangkaan kami meleset kerana sebenarnya mereka mengalami sedikit masalah teknikal. Bagaimanapun, lebih kurang 10 minit selepas itu, konsert disambung semula.
5. Nyanyian spontan oleh Dato’ Siti Nurhaliza & Sheila Majid
Spontan tetapi cukup menghiburkan. Kris sempat juga menarik dua orang penyanyi diva Malaysia, Sheila Majid dan Dato’ Siti Nurhaliza untuk menyanyi bersamanya.
Masa ni memang penonton bertepuk sakan sebab dapat tonton persembahan Sheila dan Dato’ Siti secara free. Malah, kami beri ‘standing ovation’ kepada mereka berdua untuk suara yang sentiasa ready for performance gitu.