berita

7 Nasi lemak Paling Sedap Di Malaysia!

December 17th, 2020 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Bila sebut je pasal nasi lemak mesti ramai yang dah ada tempat kegemaran masing-masing untuk nikmati hidangan ni kan? Tapi sebagai pencinta nasi lemak sejati, korang kena explore banyak lagi nasi lemak lain tau. Barulah dapat rasai kelainan hidangan kegemaran korang dekat tempat yang berbeza.

Jom kami kongsikan beberapa tempat best untuk korang nikmati nasi lemak!

 1. Nasi lemak Wanjo, Kg Baru

Kredit foto : Facebook Nasi Lemak Wanjo

Nasi lemak Wanjo yang terletak di Kampung Baru ini boleh dikatakan popular dalam kalangan pencinta nasi lemak. Kalau korang tak pernah ke sini, korang dah terlepas salah satu nasi lemak paling sedap yang ada dekat KL tau!

Sambal nasi lemak dekat sini tidak terlalu pedas, tapi cukup rasa. Makan pula dengan bergedil dan pilihan lauk yang lain, memang mantap! Waktu operasi mereka bermula dari awal pagi sehinggalah larut malam.

Ruangan makan yang disediakan juga agak luas. Tak adalah korang kena menunggu lama untuk mendapatkan tempat duduk di sini.

2. Nasi lemak CT Garden, Kg Baru

Kredit foto – motormouth from Ipoh

Kampung Baru memang syurga makanan! Kedai nasi lemak je ada beberapa pilihan dekat sini. Tapi, antara yang korang wajib cuba adalah Nasi Lemak CT Garden. Lokasinya betul-betul berhadapan dengan Sekolah Kampung Baru dan berhampiran Kelab Sultan Sulaiman.

Istimewanya Nasi Lemak CT Garden terletak pada seleksi lauk yang bakal buat korang rambang mata! Ada macam-macam jenis sambal dan lauk-pauk sebagai pelengkap nasi lemak korang. Wajib cuba sambal telur buruk puyuh mereka okay!

3. Nasi lemak Village Park, Petaling Jaya

Kredit foto: Facebook Village Park Restaurant

Hidangan nasi lemak dekat sini bukan je popular dalam kalangan rakyat Malaysia, malah pelancong dari luar negara pun selalu ke sini untuk rasai sendiri keenakkan nasi lemak yang dihidangkan bersama ayam goreng berempah.

Village Park juga menyediakan hidangan lain seperti mi kari, soto, lontong, mi rebus dan macam-macam lagi. Apa yang pasti semuanya memang sedap!

4. Nasi Lemak Saleha, Sri Rampai

Kredit foto : Instagram @nasilemaksaleha

Nasi lemak Saleha terletak di Jalan Sri Rejang 2, Taman Sri Rampai. Kalau ke sini, korang wajib cuba rendang ayam mereka. Nasi lemak dipadankan pula dengan rendang ayam, padu guys!

Selain nasi lemak, korang juga boleh pilih hidangan lain seperti pulut kuning, ketupat dan nasi ayam. Waktu operasi nasi lemak Saleha bermula dari jam 7 pagi sehingga 10 malam.

5. Nasi Lemak Ali, Pulau Pinang

Kredit foto: RoadTrippers.asia

Untuk korang yang ada perancangan nak rentas negeri, apa kata cuba nasi lemak daun pisang di Sri Weld Food Court, Georgetown, Pulau Pinang. Haa jangan ingat Pulau Pinang hanya ada nasi kandar je ye!

Nasi lemak ni pun salah satu hidangan mesti cuba di sana tau! Nasi lemak Ali di jual dengan harga RM2 setiap satu dan disediakan dengan beberapa jenis pilihan lauk seperti sotong, ikan, udang serta ikan masin. Saranan kami bila ke sini beli lebih sikit nasi lemak tu sebab dah makan satu korang mesti nak lagi!

6. Nasi Lemak Wak Kentut, Johor

Kredit foto: Findbulous Travel

Orang Kulai mesti dah biasa dengar nama Wak kentut, kedai nasi lemak yang dah beroperasi lebih dari 30 tahun! Kunci kejayaan kedai ni terletak pada sambal dan ayam gorengnya yang berjaya menambat hati ramai pencinta nasi lemak.

Kalau korang nak ke sini mudah je, ianya terletak di jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar. Atau pun korang boleh waze je Nasi lemak Wak Kentut.

7. Nasi Atuk KFC!

KFC tampil memperkenalkan hidangan terbaru Nasi Atuk KFC yang menggabungkan dua makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu ayam goreng KFC dan nasi! Istimewanya korang boleh pilih sama ada mahukan nasi lemak ataupun nasi signature KFC iaitu colonel rice!

Menu terbaru dari KFC ni memang sesuai dengan selera orang Malaysia yang sentiasa nak makan makanan pedas. Kalau tak pedas tu mulalah rasa macam tak puas je makan, betul tak? Haa inilah dia menu yang dijamin paling kena dengan selera korang. Ia didatangkan lengkap dengan sambal, timun, kacang dan telur rebus.

Nasi Atuk KFC boleh mula didapati di semua cawangan KFC pada 17 Disember. Kalau korang dalam keadaan rushing dan tak ada masa untuk beratur, apa kata korang cuba kaedah ‘self collect’  yang ditawarkan KFCCaranya muda je, korang hanya perlu membuat pesanan di sini, kemudian ikuti langkah seterusnya untuk pembayaran dan pilihan cawangan KFC yang berhampiran untuk mengambil pesanan.

KFC Nasi Atuk juga boleh dipesan melalui khidmat penghantaran KFC, GrabFood dan Foodpanda! Yes! Semudah itu, semuanya kini di hujung jari guys! Jadi, tak ada alasan lagi kenapa korang tak boleh try Nasi Atuk KFC! Jom buat pesanan sekarang!

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang promosi dan produk baru yang ditawarkan KFC, silakan lawati Facebook rasmi mereka atau laman web rasmi KFC.

SKIP THIS AD ×