Dalam bilik air selfie, dalam kereta selfie, tengah makan pun selfie. Lepas selfie banyak-banyak, terus upload dalam Instagram sambil tunggu berapa banyak ‘love’ yang diperolehi. Malah, kami rasa skill ber’selfie‘ ini harus disertakan dalam resume. Baru lah ada class!
Tapi, sebenarnya ada langkah-langkah penting yang korang wajib ikut kalau nak bergelar minah dan mat selfie paling legend yang memperolehi beribu-ribu followers. Bukan main tangkap muat je masa upload gambar tu. Nah, try 7 langkah ni!
Langkah 1: Kamera mesti ada umph!
Hello! Asas untuk memiliki selfie yang super cun adalah phone kamera! Jadi, korang boleh sentiasa bersiap sedia menghasilkan selfie disetiap masa di mana jua. Tapi, korang kena juga make sure yang phone korang tu mempunyai kapasiti yang mantap untuk menampung selfie berlambak tu!
Langkah 2: Kenalah pandai main angle sikit…
Walau seinci angle diubah, ianya akan memberi impak kepada hasil selfie korang. Angle boleh jadi magik dengan menampakkan korang berwajah runcing, tembam, ataupun mungkin juga berwajah pelik.
Oh ya, korang juga kena berjaga-jaga dengan background selfie, jangan pulak kantoi bilik bersepah-sepah atau mungkin ada member yang buat photobomb. Spoil betul!
Langkah 3: Pencahayaan yang mampu men’jelita’kan @ me’macho’kan korang!
Sebenarnya pencahayaan semulajadi sebenarnya adalah sumber penting untuk menampakkan kulit korang menjadi kononnya gebu dan mulus tu. Biasanya korang boleh dapat selfie dengan lighting yang cantik bila berada dalam kereta. Siap boleh guna cermin pandang belakang untuk bantu mendapatkan selfie paling jelita atau macho.
Awas: Selfie dalam kereta adalah bahaya. Eksiden padan muka. Haha. Kecuali korang tengah berhentilah kan.
Langkah 4: Lokasi yang rare. Lagi rare, lagi bagus!
Selalunya restoran hipster dengan background yang cool jadi pilihan. Tapi, sekarang ni musim mamat dan minah kaki selfie ni sanggup mendaki gunung-ganang demi mendapatkan selfie yang terbaik. Barulah dikatakan komitmen penuh terhadap kerjaya selfie. Ko hado?
Ehem.. Bagi kaki-kaki gym tu, mesti lah nak selfie jugak lepas mengeluarkan peluh kan?
Langkah 5: Buat selfie sebanyak boleh
Lagi banyak lagi bagus. Biarlah orang nak kata korang gila ke, tak siuman ke, yang penting para followers akan memperolehi selfie terbaik daripada korang. Gambar yang hodoh dan jelek adalah dilarang sekali ya! Haha.. Kalau ada member yang tag, sila cepat-cepat untagged untuk menjaga ‘saham’ media sosial korang.
Langkah 6: Berpada-pada bila guna filter tu ye…
Korang pernah tengok tak sesetengah orang guna filter kaw-kaw sampai hilang hidung? Jadi, sila jangan melampau guna filter tu ya. Diulngi sekali lagi, jangan melampau ya! Nanti lagi nampak aneh macam alien. Hahaha.
Langkah 7: Guna Hashtag yang tepat dan mantap
Ko ingat ko retis?? Senang-senang je orang nak follow dan likes tanpa hashtag. Gunakan kreativiti untuk reka hashtag yang menarik, mantap dan menusuk jiwa.
Awas lagi: Kami tidak bertanggungjawab jika anda dikecam oleh followers bila guna hashtag deep ! Hehe.
‘Selfie‘lah puas-puas dengan SAMSUNG GALAXY A Series 2016!
Cantik, elegan dengan rekabentuk metal glass dan amat sesuai dengan kaki-kaki selfie macam korang yang mendambakan likes daripada followers tu. Ye. Memang kami nak korang hasilkan selfie terbaik supaya followers korang tak memberi kecaman dan kritikan hebat untuk selfie yang ‘tak de class’.
Untuk pengetahuan korang, SAMSUNG GALAXY A Series 2016 ini dicipta untuk pengguna media sosial tegar macam korang, dilengkapi dengan 48gb ruang storage. Memang muatlah untuk meletakkan selfie korang yang beribu-ribu tu.
Malah, ianya juga didatangkan dengan Optical Image Stabilization (OIS) yang mampu membuatkan gambar korang lebih sharp! Apa lagi lebihnya SAMSUNG GALAXY A Series 2016 ni? Ha.. klik je di laman sesawang ini!
Well, sekarang ni adalah peluang keemasan untuk korang memperolehi diskaun sebanyak RM 200 untuk Samsung Galaxy A3, A5 dan A7 2016 dengan Galaxy Life! Ha.. apa tunggu lagi, download Samsung Galaxy Life sekarang!!