KFC ni merupakan antara makanan yang sebati dengan rakyat Malaysia. Dah ada dekat malaysia sejak tahun 1973 lagi! Banyak sejarah Malaysia dan juga hidup kita yang berkaitan dengan KFC ni. Sejak penubuhannya, pantang nampak orang pakai baju kot putih dengan cermin mata mesti korang panggil Atuk Colonel kan? Dan mesti ramai yang ada gambar dengan patung KFC tu betul tak?
Bukan tu je, dulu masa kecik, kalau dapat tempat pertama dalam peperiksaan atau bila sambut hari lahir, mesti wajib dapat KFC! Masa tu bukan main seronok lagi! Semenjak dilancarkan di Malaysia dah macam-macam menu dikeluarkan. Ada antara menu yang memang ditunggu-tunggu sangat untuk KFC buat comeback! Ini antara menu yang rata-rata rakyat Malaysia tunggu untuk KFC keluarkan balik! Dengar cerita yang No.5 tu paling epik dan ditunggu-tunggu!
Korang suka yang mana?
1. Spicy Sawadee Crunch
Pada tahun 2017, KFC memperkenalkan Spicy Sawadee Crunch atau ramai orang Malaysia panggil KFC perisa Tomyam. Campuran sempurna perisa Thai ni campur pulak dengan kerangupan ayam KFC tu menjadikan ayam ni mempunyai rasa masam manis dan pedas yang cukup sempurna! Peminat makanan Thai dan juga makanan pedas memang gilakan menu ni pada waktu tu.
2. Zinger Double down
Ramai yang tertunggu-tunggu bila agaknya KFC akan buat comeback Double Down ni! Terakhir ia dikeluarkan adalah pada tahun 2019! Kalau korang tak ingat, ni la satu-satunya burger KFC tanpa roti. Memang burger tu semata daging atas daging atas daging. Di lapisan bawah sekali merupakan kepingan ayam Zinger diikuti dengan sos keju, kepingan keju, strips ayam, mayonaise dan akhir sekali diapit kembali dengan kepingan ayam Zinger! Memang betul-betul burger all-meat kegemaran pencinta burger!
3. Crispy Tenders!
Terakhir dikeluarkan pada tahun 2016, Crispy Tenders ni memang antara menu yang ditunggu-tunggu untuk dikeluarkan kembali bukan sahaja sebabkan ayam tu, tapi disebabkan Sos Sour Cream dan Onion yang memang betul-betul padan dimakan bersama kepingan ayam tersebut. Korang bayangkan isi ayam yang digoreng dengan rempah ratus rahsia KFC di cicah dengan Sos Sour Cream dan Onion kegemaran lokal! Memang padu habis! Terliur nya bila teringat balik..
4. Chizza!
Antara inovasi paling sensasi dan fenomena mestilah masa KFC perkenalkan KFC Chizza pada tahun 2017. Gabungan kepingan ayam Hot & Spicy KFC dan pelbagai topping pizza seperti tomato sos, kepingan nenas,bawang merah, herba yang secukupnya dan dilengkapi dengan keju mozzarella yang cair diatas tu fuhh! Memang menu paling gempaklah time tu! Dua makanan kegemaran orang Malaysia digabung menjadi satu kot mestilah excited kan!
5. Zinger Cheezilla
Yang ni merupakan salah satu kegemaran admin! Ramai yang tertunggu-tunggu KFC Zinger Cheezilla ni kembali lagi-lagi yang geng hantu keju tu! Burger ni lah yang paling ngam untuk mereka! Ada ayam ada , ada cheese, sayur ish cukup segala-segalanya! Rasa macam nak hantar email dekat KFC suruh buat comeback menu ni sekarang jugak!
6. Zinger Waffle Burger
Masa baru-baru keluar ramai yang rasa pelik sebab dekat Malaysia ni waffle jarang dimakan bersama ayam. Tapi bila dah tengok gambar dan tengok ramai makan, ha mula lah semua orang nak try! Kepingan Zinger dan thin chicken strips yang dicurahkan sirap maple yang manis, kemudian diapit oleh waffle gebu ni memang buat orang teringat-ingat sampai sekarang!
Dalam banyak-banyak ni ada satu yang buat comeback Mei ni! KFC Zinger Cheezilla kini kembali!
Suara korang dah didengari! Korang dah boleh bersorak gembira sebab burger ayam dan mozzarella kegemaran korang buat comeback kali ke-3!
Kepingan Mozzarella cair di mulut menanti korang di KFC..
Masihkah korang ingat? Bila korang gigit dan terasa kepingan Zinger Hot & Spicy KFC, sayur, sos, roti dan mozzarella cheese tu bergabung sekali gus! Dan bila korang gigit, mozzarella Cheese tu boleh tarik panjang-panjang lepas tu cair meleleh-leleh fuhhhhh! Memang terangkat lah. Layan habis bila makan tu. Kombinasi yang memang ngam!
Tak sabarnya! Bila ada di outlet? Nak beli!!
Burger ni akan mula dijual bermula 18 May 2021 untuk Semenanjung Malaysia, 5 Jun 2021 untuk Sarawak dan manakala 11 Jun 2021 untuk Sabah! Lepas puas makan lauk raya nanti ha boleh korang pergi KFC pulak! Terus cuba menu ni. Yang tak pernah cuba sebelum ni, ini merupakan timing yang cukup sempurna untuk korang cuba!
Korang boleh dapatkan KFC Zinger Cheezilla ni bermula dari RM19.49 untuk set Combo manakala untuk Box Meal pula korang boleh dapatkan dari RM21.99!
KFC Zinger Cheezilla kembali siap dengan kod promo kali ni!
Dapatkan 10% bila korang beli KFC Zinger Cheezilla ni menerusi aplikasi KFC! Pastikan korang pilih KFC Delivery dan masukkan kod promo: CHEEZILLA ketika check-out.
KFC Zinger Cheezilla ni juga boleh didapati di outlet-outlet KFC berdekatan korang! Untuk maklumat lanjut korang boleh klik dekat SINI!