berita

7 Soalan ‘Cepu Cemas’ Lagi Annoying Musim Raya, No 5 Paling Makan Dalam

May 29th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Hari Raya hampir tiba. Mesti ramai yang tak sabar untuk pulang ke kampung halaman. Sudah dapat dibayangkan kemeriahan beraya bersama keluarga tersayang. Paling seronok apabila dapat berkumpul dengan sanak saudara jauh dan dekat. Banyak benda nak catch up ni!

Kami pasti banyak yang nak dibualkan dan macam biasa la soalan wajib makcik pakcik sepupu sepapat setiap tahun mesti ada punya lah. Ini antara beberapa soalan cepu cemas paling popular.

Bila nak kahwin?

Sekadar gambar hiasan

Selagi tak kahwin, selagi itu lah korang akan menjadi mangsa kepada soalan maut ini. Kadang-kadang sampai naik rimas pun ada. Setiap tahun terpaksa bersedia dengan beberapa alasan kenapa masih belum berpunya. Alahai..

Tapi tahukah korang sebenarnya mereka hanya mahu memulakan perbualan dan memilih topik tersebut sebagai permulaan. Sebagai anak muda, kita kenalah jawab dengan berhemah. Nanti tak pasal-pasal kecil pula hati mereka kan?

Belum ada ‘isi’ ke?

Sekadar gambar hiasan

Bila dah berkahwin, korang terpaksa pula hadap soalan ‘Belum ada isi ke? Merancang la tu’. Tidak dinafikan soalan seperti ini sangat sensitif terutamanya kepada mereka yang sudah lama menunggu zuriat. Iyalah, siapa yang tidak mahukan anak daripada rahim sendiri kan?

Jadi kepada korang yang dalam fasa menunggu, apa yang boleh dilakukan hanyalah bersabar. Semoga ada rezeki untuk korang raya bersama ahli baru pada tahun akan datang. Amin!

Tak nak tambah anak?

Sekadar gambar hiasan

Bila dah ada anak, sibuk pula bertanya bila nak tambah zuriat lagi. Sampai pening kepala dibuatnya. Namun atas faktor kesihatan dan ekonomi, ada sesetengah terpaksa menjarakkan kandungan.

Jadi senyum jelah apabila korang dapat soalan sebegini daripada makcik bawang nanti. Percaya sesungguhnya rezeki, ajal dan maut semuanya sudah ditentukan Allah SWT. Jadi kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan redha dengan takdir yang telah ditentukan.

Pakai kereta apa?

Sekadar gambar hiasan

Paling menyakitkan hati apabila ada saudara mara yang suka membanding-banding antara satu sama lain. Daripada kecil terpaksa berlumba antara sepupu untuk tunjuk siapa paling hebat dan berjaya. Aduhai..

Bagi yang memandang kereta sebagai kayu ukur kejayaan, kereta import akan lebih dipandang tinggi berbanding kereta tempatan. Apa-apa jelah makcik!

Gemuknya!

Kenapa makin gemuk ni? Dah macam anak gajah nengoknya

Kurusnya.. Tak cukup makan ke? Sekeping je!

Gemuk salah, kurus salah. Jadi abaikan jela teguran negatif sebegini. Yang penting hidup gembira dan tidak perlu fikir tentang pandangan orang terhadap diri kita. Jangan sesekali benarkan orang lain merosakkan mood di hari raya korang. Makan je banyak-banyak!

Kerja mana? Tak apply kerajaan ke?

Sekadar gambar hiasan

Antara soalan yang sering ditanya adalah jawatan dan tempat korang bekerja. Dah penat-penat belajar sampai universiti takkan menganggur je kan? Mesti saudara mara menjangkakan korang sudah bekerja di syarikat terkemuka sesuai dengan kelayakan yang ada.

Paling annoying apabila ada saudara mara yang menggesa untuk mohon kerja dibawah jabatan kerajaan. Kalau senang dapat, esok juga nak kerja kerajaan ye dak?

Tetapi, harus diingatkan soalan sebegini agak sensitif memandangkan keadaan ekonomi yang kurang stabil. Nak demand kerja dan gaji pun tak boleh. So chill jelah.

Masih menyewa? Tak nak beli rumah sendiri?

Sekadar gambar hiasan

Jangan terkejut kalau makcik korang tanya soalan ini ya! Kalau masih menyewa, bagilah alasan yang bernas sedikit. Contohnya harga rumah semakin mahal ataupun sedang kumpul duit untuk berkahwin. Tambahan pula zaman sekarang ni semua guna duit, bukan senang nak kumpul.

Paling selamat, korang jawablah tengah planning untuk beli rumah yang selesa dan jauh dari hiruk pikuk bandar. Kena fikir positif dan jawab dengan tenang, biasalah makcik-makcik ini saja create soalan untuk tahu perkembangan semasa.

Yang penting jangan sesekali melenting dan tarik muka. Anggap sajalah mereka hanya mahu bermesra dan eratkan hubungan. Selamat Hari Raya!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×