Seorang pemilik kedai yang menawarkan servis cuci kereta dilaporkan maut dipercayai dibunuh oleh pekerjanya sendiri dalam satu kejadian di Indonesia.
Majikan dibunuh pekerja
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan TV One News, keenam-enam suspek nekad bertindak sedemikian kerana menyimpan dendam dan sakit hati dengan kata-kata kasar yang sering dilemparkan oleh mangsa, Mahadi yang berusia 53 tahun. Malah, mangsa juga dikatakan memungkiri janji untuk meminjamkan wang kepada salah seorang suspek.
Kesemua suspek dipercayai sudah membuat perancangan awal untuk menghabisi nyawa mangsa ketika kedai tutup. Mereka bertindak menekup muka mangsa dengan bantal sebelum memukul kepala mangsa berkali-kali menggunakan besi.
Namun aksi kejam tersebut dilihat oleh isteri mangsa. Panik melihat keadaan suaminya yang sudah lemah, si isteri menjerit meminta pertolongan tetapi suspek bertindak mengugut wanita itu.
Kesemua suspek yang melarikan diri berjaya diberkas pihak polis. Difahamkan, lima daripada enam suspek masih dibawah umur iaitu antara -5 hingga 17 tahun manakala seorang lagi berusia 23 tahun.
Sumber: TVOneNews, Tribun Medan