Setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan, kita sebagai hambaNya perlu reda dengan ujian tersebut. Seperti perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Husnina, di laman Twitter, menceritakan kisahnya kehilangan bakal suaminya. Sedih!
Rancang kahwin tahun ini
Menerusi thread yang memperoleh hampir 6.5k retweet, menceritakan seorang wanita yang kehilangan bakal suaminya setelah hampir tujuh tahun mereka bercinta. Jelasnya lagi, tahun ini sepatutnya mereka berdua disatukan, namun apakan daya apabila bakal suaminya terlebih dahulu dijemput Ilahi.
Tidak berakhir di situ, wanita ini sempat berkongsi sijil kursus perkahwinan yang telah dihadiri mereka berdua.
Whatsapp terakhir
Malahan, wanita ini sempat berkongsi tangkap layar perbualannya yang terakhir bersama bakal suaminya. Menerusi mesej tersebut lelaki itu seolah-olah memberi ‘hint’ dia akan pergi buat selamanya.
Biy, I gerak dulu, nanti I dah sampai I call.
Difahamkan, lelaki ini meninggal dunia akibat terlibat dalam sebuah kemalangan.
Al-Fatihah
Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini. Pada masa yang sama, mereka turut mendoakan supaya arwah teman lelakinya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah!
Sumber: Husnina