berita

7.6 Juta Pelanggan TNB Terima Manfaat. Bantuan Prihatin Elektrik Fokus Golongan Terkesan

June 25th, 2020 | by Asyraf Khalib
Kini Trending

Penularan Covid-19 boleh dikatakan telah menjadi krisis kemanusiaan terbesar dalam sejarah dunia. Pandemik ini ‘memaksa’ seluruh dunia berada di bawah sekatan pergerakan dan lebih ramai menghabiskan masa di rumah berbanding sebelumnya.

Penggunaan elektrik meningkat

Berdasarkan laporan menerusi laman kaji selidik Populus, trend kenaikan bil elektrik dapat dilihat di beberapa negara seperti United Kingdom yang mencatatkan purata peningkatan £32.31 (RM173.17) sebulan.

Penggunaan elektrik pada hari bekerja di New York meningkat sebanyak 7% dan penggunaan pada hujung minggu melonjak 4% selepas perintah duduk di rumah. Trend yang sama turut berlaku di seluruh dunia tanpa mengira status ekonomi termasuk di Australia, Singapura, Indonesia, Thailand, India dan Hawaii.

Malaysia tak terkecuali, sepanjang tempoh PKP kadar penggunaan elektrik sektor kediaman dilaporkan meningkat kepada 20% sehingga 50% susulan rakyat mematuhi arahan PKP untuk kekal berada di rumah.

Faktor ini turut menyumbang kepada bil elektrik tinggi. Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) sebagai inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

Bantuan tambahan, ringankan beban

Bagi korang yang belum tahu, BPE merupakan bantuan tambahan oleh kerajaan dengan kerjasama TNB dan ianya tak sama dengan Diskaun Prihatin yang diumumkan dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) sebelum ini.

Diskaun Prihatin diberikan kepada para pelanggan bermula April sehingga Disember 2020, manakala BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus bagi meringankan beban kenaikan bil yang lebih tinggi sepanjang April hingga Jun 2020.

Elektrik percuma sehingga RM231!

Di bawah BPE, kesemua 7.66 juta pengguna domestik yang mempunyai akaun dengan TNB akan menerima manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan. Ini bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama tau.

Bantuan ini diberikan untuk tempoh tiga bulan pelaksanaan PKP iaitu April, Mei dan Jun 2020 yang membolehkan pengguna menerima manfaat keseluruhan sehingga RM231 bagi tempoh tiga bulan tersebut.

Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik antara 601 – 900 kWj sebulan pula, korang akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga Disember 2020.

Macam mana nak tahu ada diskaun BPE?

Jangan risau, jumlah BPE ni sebenarnya akan dimasukkan sekali gus dalam bil sebenar pada bulan Julai 2020 ya. Tapi kalau korang dah buat bayaran untuk bil bulan April, Mei dan Jun, lebihan bayaran untuk ketiga-tiga bulan tersebut akan dikreditkan dalam bil Julai 2020.

Selain itu, korang juga akan menerima satu Notis Makluman mengenai Bantuan Prihatin Elektrik pada bulan Julai 2020 selepas meter dibaca.

Dalam tempoh tujuh hari berikutnya, pelanggan akan menerima bil bulan Julai 2020 berserta penyata terperinci* Bantuan Prihatin Elektrik tambahan. Bil dan penyata tersebut akan dihantar melalui pos ke premis pelanggan.

Kalau nak lebih mudah, korang boleh dapatkan bil dan penyata tersebut melalui aplikasi atau portal myTNB, 48 jam selepas Notis Makluman diterima.

*Hanya tertakluk sekiranya korang menerima bil sebenar bagi bulan Jun 2020

Ini bantuan lain yang korang patut tahu

Selain BPE, korang juga boleh nikmati beberapa bantuan lain yang ditawarkan TNB kepada pengguna seperti:

• Pelan Bayaran Mudah (PBM) yang diperkenalkan oleh TNB di mana pengguna domestik mempunyai pilihan untuk menjelaskan bayaran bil elektrik tertunggak secara ansuran berdasarkan amaun PBM setiap bulan tanpa sebarang surcaj tambahan sehingga Disember 2020.

• Tiada pemotongan bekalan elektrik sehingga 30 September 2020.

• Tiada caj lewat bayar dikenakan mulai 18 Mac 2020 hingga 30 September 2020.

Kalau korang nak dapatkan lebih info tentang BPE, sila layari laman sesawang TNB di www.tnb.com.my atau e-mel kepada [email protected]. Selain itu, korang juga boleh hubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 atau kunjungi mana-mana Kedai Tenaga yang berhampiran!

SKIP THIS AD ×