berita

7 Selebriti Dikompaun Didakwa Langgar SOP Di Majlis Berbuka Puasa

June 22nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, viral beberapa foto menunjukkan beberapa artis didakwa melanggar SOP kerana tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka ketika hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel di ibu negara.

Artikel berkaitan: ‘Pandai Berak, Pandai Cuci’ – Dakwa Instafamous Tak Beri Kerjasama, Caprice Bakal Saman

Artikel berkaitan: Dah Bekerjasama Dengan Polis, Influencer Nafi ‘Ajak’ Artis Bergambar Di Luar Dewan

Terbaharu, memetik laporan Harian Metro, seramai tujuh selebriti dan penganjur telah dikenakan kompaun berjumlah RM19,000 kerana didakwa melanggar SOP pada 29 April lalu.

Dikenakan kompaun setiap orang

Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan tindakan tersebut diambil selepas mendapati mereka melanggar SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada penganjuran majlis berbuka puasa.

Kesemua tujuh selebriti yang terlibat telah dikompaun sebanyak RM1,500 seorang manakala penganjur majlis tersebut dikompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka sepanjang majlis berkenaan berlangsung.

Kertas siasatan kes berkenaan dikembalikan dari pejabat Peguam Negara, Putrajaya dengan keputusan enam individu iaitu Nurin Afiqah Zulkifli, Nur Heliza Helmi, Nur Hazwani Helmi, Ahmad Faizal Yaakob, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dan Siti Nur Iman Alysaa Sahabuddin dikompaun RM1,500 setiap seorang.

Kompaun itu dikenakan terhadap mereka selepas didapati gagal memakai pelitup muka semasa berada di hotel berkenaan untuk majlis terbabit.

Semua individu yang terbabit dikompaun, semalam, dengan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan sebanyak RM19,000. Orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memerangi wabak Covid-19.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×