Bila korang sedih, happy, teruja, ada berita gembira atau berita tergempar, siapa yang korang akan bagitahu dulu? Mesti ada yang jawab keluarga, suami, atau orang yang rapat gila dengan kita iaitu best friend forever (BFF). Betul tak?
Serapat-rapat kita dengan ahli keluarga, mesti ada setengah benda yang kita tak boleh atau tak selesa nak share dengan diorang kan. Haa..masa nilah korang perlukan BFF!
Kami confirm, setiap orang mesti akan ada BFF yang memang dah dianggap macam kembar kita. Luar dalam semua dia tahu! Kat sini, kami ada senaraikan 7 sebab kenapa kita perlukan BFF!
Korang buat macam ni tak dengan BFF korang?
Gosip, gosip, gosip!
Memang rugilah kalau kita ada berita hangat tapi tak dikongsikan. Hehe!
Contohnya, crush yang dulu reject kita tu tak jadi kahwin ke, ex boyfriend tiba-tiba nak get back ke, crush masa darjah 5 kirim salam ke. Siapa lagi nak bergosip dengan kita kalau bukan BFF kan.
Yelah, BFF ni dah tentu satu kepala dengan kita, so, memang bestlah kalau bergosip ataupun mengumpat! Eleh, tipulah kalau korang tak pernah buat benda ni dengan BFF korang!
Tadah telinga untuk dengar luahan perasaan kita..
Selalu siapa yang jadi mangsa untuk dengar luahan perasaan korang. Mesti BFF kan? Dioranglah yang tadah telinga bila dengar kita cerita pasal pakwe atau makwe yang curang, diorang jugaklah yang pinjamkan bahu dan hulur tisu bila kita menangis sebab heartbroken.
Dengan BFF ni jelah yang kita boleh luahkan segala benda dan nangis sampai keluar hingus sebab diorang je yang faham. Lepas cerita je, confirm lega sebab dapat luahkan kat someone yang kita percaya, betul-betul faham dan tak judge kita.
Tapi, lepastu, tahan jela telinga untuk dengar nasihat ataupun bebelan bercampur makian kat kita yang degil taknak move on ni!
Cantik sama-sama..#letscantik. LOL!
Siapa ada BFF yang kalau dia beli sesuatu yang best, mesti dia akan share kat kita jugak? Macam BFF admin, kalau dia beli kosmetik ataupun makan kat tempat yang sedap, mesti dia akan bersungguh-sungguh suruh admin untuk cuba jugak!
Senang cerita, biar cantik dan gemuk sama-sama. Hehe! Tapi, yang tak syok tu bila dia makan banyak mana pun badan dia tetap maintain tapi, kita ni yang macam kena pam. Cis!
Geng usya pakwe handsome / awek cun!
Aktiviti ni admin rasa ramai yang pernah buat masa zaman hingusan kat sekolah dulu. Haha! Siap berebut nak duduk tepi tingkap sebab nak tunggu abang senior yang paling hot kat sekolah lalu.
Setiap kali diorang lalu, mula la time tu nak betulkan tudung la, cover ayu, lepas tu berangan sambil gaduh dengan BFF, “Eh, dia pandang aku lah”, yang si BFF, “Perasan! Dia pandang aku bukan kau!”. Padahal, dia pandang cikgu praktikal cun yang tengah mengajar kat depan tu. LOL!
Kalau yang lelaki pulak, sibuk nak tackle adik-adik Form 1 yang cun. BFF masing-masinglah yang jadi mangsa! Kena jadi posmen untuk kirim salam lah, pass surat cinta lah, sampaikan pesan nak balik sama-samalah.
Mengaku jelah. Korang pun macam ni dulu kan kat sekolah? Hehe..
ATM machine bila kita sesak
Pernah tak, korang tengah keluar shopping or makan-makan ke, bila nak bayar, bukak beg duit, “Alamak! Tak cucuk duit lagi!”. Ataupun, nak beli something tapi gaji lambat masuk!
Apa lagi, BFF to the rescue! Since BFF ni pun kita dah anggap macam darah daging sendiri, mestilah diorang pun percayakan kita dan tanpa ragu-ragu tolong dahulukan duit diorang. Tapi, jangan lupa bayar tau, walaupun BFF, hutang tetap kena bayar!
Teman lepak mamak sambil tengok bola..
Haa..situasi kat atas ni memang sinonim dengan kaum lelaki. Bila time ada game bola, mesti restoran mamak tu penuh dan happening gila! Nak-nak bila pasukan favourite diorang ada match malam tu. Yelah, time ni nak berkumpul dengan member-member tak kisah lah sama ada bujang ke ataupun dah kahwin.
Kalau tengok bola dengan BFF ni, feel dia lain macam. Lagi-lagi kalau BFF korang pun sokong pasukan yang sama!
Teman mengopi di McCafé!
Dah selalu sangat mengopi kat restoran mamak tu, apa kata sekali sekala tukar angin, ajak diorang pergi McCafé pulak. Kopi McCafé pun tak kurang hebatnya tau!
McCafé menghidangkan kopi espresso berkualiti tinggi serendah RM5.00! Diperbuat daripada 100% Biji Kopi Arabica, memang setiap hirupan penuh dengan kenikmatan!
Nikmatilah kopi-kopi kegemaran ramai seperti espresso, Latte, Cappuccino, Ice Blended Mocha dan pelbagai minuman sejuk yang disediakan oleh barista McCafé yang terlatih dalam suasana mesra, untuk semua!
Jom ke McCafé?