(gambar hiasan)
Tahu tak yang sebenarnya bila sahaja seorang wanita itu berkahwin dan ada anak, berkemungkinan besar 7 perkara ini akan bertukar secara drastik dalam kehidupan seharian mereka.
Tak caya? Cuba bandingkan dengan diri korang. Hehe.
1. Kurang waktu ‘melepak’ dengan kawan
Kalau dulu, asal member roger je, mesti on dan melepak kedai mamak sampai tak ingat nak balik. Ada je cerita nak share, padahal jumpa hari-hari. Tapi sekarang, masa lepak dengan kawan itu diganti dengan aktiviti melayan anak-anak dan suami.
2. Dulu badan solid, sekarang….
Dulu badan macam kerengga. Sekarang badan persis tong drum. Kenyataan yang menyakitkan hati & mata sendiri. Hehe.
3. Shopping makeup vs shopping barang dapur
Shopping barangan makeup bukanlah satu keutamaan sekarang. Kalau dulu tiap bulan ada koleksi lipstik baru, tapi sekarang ni berbeza bila tiap minggu pergi ke Tesco beli barang dapur.
4. Tiada lagi istilah fashionista
Macam mana nak jadi fashionista bila baju sendiri pun dah lama tak beli. Kalau keluar pun baju glamour penuh muak anak dan sebagainya. Dulu pakai high heels, sekarang selipar paling selesa.
5. Travel backpacking? Lupakan sahaja
Zaman bujang tu bolehla nak buat ‘pack & go’. Tapi bila dah berkeluarga, mesti fikir keselesaan semua. Mesti nak pilih hotel yang menyediakan kemudahan lengkap. Lagi-lagi ada anak kecil. Botol susu, pampers, ubat-ubatan… Fuh! Satu hari packing.
6. Late night movie? No more…
Jangankan cakap nak ‘late night movie’, tapi nak tengok wayang pun susah. Kena export anak-anak kecil ke rumah mak atau mak mertua dulu. Itupun hati gelisah je ingat anak-anak. Betul tak?
7. Selfie kurang, gambar anak yang lebih
Anak tidur, anak merangkak, anak tumbuh gigi, anak nyanyi, anak makan… Semua diupload di Instagram menggantikan gambar selfie korang dengan mulut itik tu. Sampaikan gambar laki pun dah kurang. Hehe.