berita

6 Sebab Korang Nak Ajak Kawan-Kawan Lama Lepak #SajeJe Lepas Lama Tak Jumpa. Rindu Ke Tu?

November 30th, 2016 | by Noraniza
Make-It-Senang

hangg

Makin lama, makin busy jadual kehidupan seharian kita. Tapi, tak bermakna yang kita harus lupa untuk have fun dengan kawan-kawan. Kena la ada social life sikit kan?

Haaa… Kat bawah ni adalah senarai sebab-sebab paling selalu diguna pakai masa roger member-member untuk lepak. Korang yang mana satu?

1. Update perkembangan terbaru, termasuklah gosip-gosip terkini!

group

Siapa cakap perempuan je yang pandai bergosip? Hei, zaman sekarang ni kaum lelaki lagi banyak mulut tau. Kalau tak percaya, cuba korang sekali-sekala stalk kawan-kawan lelaki korang tu bersembang. Mesti ada juga gosip terselit sana-sini. Tapi, cara mereka tu lebih ‘halus’ lah…

2. Pass kad kahwin. LOL!

marrirr

Memanglah boleh invite menerusi laman sosial macam Facebook takpun terus hantar gambar di aplikasi whatsapp. Tapi, feel dia lain lah kan.

Kalau dapat pass kad kahwin kat tangan BFF korang, rasa teruja dia lain macam. Sambil-sambil tu dok cerita lah apa persiapan yang sudah dilakukan menjelang hari bahagia tu.

3. Boleh selfie dan post dalam Instagram.. barulah Igers tegarselfiee

sekffff

Foto selfie adalah antara yang menjadi para igers. Kalau boleh dalam sehari tu mesti nak upload lebih daripada sekali gambar selfie. Tidak ketinggalan, caption mestilah panjang berjela-jela.

Ha.. Korang lah tu kan?

4. Nak bayar hutang lama…haha

money

Member korang mesti terkejut beruk bila tiba-tiba korang hulur duit untuk bayar semula hutang zaman tok kaduk dah tu. Ada tu sampai dah lupa dah yang korang pernah pinjam duit masa tengah sesak tu.

Eh, bila ada member yang terlupa. korang jangan pula ambil kesempatan buat-buat lupa juga hutang tu tau. Hutang hukumnya wajib dibayar ya!

5. Sebab rindu sangat & nak throwback memori dulu-dulu

used-miss-u

Kalau geng-geng perempuan memang tak delah segan nak roger BFF ajak jumpa sebab rindu kan? Tapi, agak pelik juga kalau geng-geng lelaki tiba-tiba whatsapp ‘bro, aku rindu ko, jom jumpa!’. Ada ke pernah dapat member laki camni? Hehe.

6. #SajeJe ajak lepak sambil makan sama-sama. So, nak ke mana ni oi?

sajaje-2

Kalau nak melepak mestilah kena ada port best kan? Yang boleh korang sembang sampai lebam, sambil-sambil tu mestilah nak menikmati makanan yang sedap.

Ha… kalau korang nak tau, geng-geng admin OHBULAN! nak cadangkan satu port melepak best untuk korang. Kitorang pun selalu datang sini tau! Kat mana tu?

Mana lagi kalau bukan di Nando’s!

screen-shot-2016-11-29-at-11-42-54-am

Ramai yang salah faham dan ingatkan Nando’s ini adalah kategori makanan segera. Sebenarnya tak ya! Malah, buat pengetahuan korang, Nando’s merupakan restoran makanan kasual antarabangsa dari Afrika Selatan dan kini sudah memiliki 74 cawangan seluruh Malaysia. Harganya pun memang berbaloi-baloi.

Tak perlu apa-apa sebab untuk lepak makan sama-sama di Nando’s! #SajeJe

screen-shot-2016-11-24-at-4-16-01-pm

Kenapa lepak di Nando’s? Sebab utama mestilah kerana keunikan rasa ayam PERi-PERinya yang memang korang takkan boleh dapat di mana-mana.

Selain itu, suasana Nando’s yang sangat meriah dan dihias cantik seakan-akan berada di rumah sendiri secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan korang lagi tau.

Tak cukup dengan itu, kami yakin promosi Nando’s Platter for 4 yang hanya berharga RM124 untuk 4 orang (RM 31 sahaja seorang) ini memang satu peluang terbaik untuk korang luangkan masa dengan member-member korang. Kata orang lepak #SajeJe sampai kenyang!

Apa menu dalam Nando’s Platter for 4 ni? Ianya terdiri daripada 3 menu lengkap iaitu pembuka selera, menu utama dan pencuci mulut berserta minuman yang amatlah sesuai untuk dikongsi bersama-sama.

Jadi, korang akan dapat sup PERi-PERi, roti bawang putih dan Salad Caesar untuk pembuka selera. Seterusnya, korang akan dihidangkan dengan ayam PERi-PERi dan hidangan sampingan dalam menu utama. Tak cukup dengan tu, korang akan dapat juga pencuci mulut terbaru iaitu PERi-PERi Brownies dan minuman Coca-Cola tanpa had. Fuh, confirm kenyang perut suka hati!

Oh, korang juga boleh memilih sos PERi-PERi ikut selera masing-masing. Contoh sos yang ada ialah Lemon & Herb, Mild, Hot dan Extra Hot. Sosnya memang syok gila dan sedap, ada rasa pedas, ada rasa masam.. Memang terbaik!

Jadi, tunggu apa lagi. Jom ajak kawan-kawan korang untuk lepak #SajeJe di cawangan Nando’s berhampiran. Nak tahu lebih lanjut? Nah, klik terus di laman sesawang Nando’s.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×