Pokémon fans, dah ready ke nak serbu 7-Eleven untuk koleksi merchandise Pokémon yang terbaru? Kalau korang dah excited dengan koleksi Januari hari tu, kali ni ada lagi banyak barangan eksklusif yang boleh korang kumpul.
Nak tahu apa lagi yang best kali ni? Jom tengok!
Pokémon PWP – Koleksi merchandise eksklusif dengan harga bermula RM10!
Kalau korang nak tahu, ada pelbagai merchandise eksklusif Pokémon yang menarik korang boleh dapat tau!
Dari beg pelbagai gaya sampailah ke fridge magnet dan enamel pin yang comel gila, semuanya korang dapatkan pada harga PWP tanpa had minimum pembelian. Fuhh! Confirm buat kolektor Pokémon tak senang duduk ni!
Pilih je mana-mana yang korang nak, tapi kena cepat sebab stok memang terhad!
Pokémon fresh food! Ini antara menu baru eksklusif di 7CAFé!
Lapar lepas penat ‘catch ‘em all’ di 7-Eleven? Jangan risau, korang boleh recharge tenaga dengan menu eksklusif yang datang dalam packaging bertemakan Pokémon di 7-Eleven CAFé!
Lagi best, semua pilihan makanan ni boleh jadi ‘power-up’ untuk korang teruskan misi mengumpul barangan Pokémon, dan yang paling menarik, harga bermula serendah RM2.90 je! Jom tengok apa yang ada:
- Spicy Beef and Cheese Sandwich – Setiap gigitan ada rasa kick pedas yang mantap, macam serangan Vine Whip dari Bulbasaur!
- Smoked Salmon Cream Cheese Sandwich – Rasa roti yang gebu dan keju lemak berkrim serta ada sedikit hint salai yang memang padu macam serangan Hydro Pump!
- Smoked Cheese Mayo Shrimp Sandwich – Gabungan udang yang juicy dengan keju salai yang umph, sekali rasa memang teruja!
- Chicken Teriyaki and Cheese Sandwich – Kombinasi rasa savory teriyaki dengan keju yang leleh, confirm buat korang rasa puas, macam perasaan bila dapat rebut Pokémon favorite korang!
- Orangey Peel Soft Serve – Rasa sejuk, masam manis yang tropikal, confirm buat korang teringat pengembaraan Ash kat Orange Archipelago!
Gabungan sedap dan rare ni, korang memang wajib try!
Bukan tu je, korang boleh dapatkan Colour Changing Cup Pokémon secara PERCUMA!
Nak sesuatu yang lebih rare? Korang kumpul je 15 e-Stamp dengan My7E, dan satu cup edisi misteri boleh jadi milik korang!
- 1 e-Stamp = Setiap pembelian RM10, lagi banyak korang shopping, lagi cepat boleh claim!
- Ada 6 warna & karakter misteri: Pikachu, Eevee, Piplup, Squirtle, Charmander & Bulbasaur.
Jangan terlepas! Promo tamat 2 Mac 2025 atau selagi stok masih ada!
Jadi, tunggu apa lagi? Cepat-cepat serbu 7-Eleven sekarang untuk ‘catch ‘em all’ sebelum stok habis!
Bukan sekadar merchandise, korang juga boleh explore 7 Eleven dengan dekorasi bertemakan Pokémon, sesi berpakaian dan peluang bergambar serta pengalaman lebih epik! Antaranya:
- Bandar Puteri Puchong, Selangor
- Mercu 2, Kuala Lumpur
- Teluk Kumbar Bayan Lepas, Penang
- Losong, Terengganu
- Taman Jaya, Pahang
- Taman Sri Telok Mas, Melaka
- Pekan Changloon, Kedah
- Kompleks Arau, Perlis
- Boulevard Midvalley, Kuala Lumpur
- Bandar Bendara Tumpat, Kelantan
- Desaru Utama 2, Johor
- Pilah Perdana, Negeri Sembilan
- Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur
View this post on Instagram
Nak tahu lokasi 7-Eleven paling dekat? Klik je SINI!