berita

7 Alasan Kukuh Kenapa Korang Wajib Pergi K’Seena House, Rumah Tradisional Moden Abad Ini!

October 1st, 2015 | by Ash Nordin
Travelogue

kseena

Mak aihh.. wujud lagi rumah tradisional yang cantik macam ni? Bukan sahaja cantik, malah kalau korang pernah berangan nak adakan majlis resepsi untuk perkahwinan korang yang akan datang juga boleh buat kat sini. Memang unik gila beb!

Kalau korang tak percaya, korang tengok la sendiri foto-foto yang kami dapat ni. Ehemm lepas ni boleh la abam plan awal-awal nak buat kat mana kenduri kahwin abam. Ikut tema Melayu tradisional la pula, macam ramai lagi yang tak buat kan? Huhu..

1) Hanya terletak di Kuang, Selangor

Screen Shot 2015-10-01 at 11.39.35 AM

Haa.. korang tak perlu nak travel jauh-jauh sebab lokasi K’Seena House ni hanya terletak di Kuang, Selangor. Kalau nak drive pun takde la sampai sakit belakang kan. Hehe

2) Mempunyai setting yang thor-baik untuk buat event

Screen Shot 2015-10-01 at 11.45.04 AM

Screen Shot 2015-10-01 at 11.55.18 AM

Rekaan dalaman yang menarik dan luas membuatkan orang ramai boleh datang sini untuk buat beberapa event yang sesuai seperti perjumpaan diskusi, parti dan juga majlis perkahwinan. Cool gila kan?

3) Memang tempat untuk tenangkan fikiran

tenang

Walaupun lokasi ni tidak lah jauh dari Kuala Lumpur, namun suasana dan ketenangan di sini sudah cukup untuk buat para pengunjung relaks dan nikmati udara segar di sini.

4) Hiasan dalaman rumah yang sangat vintage

hiasan

Screen Shot 2015-10-01 at 11.32.18 AM

Apa pendapat korang tentang hiasan dalam K’Seena House ni? Vintage gila kan? Sejuk je mata memandang bila hiasan rumah kita macam ni. Hehe

5) Sediakan servis & kemudahan untuk majlis perkahwinan

Screen Shot 2015-10-01 at 12.04.15 PM

Screen Shot 2015-10-01 at 12.04.40 PM

Screen Shot 2015-10-01 at 12.05.15 PM

K’Seena House juga memang jadi lokasi untuk majlis perkahwinan disebabkan tempatnya yang luas dan agak private. Korang tengok la sendiri gambar-gambar di atas ni.

6) Jadi tumpuan tempat untuk shooting

shooting

Untuk pengetahuan korang juga, lokasi ni jadi tumpuan penggiat seni di luar sana untuk bikin filem atau drama di sini.

7) Siap ada private chef lagi beb!

Screen Shot 2015-10-01 at 12.11.45 PM

Fuhhh.. siap ada private chef lagi tau! Memang power habis beb! Jadi kalau korang nak rasai pengalaman bercuti di sini, apa lagi? Call dan book cepat! Alamat seperti tertera di bawah.

Alamat: Lot 3035, Lorong Teratai, Kampung Gombak, 48050 Kuang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Call/Whatsapp: 012-6147554

Sumber: Website K’Seena House

The following two tabs change content below.

×