berita

7 Lokasi Popular Beli Baju Raya Sekitar KL & Selangor Untuk Korang Yang ‘Last Minute’

May 29th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Siapa sangka pejam celik pejam celik ,kurang dari 10 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya. Rasa macam baru semalam kita berpuasa kan? Pasti ada dalam kalangan korang yang masih belum berpeluang membeli belah baju raya untuk tahun ini. Al maklumlah, mungkin korang sibuk bekerja.

Buat korang yang belum sempat shopping baju raya, korang tak perlu risau. Kali ini kami nak kongsikan 7 lokasi popular beli baju raya di sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor. Sampai malam raya pun korang boleh cari!

1. Jalan Raja (Dataran Merdeka)

Jalan Raja, merupakan lokasi baru dan utama buat korang untuk membeli belah. Lokasinya yang strategik di tengah-tengah ibu kota, memang mudah buat korang yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur mahupun Selangor untuk shopping raya di situ.

Pelbagai jenis pakaian dijual di sana tidak kira pakaian buat kaum lelaki, wanita mahupun kanak-kanak. Bukan itu sahaja, korang juga boleh mendapat kelengkapan raya yang lain misalnya, kuih raya mahupun bahan dekorasi rumah di kawasan tersebut. Harga pun murah-murah. Pelancong luar negara juga turut suka membeli belah dan berjalan di Jalan Raja tersebut.

2. Jalan Masjid India

Selain Jalan TAR, Jalan Masjid India juga merupakan salah satu lokasi popular buat korang yang masih tercari-cari baju raya. Kalau korang rasa suasana Jalan TAR agak padat, korang boleh jalan kaki sedikit untuk sampai ke lokasi ini. Jarak antara dua jalan ini sangatlah dekat. Sampai tengah malam pun boleh shopping lagi.

3. Bangi Sentral

Bangi Sentral turut menjadi tumpuan para pembeli ketika musim perayaan. Di Bangi Sentral, pasti korang akan rambang mata kerana di situ terdapat pelbagai jenis kedai dan butik pakaian. Korang boleh dapat pelbagai jenis fashion terbaru serta harga yang berpatutan.

4. PKNS Shah Alam

Buat warga Selangor terutama yang tinggal di Shah Alam, PKNS merupakan lokasi popular membeli belah. Selain kawasannya mudah untuk parking dan selesa, korang boleh mendapatkan pelbagai jenis pakaian dan aksesori yang cantik dan murah untuk memeriahkan suasana ketika menyambut Hari Raya nanti.

5. Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Plaza Alam Sentral yang terletak bersebelahan PKNS Shah Alam, merupakan lokasi yang turut menyediakan pelbagai jenis kedai mahupun butik untuk korang memilih baju raya. Bangunan yang mempunyai lebih dari 5 tingkat ini semestinya dapat memenuhi kehendak korang untuk mencari baju raya pilihan serta kelengkapan raya yang lain.

6. Seksyen 7, Shah Alam

Seksyen 7, Shah Alam, merupakan lokasi yang paling popular dan menjadi pilihan ramai termasuk para pelajar yang tinggal berhampiran kawasan itu. Lebih dari 30 jenis kedai dan butik pakaian yang ternama boleh korang singgah dan dapati di lokasi tersebut. Soal harga, korang boleh dapatkan dari harga yang murah sehinggalah yang paling mahal! Kalau korang datang pada hujung minggu, kawasan tersebut agak padat.

7. Bazar Ramadan Jalan Taiping, Klang

Korang yang tinggal di Klang, Bazar Ramadan Jalan Taiping merupakan lokasi yang paling meriah untuk korang shopping baju raya. Harga dekat bazar tersebut sangat murah dan berpatutan. Selain membeli belah, korang boleh menjamu selera serta melayan sesi karaoke yang dianjurkan oleh pihak penganjur bazar tersebut. Senang cerita, korang boleh santai sambil membeli belah. Sampai lewat malam pun masih dibuka.

So, apa yang korang tunggu lagi! Selamat membeli belah!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×