berita

6 Raksasa Epik Yang Anda Akan Jumpa Dalam Filem Kong : Skull Island. Serius Cool Bro!

March 2nd, 2017 | by Nurul
Kini Trending

two-new-kong-skull-island-posters_0

Kurang dari seminggu, salah satu filem monster yang paling ikonik dalam sejarah akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Kong: Skull Island dijangka bakal menggegarkan panggung apabila ia bukan sahaja memperlihatkan pertarungan Kong dengan manusia, malah akan memaparkan raksasa-raksasa epik yang sama besar dan kuat. Wow! Mesti cool habis.

Mesti korang semua excited nak tahu raksasa-raksasa lain yang ada dalam filem ni kan. Nak tahu apakah raksasa-raksasa legend yang tak kurang hebat dengan King Kong ni? Jom baca ni guys!

Raja Skull Island, King Kong

9404

Rasanya semua orang kenal dengan gorilla gergasi  ni kan. Tapi korang tahu tak si King Kong ni sebenarnya bersaiz 104 kaki dan seberat 158 tan. Wow! Besar tu. Dalam filem ni, Kong berperanan sebagai pelindung Skull Island dengan menjaga ekosistem pulau itu daripada serangan pemangsa luar.

Yang lagi menarik, sebenarnya Kong nak tuntut bela atas kematian keluarga dia sebelum ini sehingga menjadikan dia satu-satunya spesis yang tinggal kat muka bumi ni. Senang cerita, Kong nak pulau itu aman dari sebarang anasir luar dan dia boleh jadi Raja dekat Skull Island.

Skull Crawlers Si Raksasa Pembunuh

3b2c

Skull Crawlers ni adalah sejenis reptilia gergasi dan mempunyai fizikal seakan-akan dinosaur. Kalau korang nak tahu, Skull Crawlers ni raksasa paling ganas dalam filem Kong: Skull island ni sebab dia akan terus bunuh dan telan sesiapa sahaja yang mengganggunya. Seram weh!

Pakar Menyamar Si Mother Longlegs

7def

Siapa yang takut labah-labah mesti rasa seram sejuk je bila tengok Mother Longlegs ni. Huhuhu. Mother Longlengs ni pulak adalah labah-labah gergasi yang mempunyai ketinggian sehingga 23 kaki! Paling menarik bila ia boleh menyamar menjadi tumbuhan-tumbuhan dalam hutan sebelum menyerang mangsanya dengan sarang labah-labahnya yang sangat kuat dan melekit. Euww! Haha..

Sker Buffalo, Kerbau Gergasi Paling Cool

5db3

Dalam banyak-banyak monster dalam filem ni, si kerbau gergasi ni yang paling tenang dan cool. Tapi, setenang-setenang dia, jangan ingat dia tak power ye! Sker Buffalo ni menggunakan kebolehan dia yang boleh menyelam di dalam air selama beberapa hari sebagai taktik untuk menyamar daripada musuh. Kalau admin lah yang jumpa ni, memang awal-awal dah cabut lari. Haha!

Mire Squid

33ae

Mire Squid ni bukan sotong biasa-biasa tau, tetapi seekor sotong gergasi berwarna merah yang mempunyai 8 tentakel yang sangat panjang dan bahaya! Kesemua tentakelnya adalah sangat kuat dan digunakan untuk menarik musuhnya ke dalam air. Bukan itu je, tapi Mire Squid ni juga akan makan musuhnya menggunakan rahangnya dengan sekelip mata. Scary!

Spore Mantis Menyerang Sepantas Kilat

c37b

“Mentadak mentadu, macam mana Ali tidur?”, masa kecik-kecik dulu bila nampak je mentadak mesti korang akan nyanyi lagu ni kan. Haaa..jangan tak tahu, dalam filem Kong ni, si mentadak ni bukan saiz biasa-biasa tau. Tapi mentadak bersaiz gergasi  iaitu 50 kaki dan setinggi pokok redwood! Fuyoo..besar tu. Spore Mantis ni juga sangat pantas mengejar mangsanya dan dalam sekelip mata boleh menelan mereka menggunakan giginya yang sangat tajam.

Psychovultures, Pemangsa Psycho

d277

Nama Psychovultures adalah gabungan daripada perkataan ‘psycho’ dan ‘vulture’ dimana ia merujuk kepada keadaan makhluk ini yang mempunyai masalah psychopathy kesan daripada tabiatnya yang gemar memakan ikan beracun di perairan Skull Island. Manakala, vulture pula adalah nama spesisnya.  Kesan daripada bahan kimia di dalam badan kelawar gergasi ini seterusnya menjadikan  ia sebagai pemusnah sebarang hidupan dan juga spesisnya sendiri.

Dari mana datangnya inspirasi raksasa epik ni semua?

Menurut pengarah filem ini, Jordan Vogt-Roberts, raksasa-raksasa yang ada dalam filem Kong ni diinspirasikan daripada Siri Anime Miyazaki and Princess Mononoke. Setiap raksasa yang dicipta mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri, di samping memberi effect seram kepada penonton dan dalam masa yang sama membuatkan mereka kagum.

Jom Jumpa Kong 9 Mac ini!

Haa..mesti korang tak sabar nak tunggu filem Kong ni kan. Pendek kata, memang sangat berbaloi kalau korang tengok filem ni sebab bukan sahaja korang boleh tengok Kong, tapi musuh-musuh Kong yang memang legend! So guys, jangan lupa untuk saksikan Kong:Skull Island di pawagam berdekatan korang pada 9 Mac ini ya!

Jom admin belanja trailer Kong: Skull Island. Check it out guys!

 

SKIP THIS AD ×