Terkenal sebagai kedai barangan serbaneka, 7-Eleven dah step up game perniagaan diorang di Malaysia.
Jika dulu, kita cuma ada 7-Eleven sekarang kita juga dah ada 7CAFé yang menyediakan pelbagai pilihan makanan ready to eat yang segar dan sedap-sedap belaka dan dikeluarkan oleh pengeluar tempatan juga tau!
Rugi kalau korang tak cuba especially sandwich baharu keluaran mereka.
7-Eleven Malaysia pakat dengan pengeluar & pembekal tempatan dapatkan bahan segar untuk sandwich & produk makanan lain mereka!
Menyokong pengeluar bahan mentah tempatan 7-Eleven Malaysia, mendapatkan pelbagai bekalan bahan mentah seperti beras, sayur-sayuran, ayam, itik, herba, rempah ratus, barangan bakeri dan bahan-bahan pembungkusan daripada pembekal tempatan.
Hal ini membolehkan 7-Eleven Malaysia mengekalkan standard kualiti produk yang ketat dan membangunkan produk baharu yang inovatif bersama pengeluar tempatan.
Melalui inisiatif ini, 7-Eleven bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan tetapi dapat mengurangkan pelepasan karbon yang berkaitan dengan pengangkutan, mewujudkan peluang pekerjaan dan memupuk semangat kemasyarakatan.
Kerjasama antara 7-Eleven Malaysia dan pengeluar tempatannya ini akan berlanjutan sehingga 15 tahun dan ini adalah sebahagian daripada Program Penambahbaikan Berterusan mereka.
Walau bagaimanapun, sesi maklum balas tetap akan dijalankan bersama pembekal untuk mengekalkan kualiti produk.
7-Eleven Malaysia membayangkan kerjasama ini dapat memenuhi permintaan jualan yang semakin berkembang pesat, di mana jumlah pelanggan dijangka meningkat.
Jom tengok apa sandwich baharu keluaran 7-Eleven! Memang menepati citarasa rakyat Malaysia.
Jika korang bosan dan kecewa dengan sandwich yang ditawarkan di pasaran kerana isi dan rasanya yang hambar, min ada berita baik yang nak dikongsikan.
Sekarang 7-Eleven Malaysia menyediakan pelbagai pilihan makan yang sedap-sedap belaka. Oleh itu jangan lepaskan untuk singgah di 7CAFé, kafe 7-Eleven milik mereka sendiri.
Sandwich ini dihasilkan dengan menggunakan roti putih gebu tanpa kerak yang diperbuat daripada tepung premium.
Selain itu, setiap sandwich didatangkan dalam pek pembungkusan lembut yang mudah untuk dibuka bagi memudahkan korang menikmati sandwich mereka dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Berikut adalah beberapa perisa sandwich baharu:
1. Sandwich Egg Mayo
Roti sandwich 7-Eleven ni memang lembut tapi langsung tak soggy! Mungkin sebab guna roti putih Jepun. Min tak pasti tentang tu, tapi roti dia sumpah gebu-gebas giler.
Gabungan roti putih Jepun, mayonis dan telur memang kena dengan tekak.
Tambahan pula, sandwich ni tak menggunakan bahan perasa yang berlebihan. Diorang cuma guna garam dan serbuk lada putih sahaja. Jadi, rasa tu just nice.
Budak-budak nak makan pun boleh sebab tak pedas.
2. Sandwich Tuna Mayo
Selain Egg mayo, korang boleh juga cuba sandwich Tuna Mayo diorang. Ini pun sangat-sangat recommended sebab rasa creamy dengan isi tuna tu seimbang.
Menariknya, sandwich Tuna Mayo ni dia ada sikit tekstur rangup. Rasanya sebab filling Tuna Mayo ni ada bawang Holland. Ini pun berbaloi untuk korang cuba.
3. Sandwich Spicy Tuna Mayo
Seterusnya kita ada sandwich Spicy Tuna Mayo. Menu ni sesuai untuk korang yang suka makanan dengan sedikit rasa pedas. Pedas dia level biasa je, rasanya kanak-kanak usia 9-10 tahun pun boleh makan.
Rasa hampir sama macam Tuna Mayo cuma dia ada sentuhan rasa daripada chili flakes dan serbuk paprika. Overall… min suka.
4. Sandwich Lime Spicy Sardine
Inilah juaranya… untuk tekak min ye. Kena letak disclaimer. Bahaya… korang ni bukan boleh, ada je nak kecam nanti.
Min suka sandwich Lime Spicy Sardine. Cukup rasa masam, pedas dan dia takde mayonis.
Memang rasa ikan sardin tu korang dapat 100%. Filling untuk sandwich ni istimewa sebab ada cili padi dan bawang merah. Memang terasa pedas cili dan tangy bawang tu.
Yang pastinya semua sandwich 7-Eleven ni sedap! Min suka sebab takde timun dan keju. So, sandwich tak berair dan boleh tahan lebih lama selain rasa asli filling tu dapat dikekalkan sebab tiada penggunaan keju.
Sandwich 7CAFé: 7-Eleven Malaysia komited dalam usaha menjaga kualiti produk mereka!
Komited untuk menjaga kualiti produk mereka, 7-Eleven Malaysia memberikan komitmen sepenuhnya kepada cara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan.
Dihasilkan menggunakan sayuran segar dan bahan-bahan mentah berkualiti tinggi, 7 Eleven Malaysia mengekalkan kualiti bahan yang diterima dengan menyimpannya di dalam bilik khas secara berasingan pada suhu di antara 0°C hingga 3°C bagi mengekalkan kesegarannya.
Ini turut membantu menjaga kualiti bahan-bahan yang digunakan agar pencemaran silang di antara bahan-bahan yang digunakan tidak berlaku.
Bukan itu je, sandwich yang korang nampak dekat 7 Eleven Malaysia tu adalah sandwich segar. Diorang tak simpan stok tau. Cukup je timing, kalau tak habis pun, diorang akan ganti dengan yang baru.
Oleh itu, jom kita support usaha 7-Eleven Malaysia dengan membuat pembelian sandwich baharu yang mereka sediakan.
Dapatkan sandwich dan produk makanan lain di lebih 700 cawangan 7 Eleven & 7CAFé di seluruh semenangjung Malaysia.
Sokong 7-Eleven, bermakna kita turut menyokong pengeluar & pembekal tempatan kita!
Layari https://7cafe.7eleven.com.my/ untuk maklumat lanjut berkaitan sebarang hebahan terkini 7-Eleven Malaysia!