berita

7 Aktiviti Indoor Yang Boleh Dilakukan Bersama Keluarga Ketika Musim Jerebu

October 6th, 2015 | by Ash Nordin
Make-It-Senang

5 Aktiviti Indoor Yang Boleh Dilakukan Bersama Keluarga Ketika Musim Jerebu

Mungkin kalau nak beriadah, berkelah atau bercuti buat masa ini kurang sesuai kerana jerebu sekarang sangat tebal dan berada di tahap yang tidak sihat.

Jadi, kalau nak luangkan masa bersama keluarga dan anak-anak pada musim cuti sekolah atau pada hujung minggu pun terhad kerana boleh membahayakan kesihatan kita sekeluarga.

Jangan risau! Korang masih lagi boleh melakukan aktiviti-aktiviti indoor yang boleh dilakukan ketika musim jerebu ini. Tak ada lah mereput terkurung dalam rumah nanti kan?

1. District 21, IOI Mall, Putrajaya

ioi-city-mall-putrajaya-2

Disini merupakan sebuah tempat permainan lasak, yang terletak dalam IOI Mall, Putrajaya. Ada pelbagai aktiviti yang disediakan. Kalau sesiapa yang aktif dan gemar aktiviti lasak. Boleh lah datang ke sini.

IOI City MallDistrict21-1

2. Jumpstreet, Petaling Jaya
JS1

Ia sesuai dengan semua peringkat umur, tak kiralah kanak-kanak, remaja mahu pun dewasa. Banyak trampoline kat sini. Korang boleh lompat setinggi mana korang nak, hilang stress!

Screen Shot 2015-10-06 at 01.15.56JS

3. Laser Warzone, Wangsa Walk

laser warzone 7

Kalau anak-anak atau korang sendiri nak merasa seolah-olah di medan perang boleh lah kesini. Pendek kata, kalau outdoor ada paint ball. Tapi sebab jerebu punya pasal, kita main laser tag. Badan pun tak lah sakit sangat.

lasertag 1

4. Mini Putt, Ara Damansara

DSC_7507

Mini Putt adalah tempat untuk anda merasai bermain golf tapi versi indoor. Jadi, korang boleh merasa bermian golf dengan selamat tanpa perlu sedut asap jerebu tu. Haha!

MiniPuttMiniPutt2

5. Angry Bird Activity Park, Johor Bahru

AngryBirdsActivity

Ada macam-macam permainan ada disini, taman permainan menarik sesuai untuk peringkat umur daripada kanak-kanak hingga lah dewasa yang bertemakan Angry Bird. Ibu bapa pun jangan malu-malu nak masuk sini, ada je permainan untuk orang dewasa di sini.

AngryBird att-c-AngryBirdsGOKartTrack

6. Bowling

bowling bowling2

Mungkin ini agak klise, tapi sekurang-kurangnya ia bermanfaat kepada keluarga pada waktu lapang.

7. Futsal

Futsal

Khas bagi yang suka bersukan, lagi best kalau ajak saudara mara sekali.

Futsal2

Kesimpulannya, jerebu tidak lah membataskan korang luangkan masa bersama keluarga nanti. Kalau ada lagi tempat yang menarik lagi, mungkin korang boleh kongsi kan pada kami?

Apa pun, jangan lupa pakai mask bila nak keluar rumah dan banyak kan minum air okay? Enjoy!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×